Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama ! Salah sebab utama aku lebih gemar membeli tiket wayang secara online atau menggunakan apps di telefon pintar adalah untuk menjimatkan masa sebab tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket...tetapi dengan cara pembelian tiket wayang daripada kiosk layan diri ni lagi dapat menjimatkan masa dan sekaligus menjimatkan pelan data bagi mereka yang gemar membeli tiket dengan menggunakan apps...serius, proses pembelian tiket tak sampai 2 minit pun ! Bila sudah selesai membeli tiket...bolehlah senyum pada mereka yang masih tengah beratur untuk beli tiket...hehe
Cara Membeli Tiket Wayang di Kiosk Layan Diri
Haa, bagi mereka yang selalu terjah ke pawagam tu terutama di TGV Cinemas...memang tersangatlah rugi kalau tidak menjadi ahli TGV Cinemas Movie Club kerana TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang...tapi kalau bukan ahli pun masih boleh menggunakan kiosk layan diri tiket wayang ni...tiada masalah...hehe
Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama |
Seterusnya, pilihlah movie yang mahu ditonton pada hari itu dan waktu tayangannya...kemudian, pilih tempat duduk...bila sudah menetapkan pilihan anda...teruskan dengan pembayaran...dan anda tidak perlu untuk mengisi sebarang bentuk maklumat peribadi atau apa saja...boleh pilih sama ada mahu menggunakan kad kredit ataupun kad debit...masukkan kad dan sila tunggu pengesahan...
Haa, lepas tu bolehlah ambil tiket yang telah siap dicetak...memang cepat dan mudah kan ? Memang tak sampai 2 minit pun ! Tak perlulah susahkan diri nak beratur panjang untuk beli tiket...semuanya di hujung jari sekarang ni...betul tak ? hehe
Haa, masa pertama kali aku menggunakan kiosk di TGV 1 Utama hari tu...waktu puncak...masa tu hari minggu pula tu...walaupun ada 4 kiosk yang telah disediakan di sana...tapi aku hairan kenapa tak ramai sangat yang menggunakannya...agak pelik juga di situ ? Huhu...
Sebab masih ramai yang sanggup beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket...hmm, mungkin ramai yang masih belum tahu agaknya boleh beli tiket kat situ...yela, masih baru la katakan...rasanya awal bulan Oktober 2015 baru beroperasi kiosk tu di TGV 1 Utama...sebab aku pun baru perasan...hehe
Sebab masih ramai yang sanggup beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket...hmm, mungkin ramai yang masih belum tahu agaknya boleh beli tiket kat situ...yela, masih baru la katakan...rasanya awal bulan Oktober 2015 baru beroperasi kiosk tu di TGV 1 Utama...sebab aku pun baru perasan...hehe
NOTA SKYTECH :
Buat masa sekarang ni, hanya 3 pawagam TGV saja yang menyediakan perkhidmatan ni iaitu di TGV Cinemas Sunway Pyramid, TGV Cinemas Dpulze Cyberjaya dan yang terbaru sekali di TGV Cinemas 1 Utama...harap lepas ni, perkhidmatan kiosk layan diri ni akan diperluaskan lagi la di TGV Cinemas yang lain...
jarang tengok kat Tgv biasa tengok kat GSC
ReplyDeleteaku mana-mana pawagam pun aku pergi TGV ke...GSC ke...tapi kebanyakannya TGV la sebab ada benefit jadi movie club...hehe
Deletebestnya. senang je kan? macam beli tiket ktm. ^_^
ReplyDeleteKalau nak beli tiket wayang on the spot guna mesin ni memang lebih menjimatkan masa daripada beli online guna apps...beli guna apps kan nak isi itu ini...minta emel la...kalau guna kiosk ni tak...cepat dan mudah...hehe
Deletesenang la kalau dah meluas nanti..mmg jimat masa kalau ade kiosk macam nih..tapi area sy nih still kena beratur lagi la..haha
ReplyDeleteSekarang ni mungkin baru dalam peringkat awal...sebab tu baru 3 TGV je yang ada kiosk ni...sy da lupa macam mana nak beratur beli tiket wayang sebab bila da tahu beli online..memang tak nak membazir masa nak beratur panjang...kalau hari minggu atau cuti umum lagi seksa nak beratur...hehe
DeleteJimat masa la lepas ni . Takyah beratur pnjng2 .
ReplyDeleteBetul tu...harap lepas ni kiosk ni akan meluas la di semua TGV Cinemas...hehe
DeleteDorang tak tahu kot kiosk tu wujud kat situ haha
ReplyDeleteMustahil la tak tahu...masa aku beli tiket wayang kat kiosk tu semua pandang macam pelik je...haha
Deletehehe sori, dah lama tak ke TGV. setia dengan GSC je. tapi nampak convinient. aku suka bab pakai mastercard tu. cashless :D
ReplyDeleteHehe...aku pula setia dengan TGV...ahli movie club la katakan...rasa nak tukar angin layan juga GSC sekali sekala...sekarang ni senang kalau takde cash...boleh guna kad...tapi aku prefer guna debit la...tolak terus...tak payah hutang...huhu
DeleteTak ramai guna mesti sebab nampak pelik. Orang kita kalau pelik mana berani pergi dekat. hahaha
ReplyDeleteHaha...tu la pasal...sebab tu lepas beli tiket wayang daripada kiosk tu...aku pula pandang pelik kat diorang yang masih tengah beratur panjang tu...kih3
Deletedah makin canggih dah sekarang nieh
ReplyDeletemungkin sebab ramai yg beratur di kaunter utama
tapi sekarang tak buat secara menyeluruh lg kn
sepatutnya lama dah ada,baguslah kalau gitu,lagi senagn :D
ReplyDeleteDah lama juga tak menjengah ke blog Ezad ni....
ReplyDeleteWah dah ada kiosk tak payah susah-susah nak beratur panjang untuk beli tiket kat kaunter kan