Friday 2 May 2014

Film Review - The Amazing Spider-Man 2 (3D)

> Whats Up Guys...

Film Review - The Amazing Spider-Man 2...haa, bagi sesiapa yang telah menonton filem The Amazing Spider-Man dulu, tak salah kalau aku katakan sekuel movie The Amazing Spider-Man ni antara filem yang paling dinantikan untuk tahun 2014 ni bagi kaki wayang seperti aku...betul tak ? 

Haa, buktinya...jualan tiket untuk tayangan standard habis sold out dan untuk tayangan 3D pula hampir sold out bila ianya mula dijual untuk pra-tonton pada 30 April...mujurlah la aq sempat beli...malas dan tak sabar da nak tunggu tarikh tayangan sebenar di seluruh pawagam di Malaysia bermula 1 Mei 2014...haa, confirm la lagi penuh panggung...orang ramai cuti pula sempena hari pekerja...haa, sekarang ni apa jom layan review movie paling baru di pawagam...The Amazing Spider-Man 2...

Film Review - The Amazing Spider-Man 2 (3D)
The Amazing Spider-Man 2 (3D)

Synopsis : In the present, Richard's son Peter continues to fight crime as Spider-Man. He pursues and apprehends Aleksei Sytsevich, who attempted to steal a truck containing plutonium vials. During the chase, Spider-Man rescues OsCorp Industries employee Max Dillon. While speaking by phone with Gwen Stacy, Peter sees a vision of her father, police captain George Stacy, reminding him to leave Gwen out of it. Afterward, Peter meets with Gwen at their high school graduation ceremony, but insists he needs to keep his vow to her father and ends their relationship.


Peter's childhood friend Harry Osborn returns to Manhattan to see his terminally ill father Norman, CEO of OsCorp. Norman explains his illness is hereditary, and Harry is at the age where it first develops. Norman gives Harry a small device he claims contains his life's work. The next day, Norman dies and Harry is appointed the new OsCorp CEO. He humiliates the OsCorp board, which has been privy to Norman's secret biogenetic projects for foreign military powers. TO BE CONTINUE...
Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...jom layan dulu trailer movie The Amazing Spider-Man 2 ni dulu...roll VT...!
"The Greatest Battle Begins..."



#MyReview "The Amazing Spider-Man 2 (3D)"

  • The Amazing Spider-Man 2 adalah sekuel kepada filem The Amazing Spider-Man yang telah ditayangkan di pawagam sekitar Julai 2012 dan masih diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Marc Webb
  • Filem The Amazing Spider-Man 2 kali ni masih dibarisi pelakon yang sama iaitu Andrew Garfield (Peter Parker/Spider-Man), Emma Stone (Gwen Stacy) dan Sally Field (Aunt May)...ianya turut dibarisi oleh pelakon lain seperti Jamie Foxx (Max Dillon/Electro), Dane DeHaan (Harry Osborn/Green Goblin), Colm Feore (Donald Menken), Felicity Jones (Felicia), Paul Giamatti (Rhino/Aleksei Sytsevich), Campbell Scott (Richard Parker), Embeth Davidtz (Mary Parker) and Marton Csokas (Dr. Ashley Kafka)
  • Pada permulaan cerita, ada menunjukkan flashback mengenai cerita sebenar ke mana menghilangnya Richard Parker dan Mary Parker, iaitu ibubapa Peter Parker di mana Aunt May sendiri pun tidak tahu cerita yang sebenarnya...dan Peter Parker masih tertanya-tanya kenapa ibu bapanya menghilangkan diri begitu saja...
  • Kenapa agaknya Peter Parker seperti hendak menjauhkan diri daripada Gwen Stacy ?
  • Macam mana Electro boleh muncul di Times Square ? Electro mengenali Spider-Man tetapi Spider-Man tidak mengigati siapakah Electro ni...siapakah sebenarnya Electro tu dan kenapa dia mula menyerang bandar ? 
The Amazing Spider-Man 2
Spider-Man jadi ahli BOMBA ? HAHA

  • Kenapa agaknya Spider-Man tetiba beralih profesion untuk menjadi ahli bomba ni ? HAHA
  • Dapatkah Spider-Man menghentikan Electro daripada terus mengganas di bandar disebabkan tiada sesiapa yang mengigatinya ?
  • Kenapakah agaknya Harry Osborn kelihatan terlalu terdesak untuk berjumpa dengan Spider-Man selepas Harry dipecat daripada jawatan CEO OsCorp ?
Spider-Man and Harry Osborn

