Showing posts with label Captain America : The Winter Soldier. Show all posts
Showing posts with label Captain America : The Winter Soldier. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Film Review - Captain America : The Winter Soldier

> Whats Up Guys...

Captain America : The Winter Soldier...haa, rasanya movie superhero Marvel's Captain America dan seterusnya The Amazing Spider Man 2 : Rise Of The Electro yang bakal ditayangkan pada bulan Mei nanti adalah salah satu movie yang memang cukup dinantikan tayangannya di pawagam untuk tahun 2014 ni...sejak daripada hujung tahun lepas lagi, setiap kali aku tengok wayang...mesti akan ada trailer dua movie ni...

Haa, tu yang pada hari pertama movie Captain America ni mula ditayangkan di pawagam...aku teruskan misi untuk terjah ke pawagam...HAHA...tapi sekuel kali ni best ke tak agaknya ? Jom layan review Captain America : The Winter Soldier kali ni yang tengah mengganas di pawagam seluruh Malaysia...hee

Film Review - Captain America : The Winter Soldier
Marvel's Captain America : The Winter Soldier

Synopsis : Two years after the events of The Avengers, Steve Rogers lives in Washington, D.C. and continues to work for espionage agency S.H.I.E.L.D., but struggles to adapt to contemporary society. After meeting and befriending war veteran and PTSD counsellor Sam Wilson on a morning jog, Rogers is called to help save a S.H.I.E.L.D. vessel from Algerian pirates led by Georges Batroc. Aboard, he discovers fellow agent Natasha Romanoff extracting data from the ship's computers, making him question whether he should trust S.H.I.E.L.D. 

At S.H.I.E.L.D.'s headquarters, the Triskelion, Nick Fury introduces Rogers to Operation: Insight, three Helicarriers linked to spy satellites and designed to pre-emptively eliminate threats. Rogers later visits the elderly Peggy Carter at a nursing home.

Captain America & Nick Fury

Later, Fury is denied access to information on Operation: Insight, and on his way to rendezvous with Maria Hill he is ambushed by assailants disguised as police officers. A mysterious assassin called the Winter Soldier blows up Fury's SUV. Fury escapes and sneaks into Rogers' apartment, but after handing Rogers a USB flash drive he is gunned down by the Winter Soldier. Rogers gives chase, and his neighbor reveals herself as S.H.I.E.L.D. agent Sharon Carter. Fury appears to die in surgery, and Hill recovers the body.
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum layan review untuk movie Captain America : The Winter Soldier kali ni...jom kasi layan trailer ni dulu...siapa agaknya The Winter Soldier ni ?


#MyReview "Captain America : The Winter Soldier"

  • Filem Captain America : The Winter Soldier merupakan sekuel kedua Marvel's Captain America iaitu kesinambungan daripada filem Captain America - The First Avengers yang telah ditayangkan di pawagam pada tahun 2011 dan bersambung daripada filem The Avengers yang ditayangkan pada tahun 2012
  • Filem sekuel kedua Captain America ni dibarisi pelakon seperti Chris Evans (Steve Rogers / Captain America), Scarlett Johansson (Natasha Romanoff / Black Widow), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Sebastian Stan (The Winter Soldier), Anthony Mackie (Sam Wilson / Falcon), Cobie Smulders (Maria Hill), Frank Grillo (Brock Rumlow), Emily VanCamp (Sharon Carter / Agent 13), Hayley Atwell (Peggy Carter) and Robert Redford (Alexander Pierce)
  • Pada awal cerita lagi da boleh buat korang gelak tengok scene Sam Wilson...haa, kenapa agaknya ? HAHA
Captain America & Black Widow

  • Watak Natasha Romanoff / Black Widow dalam movie The Avengers sememangnya terkenal dengan kecekapan dan ketangkasannya untuk menumpaskan musuh dengan mudah kan ? Tapi dalam sekuel Captain America kali ni...kenapa wataknya macam lain sikit...tak serius macam dulu...dalam proses nak menyelamatkan tebusan pun boleh buat macam takde apa-apa saja...lain yang suruh dibuat, lain yang dibuatnya...tapi aku suka wataknya kali ni...memang style kot masa berlawan...HAHA...

