Film Review - Brick Mansions...haa, ramai rasanya yang sudah tidak sabar untuk menonton movie The Amazing Spiderman 2 : Rise Of Electro ni yang akan mula ditayangkan di pawagam mulai 1 Mei 2014 nanti kan ? Ada ke yang sudah beli advance ticket ke sebab apa yang aku perasan memang ada pawagam yang sudah mula menjual advance ticket untuk movie The Amazing Spiderman 2 ni...tengok trailer memang macam gempak saja...tu ramai yang tunggu...hee
Haa, sementara nak tunggu tarikh 1 Mei tu tiba, apa kata hujung minggu ni jom layan movie aksi kedua terakhir mendiang Paul Walker yang telah terbunuh dalam satu kemalangan kereta pada 30 November 2013 yang lalu...Paul Walker sangat dikenali dengan watak Brian O'Conner dalam siri Fast & Furious...
Dan kali ni, dalam movie Brick Mansions, Paul Walker membawa watak sebagai seorang undercover cop...tapi adakah wataknya kali ni akan ada terdapat kelainannya dengan watak yang pernah dibawakannya sebelum ni dalam siri Fast & Furious ? Jom kita layan review Brick Mansions pula kali ni...hee
Dan kali ni, dalam movie Brick Mansions, Paul Walker membawa watak sebagai seorang undercover cop...tapi adakah wataknya kali ni akan ada terdapat kelainannya dengan watak yang pernah dibawakannya sebelum ni dalam siri Fast & Furious ? Jom kita layan review Brick Mansions pula kali ni...hee
Brick Mansions |
Synopsis : In a dystopian Detroit, abandoned brick mansions left from better times now house only the most dangerous criminals. Unable to control the crime, the police constructed a colossal containment wall around this area to protect the rest of the city.
For undercover cop Damien Collier, every day is a battle against corruption. For Lino, every day is a fight to live an honest life. Their paths never should have crossed, but when drug kingpin, Tremaine kidnaps Lino’s girlfriend, Damien, who looks to take down Tremaine to avenge his father's death, reluctantly accepts the help of the fearless ex-convict, and together they must stop a sinister plot to devastate the entire city.
Haa, sebelum layan review untuk movie Brick Mansions ni, jom layan trailer yang penuh dengan aksi ni dulu...apa tujuan dan misi Damien Collier menyelinap masuk ke dalam Brick Mansions ni agaknya ye ?
#MyReview "Brick Mansions"
- Brick Mansions adalah sebuah filem yang bergenre action-thriller dan ianya merupakan sebuah filem remake daripada movie District 13 (2004)
- Filem kali ini dibarisi pelakon hebat seperti Paul Walker (Damien Collier), David Belle (Lino Dupree), RZA (Tremaine Alexander), Robert Maillet (Yeti) dan Carlo Rota (George the Greek)
- Pada permulaan cerita lagi korang da boleh terpegun da dengan aksi parkour...memang style habis la cara Lino tu melarikan diri daripada gengster...Lino seorang saja kot...gengster ramai...berani betul si Lino ni...HAHA...tapi apa sebabnya gengster tu mengejar Lino ? Apa yang Lino da buat ?
- Walaupun Paul Walker membawa watak sebagai Damien Collier...tapi aku tetap nampak watak Brion O'Conner di situ...tapi ada perbezaan sikit la wataknya kali ni dalam Brick Mansions...muka serius tapi boleh buat orang gelak...dialog dia macam...haa, kenapa agaknya ? Tapi betul ke Paul Walker pun tahu buat aksi parkour ni ? hee
- Apakah sebenarnya misi Damien dan kenapa dia sanggup untuk terima misi tu dan berusaha menyelinap masuk ke Brick Mansions ? Dan bagaimana Damien dan Lino boleh berjumpa padahal sebelum tu memang tak pernah jumpa dan kenal langsung dengan Lino...siapakah Lino ni sebenarnya ? Dan kenapa dia bersetuju untuk bersama-sama hapuskan ketua sindiket dadah kat situ, Tremaine Alexander ?
- Sebiji bom yang sudah diaktifkan dan ketua gengster, Tremaine telah mengugut untuk melancarkan bom tersebut dengan menggunakan roket ke bandar Detroit...dan setelah berunding, benarkah Damien bersetuju untuk membayar kepada Tremaine sebanyak 30 juta...adakah transaksi tersebut berjaya ?
Part ni memang buat aku tergelak...apa yang terjadi agaknya masa ni ? HAHA |
- Dapatkah Lino dan Damien bebaskan diri daripada Brick Mansions setelah mereka berdua ditangkap dengan gengster yang berkuasa di dalam tu ?
- Selepas mereka berdua berjaya menyelamatkan diri daripada bilik tahanan tu...muka mereka agak terkejut bila berjumpa dengan....
Habislah kita Lino !!! |
- Dapatkah bom tersebut dihentikan sebelum ianya meragut nyawa penduduk bandar Detroit ? Apakah kesudahannya nanti ? Adakah Damien akan dapat tahu hal sebenar apa yang telah terjadi pada bapanya yang terbunuh semasa melaksanakan misi menyerbu Brick Mansions ? Siapakah dalang disebalik semua ni ? Adakah Tremaine yang bersalah ataupun ada bersangkut paut dengan orang dalam ?
- Plot dan jalan cerita agak menarik dan tidak terlalu meleret sangat...dan memang penuh dengan aksi...ditambah pula adegan aksi parkour tu...tu yang buat movie ni terbaik...aksi lompat bangunan pun relaks saja...macam tengok movie Spiderman la pula...HAHA
Rating : 4 out of 5
NOTA SKYTECH :
Secara keseluruhannya, movie Brick Mansions kali ni boleh tahan la...tidak la mengecewakan sangat...masih lagi berbaloi untuk ditonton di pawagam bagi peminat filem aksi ni...dan kalau nak tengok lagi sekali di pawagam pun aku sanggup...hee...dan lagi satu, kalau korang memang peminat Paul Walker ni sejak daripada dulu...memang korang kena tengok movie Brick Mansions ni...serius...bila lagi kan nak tengok Paul Walker beraksi ? Haa, ni la masanya...
**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Brick Mansions
Entahlah, tak tergerak hati aku nak tengok cerita ni walaupun trailer macam best. Mungkin save bajet untuk spiderman 2. hahahah
ReplyDelete@Bahrain : haha...ramai yang tunggu The Amazing Spiderman 2 kan...layan dulu movie ni...Paul Walker berlakon kot..hee
ReplyDeleteNampak menarik ceritanya. Boleh masuk list untuk ditonton kemudian hari. Hee.
ReplyDeleterating 4/5, mesti best ni. lama juga dah tak ke panggung ni, tunggu kat tv lah...heee
ReplyDeleteSuka tengok parkor
ReplyDeleteTerus rasa cam nak belajar parkour gak
Singgah entry saya gak ye. TQ