Monday 16 July 2012

Living Things : Karya Terbaru Linkin Park

> Whats Up Guys...

Haa...bila sebut saja nama band Linkin Park, mesti ramai peminat yang masih ingat lagi lagu seperti In The End, One Step Closer, Numb, Breaking The Habit dan banyak lagi lagu hit band Linkin Park ni yang sudah tampil dengan empat album studio terdahulu iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010)...dan band ni baru saja menghasilkan album terbaru yang berjudul Living Things dan telah dilancarkan di Malaysia bermula 24 Jun 2012 yang lalu...

Living Things - LINKIN PARK

Karya terbaru Linkin Park ni memang agak berlainan sikit daripada empat album studio yang terdahulu...dan memuatkan 12 lagu termasuklah Lost In The Echo, In My Remains, Burn It Down, Lies Greed Misery, I'll Be Gone, Castle Of Glass, Victimized, Roads Untravelled, Until It Breaks, Tinfoil dan Powerless...




Single pertama untuk album ni, Burn It Down berjaya mengulangi prestasi album terdahulu apabila menduduki tempat pertama dalam carta terkemuka, Billboard untuk kategori lagu rock...muzik video lagu "Burn It Down" ni pun memang awesome la...cuba search kat Youtube...effect fire tu memang nampak smart la...aku teringin nak belajar buat video yang ada effect macam ni...hee...


Bila aku dengar saja lagu track 1 album ni iaitu Lost In The Echo yang merupakan single kedua untuk album ni...makin teruja nak dengar track seterusnya...sampai la ke track 12...da seminggu aku dengar lagu dari album LP yang terbaru ni...boleh dikatakan melodi dalam album ni lebih kompleks dan terdapat banyak elemen baru dalam setiap lagu...layan !

Memang tak dinafikan setiap album baru LP memang ada pembaharuan tetapi Linkin Park tetap tidak berubah...takkan bila da hasilkan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...HAHA...

"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"

Album Rating : 8/10


NOTA SKYTECH :

Bagi aku la kan...kalau beli album yang original...kepuasannya memang lain daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Linkin Park memang kena ada satu copy album "Living Things" ni...yeaahh !

P.S -  Haa...lepas ni kalau ada lagi album yang best...
Review kat blog ni je la ye...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Living Things : Karya Terbaru Linkin Park

26 comments:

  1. bagus ezad ni. sis ni kan minat mcm mana pun xkn smp beli artis2 ni punya album. hihihi minat gitu2 aje. tp kalau linkin park ni sis mmg suka lagu in the end tu. huhuhu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ezad....wow peminat tegar ni kan...;)

    ReplyDelete
  3. @QueeN TerataI : hee...sy kalau minat mmg sanggup beli yg ori..hee..tak sangka sis minat jugak lagu in the end ni..hee~

    ReplyDelete
  4. @Afasz : rasa puas bila beli yg ori..hee~

    ReplyDelete
  5. @maszull : waalaikumussalam mama...daripada zaman sekolah dulu mmg da minat band ni...hee~

    ReplyDelete
  6. mmg pminat LP betul ni.hahahaha
    beli la wei smp mlaysia nnt albumnya.dengar smp muntah

    ReplyDelete
  7. wahh bagus la ezad ni .. first time sis baca review pasal album tahu :p . tabik spring kt ezad sbb pilih yg ori :)

    ReplyDelete
  8. TU DIAAA.. LINKIN PARK SUDAH MARII.. =)

    ReplyDelete
  9. dulu aku ikut almbu dorang ni,tapi skrng mcm terlalu cliche' dgn lagu2 yang lain...dah kurenggg laa... >_<

    ReplyDelete
  10. aku memang agak minat jugak dengan kumpulan ni.. sejak daripada album ke dua yaang bertajuk poker face.. sejak tu aku ikuti perkembangan semasas dorang..

    ko nampak tak aku menipu kat situ??hahahahaha

    ReplyDelete
  11. aku takat minat dengar lagu dorang. idok le sampai nak membeli album. buek membazir duit je. haha

    ReplyDelete
  12. aku tak pernah beli album rasanya..semua download je hehe

    ReplyDelete
  13. dulu-dulu layan la jugak muzik LP ni. sekarang dah tak heran sebab dengar radio or dengar masa pergi dan balik kerja je. hoho

    ReplyDelete
  14. amboi 8/10? harus dengar ni. minat gak linkin park! weehu

    ReplyDelete
  15. siyes minat gila LP dulu..skunk ? errr :D

    ReplyDelete
  16. kalau dah peminat tegar, sanggup aje beli ori kan. :D

    ReplyDelete
  17. best juga tu hehee..tp shida skit2 je blh layan lagu linkin park..

    ReplyDelete
  18. katakan tidak pada download percuma laaaa kaannnnnn...hahahahah

    ReplyDelete
  19. hahaha 2 bulan lepas aku dah stat layan album ni, dan yeah free dwnld!!! hoho apa yg aku mampu ckp, ia adalah better dari sebelum ni..

    ReplyDelete
  20. Linkin Park = Chester Bennington ni hensem masa muda muda dulu..huhu..aku kenal lagu Numb aje la.hohoho..yg lain err mgkn pernah dgr tp tatau title.ye la gegurl mcm aku ni mana layan sgt loud music cenggini.

    ReplyDelete
  21. Castle of Glass memang evegreen, macam folktale punya music. Rasa track yang orang boleh relate dengan zaman Hybrid Theory dan Meteora Linkin Park dulu cuma Lost in the Echo aje.

    Apa-apapun, Castle of Glass la track favourite album ni. Amazing.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com