Wednesday 7 October 2015

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama

> What's Up Guys...

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama ! Salah sebab utama aku lebih gemar membeli tiket wayang secara online atau menggunakan apps di telefon pintar adalah untuk menjimatkan masa sebab tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket...tetapi dengan cara pembelian tiket wayang daripada kiosk layan diri ni lagi dapat menjimatkan masa dan sekaligus menjimatkan pelan data bagi mereka yang gemar membeli tiket dengan menggunakan apps...serius, proses pembelian tiket tak sampai 2 minit pun ! Bila sudah selesai membeli tiket...bolehlah senyum pada mereka yang masih tengah beratur untuk beli tiket...hehe

Cara Membeli Tiket Wayang di Kiosk Layan Diri

Ok, pertama sekali...bagi ahli TGV Cinemas Movie Club...sila leretkan kad anda dulu untuk tidak terlepas MovieMoney bila membeli tiket wayang nanti...haa, masih belum menjadi ahli lagi ?

Haa, bagi mereka yang selalu terjah ke pawagam tu terutama di TGV Cinemas...memang tersangatlah rugi kalau tidak menjadi ahli TGV Cinemas Movie Club kerana TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang...tapi kalau bukan ahli pun masih boleh menggunakan kiosk layan diri tiket wayang ni...tiada masalah...hehe

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama
Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama

Seterusnya, pilihlah movie yang mahu ditonton pada hari itu dan waktu tayangannya...kemudian, pilih tempat duduk...bila sudah menetapkan pilihan anda...teruskan dengan pembayaran...dan anda tidak perlu untuk mengisi sebarang bentuk maklumat peribadi atau apa saja...boleh pilih sama ada mahu menggunakan kad kredit ataupun kad debit...masukkan kad dan sila tunggu pengesahan...

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang

Haa, lepas tu bolehlah ambil tiket yang telah siap dicetak...memang cepat dan mudah kan ? Memang tak sampai 2 minit pun ! Tak perlulah susahkan diri nak beratur panjang untuk beli tiket...semuanya di hujung jari sekarang ni...betul tak ? hehe

Kiosk Layan Diri Tiker Wayang Kini Di TGV 1 Utama

Haa, masa pertama kali aku menggunakan kiosk di TGV 1 Utama hari tu...waktu puncak...masa tu hari minggu pula tu...walaupun ada 4 kiosk yang telah disediakan di sana...tapi aku hairan kenapa tak ramai sangat yang menggunakannya...agak pelik juga di situ ? Huhu...

Sebab masih ramai yang sanggup beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket...hmm, mungkin ramai yang masih belum tahu agaknya boleh beli tiket kat situ...yela, masih baru la katakan...rasanya awal bulan Oktober 2015 baru beroperasi kiosk tu di TGV 1 Utama...sebab aku pun baru perasan...hehe


NOTA SKYTECH :

Buat masa sekarang ni, hanya 3 pawagam TGV saja yang menyediakan perkhidmatan ni iaitu di TGV Cinemas Sunway PyramidTGV Cinemas Dpulze Cyberjaya dan yang terbaru sekali di TGV Cinemas 1 Utama...harap lepas ni, perkhidmatan kiosk layan diri ni akan diperluaskan lagi la di TGV Cinemas yang lain...

**Terima kasih kerana membaca entri Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama

17 comments:

  1. jarang tengok kat Tgv biasa tengok kat GSC

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mana-mana pawagam pun aku pergi TGV ke...GSC ke...tapi kebanyakannya TGV la sebab ada benefit jadi movie club...hehe

      Delete
  2. bestnya. senang je kan? macam beli tiket ktm. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli tiket wayang on the spot guna mesin ni memang lebih menjimatkan masa daripada beli online guna apps...beli guna apps kan nak isi itu ini...minta emel la...kalau guna kiosk ni tak...cepat dan mudah...hehe

      Delete
  3. senang la kalau dah meluas nanti..mmg jimat masa kalau ade kiosk macam nih..tapi area sy nih still kena beratur lagi la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni mungkin baru dalam peringkat awal...sebab tu baru 3 TGV je yang ada kiosk ni...sy da lupa macam mana nak beratur beli tiket wayang sebab bila da tahu beli online..memang tak nak membazir masa nak beratur panjang...kalau hari minggu atau cuti umum lagi seksa nak beratur...hehe

      Delete
  4. Jimat masa la lepas ni . Takyah beratur pnjng2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...harap lepas ni kiosk ni akan meluas la di semua TGV Cinemas...hehe

      Delete
  5. Dorang tak tahu kot kiosk tu wujud kat situ haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil la tak tahu...masa aku beli tiket wayang kat kiosk tu semua pandang macam pelik je...haha

      Delete
  6. hehe sori, dah lama tak ke TGV. setia dengan GSC je. tapi nampak convinient. aku suka bab pakai mastercard tu. cashless :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...aku pula setia dengan TGV...ahli movie club la katakan...rasa nak tukar angin layan juga GSC sekali sekala...sekarang ni senang kalau takde cash...boleh guna kad...tapi aku prefer guna debit la...tolak terus...tak payah hutang...huhu

      Delete
  7. Tak ramai guna mesti sebab nampak pelik. Orang kita kalau pelik mana berani pergi dekat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tu la pasal...sebab tu lepas beli tiket wayang daripada kiosk tu...aku pula pandang pelik kat diorang yang masih tengah beratur panjang tu...kih3

      Delete
  8. dah makin canggih dah sekarang nieh
    mungkin sebab ramai yg beratur di kaunter utama
    tapi sekarang tak buat secara menyeluruh lg kn

    ReplyDelete
  9. sepatutnya lama dah ada,baguslah kalau gitu,lagi senagn :D

    ReplyDelete
  10. Dah lama juga tak menjengah ke blog Ezad ni....

    Wah dah ada kiosk tak payah susah-susah nak beratur panjang untuk beli tiket kat kaunter kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com