Saturday, 14 September 2013

Risiko Tinggi Bila Hujan Lebat

> Whats Up Guys...

Haa, sekarang ni hujan memang tak menentu...waktu tengahari yang panas terik pun tetiba boleh hujan lebat semacam bila menjelang petang...selalunya kalau time balik kerja, memang aku takkan lalu Jalan Kuching menghala ke Selayang tu walaupun aku hanya naik motor sebab Risiko Tinggi Bila Hujan Lebat...jalan yang memang tak pernah sunyi dengan kenderaan baik pagi, petang dan malam...dan kebanyakan pemandu kenderaan yang lalu kat situ memang gemar tukar lane secara mengejut...tak ke bahayakan pengguna motor...kalau masa hujan lebat, bayangkan la...huhu...

Aku lebih rela ikut jalan jauh sikit daripada nak mencelah masa jammed tu...sebab ada jalan alternatif lain yang boleh aku guna...hee...sejak aku kat office lagi hujan memang agak lebat daripada pukul 3 lebih sampai la ke 6 lebih rasanya baru la reda sikit...petang semalam, masa aku sampai di jambatan yang memisahkan Wira Damai dan ke kawasan rumah aku...semua kenderaan patah balik...dan ada 2 jentera Bomba kat seberang jambatan tu...penuh dengan orang ramai...

"Aihhh...apesal semua patah balik ni...sampai ada Bomba sekali ni...jambatan runtuh ke?"

Tak Mahu Ambil Risiko

Huuhh, da la masa tu masih hujan renyai lagi...memang aku tak nak ambil risiko la nak lalu jambatan tu...semua patah balik...takkan aku nak lalu...tetiba runtuh kang...huhu...mujurlah aku ada jalan alternatif lain yang boleh aku lalu untuk tembus ke kawasan rumah aku...haa, daripada aku nak patah balik lalu Gombak dan Batu Caves...buang masa...huhu...


NOTA SKYTECH :

Bila agaknya nak siap jambatan baru tu pun tak tahu la...asyik dikorek je tanah tepi sungai tu...bila hujan lebat mesti ada kawasan rendah yang terkena banjir sebab sungai terlampau deras dan tak boleh nak tampung air hujan yang lebat tu...kesian mereka !

**Terima kasih kerana membaca entri Risiko Tinggi Bila Hujan Lebat

7 comments:

  1. Hahaha. Banyak betul laluan alternatif kau tu. Heheh

    ReplyDelete
  2. @boni kacak : haha..kena la tahu banyak jalan alternatif lain...takkan tahu satu jalan je...jalan situ problem, lalu jalan lain...haha

    ReplyDelete
  3. Kalau hujan amat bahaya untuk penunggang motorsikal suka berjemaah berteduh bawah jambatan sampai ke lorong paling kiri.

    ReplyDelete
  4. hehe bagus la bro, janji selamat..

    ak tak kisah kalau hujan waktu balik kerja, cuma tak berapa gemar kalau hujan otw ke komuter, memang menggigil la aku dalam komuter kalau kena.. haha

    ReplyDelete
  5. ezad shida bape kali tempuh hujan time balik kje..tension jerh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com