Tuesday 20 May 2014

Bloggers Movie Day Out - Filem Animasi Super Squad

> What's Up Guys...

Haa, rasanya memang da agak lama juga aku tak sertai aktiviti movie preview dengan blogger ni...kalau dulu tu, mungkin agak kerap juga la dapat tengok movie preview...memang syok sebab dapat tengok movie lebih awal sebelum ianya ditayangkan di pawagam...hee...sebab tu la bila dapat peluang dijemput Bro Framestone dan Netcarbon Sdn. Bhd. untuk sertai event movie preview filem animasi Super Squad ni...aku terus saja setuju tanpa banyak soal...hee...terima kasih bro...hee

Bloggers Movie Day Out - Filem Animasi Super Squad

Memang tersangat meriah Bloggers Movie Day Out di e@Curve Cathay Damansara hari tu dengan kehadiran ramai blogger...terima kasih BroFramestone dan Netcarbon...bukan mudah untuk kumpulkan blogger yang mempunyai keluarga ni bila hari cuti...sesekali layan animasi di pawagam pun syok juga kan...memang sangat sesuai bawa anak-anak bagi mereka yang sudah berkeluarga sebab terdapat banyak mesej ditonjolkan dalam filem animasi Super Squad ni...

Bloggers Movie Day Out - Filem Animasi Super Squad

Haa, apa yang aku suka mengenai animasi Super Squad ni...setiap karakter yang dibangunkan memang nampak detail dan real...aku tahu, bukan mudah untuk buat animasi ni...pemandangan di sawah padi tu, fuhh...memang superrbb...bab tu memang aku tabik mereka sebab berani untuk bangunkan animasi sebegini...cuma pergerakan setiap karakter tu mungkin perlukan penambahbaikan...mana tahu lepas ni animasi Super Squad pula akan mencetuskan fenomena dalam dunia animasi tempatan...

Filem Animasi Tempatan

Filem animasi dalam bahasa Melayu tempatan memang semakin mendapat tempat di hati penonton...contohnya, Upin dan Ipin telah mencetuskan fenomena yang hebat dalam dunia animasi tempatan apabila berjaya menembusi pasaran luar negara antaranya di negara jiran kita, Indonesia...malah siri animasi Upin dan Ipin telah menjadi siri animasi yang paling digemari di negara itu...

Bukan sahaja siri Upin dan Ipin saja yang popular malah filem Upin dan Ipin : Geng Pengembaraan Bermula merupakan filem animasi tempatan yang boleh dibanggakan...begitu juga dengan siri animasi BoboiBoy yang kini sudah masuk musim ketiga...tak hairan jika filem animasi Super Squad ni pun akan mencetuskan fenomena suatu hari nanti seperti animasi tempatan lain yang sudah popular seperti Upin & Ipin dan BoboiBoy...

"Apa yang menarik mengenai filem animasi Super Squad ?"

Trivia Animasi Super Squad

Filem Animasi Super Squad adalah sebuah filem yang berdasarkan siri animasi 3D Supertots yang telah memenangi anugerah Animasi 3D Terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun 2010 dan filem ini adalah filem animasi pertama di Malaysia yang menggunakan teknik "Hybrid Motion-Capture" yang juga telah digunakan dalam filem Avatar dan The Adventures of Tin-tin...

Filem Animasi Super Squad
Filem Animasi Super Squad

Antara artis yang terlibat menyumbangkan suara dalam Filem Animasi Super Squad adalah Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Dafi (Kapten Danny) dan Diana Danielle (Elly) sebagai peneraju utama...selain daripada itu, turut terlibat adalah Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalyna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu)...


Watak Animasi Super Squad

Sinopsis : Filem Animasi Super Squad adalah berkisarkan tentang ketabahan dan kecekalan sekumpulan 5 adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Blinq, Sasha dan Alan yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet Bumi daripada serangan armada makhluk asing dan sekaligus untuk menyelamatkan bapa mereka...