  • Mahukah Spider-Man membantu Harry Osborn untuk menyelesaikan masalahnya ? Apa sebenarnya yang Harry mahukan daripada Spider-Man ?
  • Gwen Stacy pula mahu berpindah ke England...dan ini menambahkan lagi kekusutan Peter...secara tak sengaja, Peter telah menjumpai sesuatu maklumat yang penting dalam briefcase bapanya sewaktu dia membaling kalkulator milik bapanya...apa bendanya Roosevelt tu ?
  • Harry Osborn telah meminta bantuan Electro yang telah ditahan di Ravencroft Institute untuk menghapuskan Spider-Man...adakah Electro akan bersetuju dengan cadangan Harry ? Dan kenapa agaknya Harry dan Electro begitu marahkan Spider-Man ?
Electro and Harry Osborn
Electro dan Harry Osborn

  • Electro telah menyerang stesen janakuasa yang dibangunkan OsCorp dan menyebabkan bekalan elektrik di seluruh bandar terputus...dan pada masa yang sama, dua buah kapal terbang bakal berdepan dengan pelanggaran antara satu sama lain jika bekalan elektrik di menara kawalan tidak dipulihkan cepat...Electro terlalu kuat dan macam mustahil untuk dikalahkan, adakah Spider-Man dapat idea untuk menyambungkan kembali bekalan elektrik ke seluruh bandar sekaligus mengalahkan Electro ? 
  • Apa yang terjadi kepada Gwen Stacy semasa Spider-Man bertarung dengan Green Goblin di stesen janakuasa tu ?
Gwen Stacy

  • Persoalannya, bagaimana pula Green Goblin dan Rhino tetiba pula boleh muncul ? Mesti korang akan tertanya-tanya kan ? Tapi terus terang aku cakap, memang aku kurang suka dengan watak Rhino dalam movie ni...kenapa Rhino mesti sebuah mesin ?

Kenapa perlu tonton The Amazing Spider-2 ni ?

    • Watak Peter Parker / Spider-Man kali ni lebih bersahaja dan gila-gila...memang confirm la korang akan gelak la dengan watak Peter Parker kali ni...dan yang penting da tak gagap da macam awal kemunculannya dulu kalau sesiapa masih ingat...HAHA
    • Serius, aku lebih suka version The Amazing Spider-Man lakonan Andrew Garfield ni daripada lakonan Tobey Maguire dulu dalam movie Spider-Man...
    • Plot dan ceritanya memang agak menarik sejak daripada permulaan lagi...pada awal movie menceritakan apa sebenarnya yang terjadi pada ibu bapa Peter...sangat berbeza dengan filem Spider-Man yang asal dulu...sekali 3 musuh Spider-Man kena lawan pada masa yang sama...tapi cuma ending movie kali ni agak spoiled sikit la...memang tergantung habis jalan ceritanya...
    • Filem The Amazing Spider-Man 2 ni memang lebih feeling kalau layan dalam 3D atau IMAX 3D...kalau layan standard mungkin kurang best...sebab kalau layan 3D ni akan nampak lebih realistik bila scene Spider-Man melompat antara bangunan tu...memang gayat beb ! Effect kaca bersepah dan peluru tu memang akan rasa macam real...aku siap mengelak lagi...HAHA
    • Haa, selepas kredit tu ada apa ye ? Macam ada sesuatu...layan la sampai habis...jangan keluar awal dulu...huhu


    Rating : 3.8 out of 5


    NOTA SKYTECH : Bagi kaki wayang yang tegar macam aku ni, filem ni bagi aku OK la...tidak terlalu mengecewakan...masih berbaloi untuk ditonton di pawagam...3D memang best...aksi tu masih ada walaupun lebih banyak bercakap...tapi kalau full action saja, bila movie ni nak siap kan...ingat senang ke nak buat ? Itu cuma pendapat aku la...ada pendapat lain, boleh tinggalkan komen...haa, apa lagi...pergi la terjah pawagam sekarang ! Tapi kalau berhasrat nak tengok minggu ni...confirm penuh...! Kena cepat la...hee


    P.S - Sekuel ketiga The Amazing Spider-Man mungkin akan keluar pada Jun 2016 dan sekuel keempat pula pada Mei 2018...perghh...lamanya...aku harap sekuel berikutnya akan lebih banyak aksi...

