Showing posts with label Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama. Show all posts
Showing posts with label Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama

> What's Up Guys...

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama ! Salah sebab utama aku lebih gemar membeli tiket wayang secara online atau menggunakan apps di telefon pintar adalah untuk menjimatkan masa sebab tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket...tetapi dengan cara pembelian tiket wayang daripada kiosk layan diri ni lagi dapat menjimatkan masa dan sekaligus menjimatkan pelan data bagi mereka yang gemar membeli tiket dengan menggunakan apps...serius, proses pembelian tiket tak sampai 2 minit pun ! Bila sudah selesai membeli tiket...bolehlah senyum pada mereka yang masih tengah beratur untuk beli tiket...hehe

Cara Membeli Tiket Wayang di Kiosk Layan Diri

Ok, pertama sekali...bagi ahli TGV Cinemas Movie Club...sila leretkan kad anda dulu untuk tidak terlepas MovieMoney bila membeli tiket wayang nanti...haa, masih belum menjadi ahli lagi ?

Haa, bagi mereka yang selalu terjah ke pawagam tu terutama di TGV Cinemas...memang tersangatlah rugi kalau tidak menjadi ahli TGV Cinemas Movie Club kerana TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang...tapi kalau bukan ahli pun masih boleh menggunakan kiosk layan diri tiket wayang ni...tiada masalah...hehe

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama
Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama

Seterusnya, pilihlah movie yang mahu ditonton pada hari itu dan waktu tayangannya...kemudian, pilih tempat duduk...bila sudah menetapkan pilihan anda...teruskan dengan pembayaran...dan anda tidak perlu untuk mengisi sebarang bentuk maklumat peribadi atau apa saja...boleh pilih sama ada mahu menggunakan kad kredit ataupun kad debit...masukkan kad dan sila tunggu pengesahan...

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang

Haa, lepas tu bolehlah ambil tiket yang telah siap dicetak...memang cepat dan mudah kan ? Memang tak sampai 2 minit pun ! Tak perlulah susahkan diri nak beratur panjang untuk beli tiket...semuanya di hujung jari sekarang ni...betul tak ? hehe

Kiosk Layan Diri Tiker Wayang Kini Di TGV 1 Utama

Haa, masa pertama kali aku menggunakan kiosk di TGV 1 Utama hari tu...waktu puncak...masa tu hari minggu pula tu...walaupun ada 4 kiosk yang telah disediakan di sana...tapi aku hairan kenapa tak ramai sangat yang menggunakannya...agak pelik juga di situ ? Huhu...

Sebab masih ramai yang sanggup beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket...hmm, mungkin ramai yang masih belum tahu agaknya boleh beli tiket kat situ...yela, masih baru la katakan...rasanya awal bulan Oktober 2015 baru beroperasi kiosk tu di TGV 1 Utama...sebab aku pun baru perasan...hehe


NOTA SKYTECH :

Buat masa sekarang ni, hanya 3 pawagam TGV saja yang menyediakan perkhidmatan ni iaitu di TGV Cinemas Sunway Pyramid, TGV Cinemas Dpulze Cyberjaya dan yang terbaru sekali di TGV Cinemas 1 Utama...harap lepas ni, perkhidmatan kiosk layan diri ni akan diperluaskan lagi la di TGV Cinemas yang lain...

**Terima kasih kerana membaca entri Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com