Watak Animasi Super Squad - Laksamana Aaron
Laksamana Aaron (Aaron Aziz)

Super Squad terpaksa merentasi masa ke 400 tahun ke masa lampau untuk menggagalkan rancangan armada makhluk asing demi untuk menyelamatkan bapa mereka iaitu Laksamana Aaron daripada serangan tersebut...dan yang lebih tragis lagi, kapal angkasa yang mereka naiki telah terhempas di dalam hutan di sebuah perkampungan dan secara tidak sengaja terjumpa dengan Mat...

Animasi Super Squad Scene 2

Bagi mengelakkan rasa curiga orang kampung, Super Squad telah menyamar sebagai kumpulan rock kapak yang akan membuat persembahan di bandar...situasi bertambah tegang apabila Mat diculik makhluk asing tersebut...


Dan apakah kaitan Mat dengan rancangan serangan armada mahkluk asing di Bumi dan apa yang bakal terjadi seterusnya nanti ?

Animasi Super Squad
Filem Animasi Super Squad

>> FB Fanpage : supersquad
>> Youtube : SupersquadTV


NOTA SKYTECH :

Haa, kalau nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya...nantikan Filem Animasi Super Squad di pawagam di seluruh Malaysia bermula 5 Jun 2014...dan aku pasti, anak-anak kecil yang menontonnya pasti akan suka...mesti mereka berangan nak jadi salah seorang ahli Super Squad nanti...hee


**Terima kasih kerana membaca entri Bloggers Movie Day Out - Filem Animasi Super Squad

17 comments:

  1. mesti lebih menarik ni bila dah ada filem. suara-suara pelakon popular mesti lebih realistik suaranya, tak kaku.

    ReplyDelete
  2. Anak aku dah kecoh nak tgk lagi sekali...

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat bawa anak kecil menonton sama.

    ReplyDelete
  4. pcl suka animasi dgn gambar 3d yg sangat berkualiti...jalan cerita menarik. ; memang ibubapa x rasa rugi beli tiket menonton bersama anak2.

    ReplyDelete
  5. @Denaihati : lepas siri ke filem pula...suara2 yang disumbangkan pelakon popular menjadi salah satu daya penarik filem animasi ni...:D

    ReplyDelete
  6. @fazrol : kena tunggu 5 Jun nanti la nampaknya...nampaknya memang budak2 suka filem animasi Super Squad ni kan..;D

    ReplyDelete
  7. @akubiomed : hiburan untuk mereka...bukan setakat animasi...ada mesej yang disampaikan...tu yang bagus...:D

    ReplyDelete
  8. @PakcikLie PCL : storyboard animasi ni memang agak menarik bagi sy...grafik animasi ni memang superbb...dan sy bangga ianya produk anak tempatan kita...

    memang tak rugi bawa anak2 bagi yang sudah berkeluarga tu kan PCL...yang dewasa pun boleh layan animasi ni...hee

    haa,mana tahu kalau dapat sambutan hangat, akan ada Super Squad 2 pula...

    ReplyDelete
  9. Best2! Enjoy sangat. Lepas ni kena datang bawak adik2 pulak. Hehehe

    ReplyDelete
  10. @Nurfarhana Chek Saat : mula ditayangkan nanti masa cuti sekolah pula tu...memang sesuai la kan nak bawa dorang pergi tengok...hee

    ReplyDelete
  11. pon pon
    cik iena dtg singgah (^_~)
    hihi mekasih drop komen kt blog cik iena :)

    ReplyDelete
  12. Wah macam best jer..tak sabar nak tenguk nanti

    ReplyDelete
  13. Ini cerita yang Bro Framestone bagitau dekat blog dia kan...

    ReplyDelete
  14. @Rafael Andre : yup...movie ni la yang bro cerita tu kat blog dia..

    ReplyDelete
  15. macam menarik je cerita ni. character dia semua supertots yang dah besar sikit kan?

    animation nampak macam lagi power la..

    ReplyDelete
  16. @Kereta Sewa Shah Alam : yup...SuperSquad ni SuperTots da besar sikit...bawa anak2 kecil mesti mereka suka...sy pun layan...grafik animasi boleh tahan hebatnya..:D

    ReplyDelete
  17. best ke? cerita ni???

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com