    **Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Amazing Spider-Man 2 (3D)

    20 comments:

    1. sebenarnya..masa last kredit tu. ada preview filem x-men lak.

      bagi Gua..sekual kali ni agak fail sikit. banyak cakap tapi kurang aksi yg agak mendebarkan

      ReplyDelete
    2. Kena tengok ne sipderman 2. Aksi mesti power lawan banyak musuh.

      ReplyDelete
    3. @Blogger Babyface : last kredit sy tengok juga...tak perasan pula pasal tu..

      bagi sy ok la...tak memuaskan sangat dan tak mengecewakan sangat...bab lawan Green Goblin dan Rhino tu je yang kureng...kejap sangat...

      ReplyDelete
    4. @Bahrain : minggu pertama ni mesti pawagam full je...ada yang kata best...ada yang kata kureng best...

      haa,kena tengok sendiri bro...ni cuma pendapat aq je mengenai movie ni..hee :D

      ReplyDelete
    5. Kena tunggu bila orang tak ramai tgk cerita ni kat pawagam...boleh dpt seat cantik sket...

      ReplyDelete
    6. @Jia Rizaira : tu la..minggu pertama ni memang confirm akan full punya la...dapat seat depan2 memang tak syok..sakit kepala mendongak tengok skrin...hee

      ReplyDelete
    7. Sold out spiderman sampai selasa ni. Terpaksa pergi mbo kalu nak layan movie ni

      ReplyDelete
    8. @Marou Apple Hijau : GSC dan TGV memang confirm akan jadi pilihan utama...mbo mungkin kurang sikit..boleh la terjah..hee

      ReplyDelete
    9. kenapa banyak kenapa untuk review filem ni? hee...

      belum sempat untuk tengok movie ni.. harap ada masa untuk terjah tengok filem ini. huhu...

      ReplyDelete
    10. @deq noor : hee...nama pun review..saja nak timbulkan persoalan ni kepada semua pembaca...baru la dorang tertanya2 KENAPA...mungkin dari situ dorang berminat nak tahu cerita selanjutnya..tak gitu DN ? hee

      P.S - hari pra-tonton da sold out..hari2 berikutnya tak tahu la...haa, lagi2 sekarang ni minggu pertama tayangan...hee

      ReplyDelete
    11. Lepasni spidey vs captain amir :p

      ReplyDelete
    12. sumer review ak baca pasal spiderman ni, sumer ckp best..3D nye efek gempak ek..nk kn tgk gk nnt ni..dvd pirate ada 3d x? haha

      ReplyDelete
    13. nak tengok.... nanti2 lah.. confirm penuh cinema masa sekarang ni... huhuh

      ReplyDelete
    14. Yeop malas nak tengok wayang ni dari sekuel pertama sampai skang. Entah jemu kot.

      Nota: mungkin sama peranannya, baik tengok cter lain.

      ReplyDelete
    15. @Muhammad Syazwan Norhalik : agak2 Captain America boleh menang tak lawan dengan Spiderman..HAHA :P

      ReplyDelete
    16. @JMR : ada yang kata best..ada yang kata tak best..pendapat masing2...

      P.S - nak beli pirate dvd 3D boleh je tapi tak disediakan dengan spek 3D sekali ye...harap maklum..hehe :D

      ReplyDelete
    17. @Mia Liana : minggu pertama tayangan ni mungkin penuh kak...tapi try je...takkan semua masa tayangan penuh kan ? Hee..

      ReplyDelete
    18. @Khairil Mazri : memang la peranannya sama yeop...tapi setiap sekuel tu ada kisah yang berbeza...musuh berbeza...

      P.S - lagi best tengok movie yang ada sambungan2 ni daripada tengok movie yang habis macam tu je dan kadang2 cerita macam tergantung je...

      ReplyDelete
    19. ermm dah byk dah blog shida tgk review cite ni..xleh jd kena tgk..

      ReplyDelete
    20. takjadi tengok sbb da terpengaruh dgn komen2 -ve kta x best..wahahahah..pastu trus p lyn GODZILLA..

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

    -EzadSkytech-

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Pengomen Setia Mac 2018

    Alexa Rank Ezadskytech.com