The Winter Soldier
The Winter Soldier

  • Seseorang telah mengarahkan pembunuh upahan supaya memburu Nick Fury dan membunuhnya ? Nick Fury telah diserang oleh seseorang semasa berada di apartmen Steve setelah melarikan diri daripada sekumpulan polis yang cuba menyerang SUV nya...adakah ianya ada kaitanya dengan pertubuhan HYDRA ? Persoalannya sekarang, siapakah dalang yang sebenarnya disebalik kejadian yang berlaku ke atas Nick Fury ?
  • Mengapakah Captain America dipanggil untuk disoal siasat selepas insiden Nick Fury ditembak di apartmennya ?
Captain America

  • Captain America dan Black Widow telah menerima sesuatu yang ditinggalkan Nick Fury dan berusaha untuk menjejak lokasi data berkenaan diperoleh dan akhirnya mereka berdua menjumpai sesuatu yang tidak dijangka...HYDRA berselindung disebalik S.H.I.E.L.D sejak berpuluh tahun dahulu ? Masih ingat siapa saintis yang terlibat dalam HYDRA tu masa sekuel yang pertama ? Hee...
  • The Winter Soldier adalah salah satu projek dibawah pertubuhan HYDRA...semasa Steve Rogers bertarung dengan Winter Soldier, topeng mukanya tertanggal secara tidak sengaja dan Steve Rogers amat mengenali wajahnya itu...haa, siapakah sebenarnya The Winter Soldier tu agaknya ye ? 
Falcon
Falcon

  • Dapatkah Captain America dan Black Widow mendedahkan rahsia HYDRA yang selama ini telah bersembunyi di sebalik nama S.H.I.E.L.D selama puluhan tahun ? Dan dapatkah Captain America, Black Widow dan Falcon menghalang niat jahat HYDRA yang berniat untuk memusnahkan manusia ?
  • Haa, dapatkah Captain America menghentikan Helicarrier yang digunakan HYDRA bagi melaksanakan rancangan jahat mereka dan dapatkah The Winter Soldier mengingati semula siapa dirinya dan memorinya tentang Steve Roger ?
Captain America VS The Winter Soldier

  • Plot dan jalan cerita yang agak menarik...aksi semasa berlawan memang agak style...pada pendapat aku la kan, kostum Captain America kali ni rasanya lebih baik daripada daripada kostum semasa movie The Avengers dulu tetapi kostum sekuel pertama rasanya paling smart...haa, memang berbaloi tunggu movie ni keluar di pawagam...bagi yang tak pernah layan movie Captain America ni...baik korang layan sekuel yang pertama dulu, lepas tu layan The Avengers pula...baru layan sekuel kedua ni...kalau tak memang korang akan lost dalam pawagam...hee...
  • Kalau korang peminat setia movie ni...mesti korang sudah dapat agak daripada mula lagi siapa The Winter Soldier ni...ala, takkan la korang tak ingat scene yang tu ? Apa yang terjadi dengan......hee
  • Tunggu sehingga habis kredit dan jangan keluar awal sebab masih ada scene yang perlu korang tengok di akhir movie ni...ala, macam tak biasa pula layan movie Marvel's...mesti ada suprise di penghujungnya...hmm, siapakah dua orang kembar tu agaknya ya ?

Rating : 4.5 out 5 


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Captain America : The Winter Soldier ni sangat best cuma pada pendapat aku la, costume Falcon tu nampak macam kureng sikit...cuba search watak Falcon dalam komik Marvel's, tengok costume dia warna merah...memang nampak smart...dalam movie ni nampak moden sangat...dan lagi satu, mana Hawkeye ? Huhu...


P.S - Kenapa la tak panggil Iron Man ? Ohh, lupa...Tony Stark kan da musnahkan semua suit dia tu dalam movie Iron Man 3 dulu...HAHA...kalau la Iron Man muncul mesti gempak kan macam masa movie Thor : The Dark World dulu tetiba Captain America muncul...HAHA


**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Captain America : The Winter Soldier
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com