Showing posts with label Linkin Park. Show all posts
Showing posts with label Linkin Park. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya kat Malaysia ni ramai tak agaknya die hard fans Linkin Park ni...sebab aq pasti ramai yang menunggu kemunculan semula band Linkin Park ni untuk membuat konsert lagi di Malaysia...akhirnya, kini Linkin Park kembali ke Malaysia...setelah 10 tahun berlalu sejak 15 Oktober 2003...Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013...19 Ogos 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil...

Linkin Park Live In Malaysia 2013
Linkin Park Live In Malaysia 2013

Linkin Park...band yang hit dengan lagu seperti Numb, Somewhere I Belong, In The End...sememangnya nama band ni memang cukup berpengaruh...hampir 17 tahun dalam industri hiburan...dianggotai Chester Bennington (vokalis), Mike Shinoda (vokalis, gitar rhythm, keyboard, piano), Brad Delson (gitar utama), Dave Farrell (gitar bass), Rob Bourdon (dram, percussion) dan Joe Hahn (turntables, programming, keyboard)...setakat ni Linkin Park baru mempunyai 5 album studio iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007), A Thousand Suns (2010) dan Living Things (2012)...

Konsert Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013 kali ni pasti akan lebih menarik daripada 10 tahun lepas di Stadium Merdeka sebab pada awal kemunculannya dulu...Linkin Park baru saja mengeluarkan dua album studio...sekarang da ada 5 album studio...pasti konsert kali ni semua fans LP dapat layan lagu lama dan lagu baru secara live...bila tengok kat dalam TV...konsert live LP memang awesome la...setakat ni tiada lagi band macam LP...hee

Harga Tiket Linkin Park Live In Malaysia 2013


Bila tengok harga tiket konsert Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013 ni mungkin boleh tersedak rasanya...HAHA...tapi kalau da nama pun die hard fans...mesti ada yang sanggup beli punya la...tiket boleh mula dibeli mulai 21 Jun 2013 di outlet TicketCharge...untuk pembelian awal, 10% diskaun akan diberi untuk ke semua harga tiket hanya dari 21 Jun sehingga 30 Jun 2013 saja...


NOTA SKYTECH :

Huhh, da la masa konsert Linkin Park Live In Malaysia 2003 sedekad yang lalu aq tak dapat nak pergi sebab masih bersekolah lagi...lagipun budak sekolah mana ada cukup fulus nak pergi tengok konsert Linkin Park...mahal beb...HAHA...kali ni nak pergi ke tak ni...? huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013

Monday, 16 July 2012

Living Things : Karya Terbaru Linkin Park

> Whats Up Guys...

Haa...bila sebut saja nama band Linkin Park, mesti ramai peminat yang masih ingat lagi lagu seperti In The End, One Step Closer, Numb, Breaking The Habit dan banyak lagi lagu hit band Linkin Park ni yang sudah tampil dengan empat album studio terdahulu iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010)...dan band ni baru saja menghasilkan album terbaru yang berjudul Living Things dan telah dilancarkan di Malaysia bermula 24 Jun 2012 yang lalu...

Living Things - LINKIN PARK

Karya terbaru Linkin Park ni memang agak berlainan sikit daripada empat album studio yang terdahulu...dan memuatkan 12 lagu termasuklah Lost In The Echo, In My Remains, Burn It Down, Lies Greed Misery, I'll Be Gone, Castle Of Glass, Victimized, Roads Untravelled, Until It Breaks, Tinfoil dan Powerless...




Single pertama untuk album ni, Burn It Down berjaya mengulangi prestasi album terdahulu apabila menduduki tempat pertama dalam carta terkemuka, Billboard untuk kategori lagu rock...muzik video lagu "Burn It Down" ni pun memang awesome la...cuba search kat Youtube...effect fire tu memang nampak smart la...aku teringin nak belajar buat video yang ada effect macam ni...hee...


Bila aku dengar saja lagu track 1 album ni iaitu Lost In The Echo yang merupakan single kedua untuk album ni...makin teruja nak dengar track seterusnya...sampai la ke track 12...da seminggu aku dengar lagu dari album LP yang terbaru ni...boleh dikatakan melodi dalam album ni lebih kompleks dan terdapat banyak elemen baru dalam setiap lagu...layan !

Memang tak dinafikan setiap album baru LP memang ada pembaharuan tetapi Linkin Park tetap tidak berubah...takkan bila da hasilkan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...HAHA...

"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"

Album Rating : 8/10


NOTA SKYTECH :

Bagi aku la kan...kalau beli album yang original...kepuasannya memang lain daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Linkin Park memang kena ada satu copy album "Living Things" ni...yeaahh !

P.S -  Haa...lepas ni kalau ada lagi album yang best...
Review kat blog ni je la ye...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Living Things : Karya Terbaru Linkin Park
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com