Wednesday 24 April 2013

PARAMORE : Album Studio Keempat Paramore

> Whats Up Guys...

Haa, bila sebut saja nama band Paramore...mesti ramai yang cukup mengenali vokalisnya, Hayley Williams yang cukup bertenaga dan lincah ketika membuat persembahan secara live di atas pentas...masih ingat lagi dengan lagu hit mereka seperti Misery Business, Pressure, CrushCrushCrush, Ignorance, Careful, Brick By Boring Brick dan banyak lagi lagu hit band Paramore ni yang sudah tampil dengan tiga studio album  iaitu All We Know Is Falling (2005), Riot ! (2007) dan Brand New Eyes (2009)...

Akhirnya, setelah hampir empat tahun menunggu...terhasil juga album studio keempat Paramore yang berjudul PARAMORE yang telah dilancarkan di seluruh dunia pada 9 April 2013 yang lepas dan album  ni merupakan album studio pertama tanpa ahli asal iaitu Josh Farro (lead guitar) dan Zac Farro (drums) kerana mereka berdua telah membuat keputusan untuk keluar dari band ni sekitar hujung tahun 2010...

4th Studio Album | PARAMORE 

#ReviewAlbum | PARAMORE

Haa, karya terbaru Paramore kali ni memang agak berlainan sikit la dengan album Paramore sebelum ni...dan album PARAMORE ni memuatkan 17 buah lagu baru iaitu Fast In My Car, Now, Grow Up, Daydreaming, Interlude : Moving On, Ain't It Fun, Part II, Last Hope, Still Into You, Anklebiters, Interlude : Holiday, Proof, Hate To See Your Heart Break, (One Of Those) Crazy Girls, Interlude : I'm Not Angry Anymore, Be Alone dan Future...dan terdapat 2 bonus tracks iaitu Native Tongue dan Escape Route tetapi hanya untuk album yang dilancarkan di Jepun saja...


Single pertama album terbaru PARAMORE ni iaitu "Now" telah mendapat respon yang agak baik daripada beberapa orang pengkritik muzik dan ada antara mereka yang bagi rating 5/5 untuk lagu "Now" ni...huhh, first time aq dengar lagu Now ni masa awal Januari 2013...dan bila lagu "Now" merupakan lagu pembukaan semasa Paramore Live In Kuala Lumpur 2013 pada 17 Februari 2013 yang lepas...dan Malaysia antara negara terawal yang dapat dengar secara live single pertama dari album PARAMORE ni dalam siri jelajahnya untuk mempromosikan album terbaru mereka...lagi la aq terus rasa tak sabar untuk dapatkan full album bila ianya dilancarkan...huhu... 


Haa, ramai yang kata bila Josh dan Zac Farro ambil keputusan untuk keluar dari band Paramore beberapa tahun lepas..."Habislah Paramore lepas ni..." tapi terbukti mereka tu silap...Paramore masih boleh hasilkan muzik yang fresh dan best...kalau tak...takkan la boleh keluar album keempat ni...dan album ni telah pun tersenarai carta Billboard 200...


Bila dengar track 1 pun da rasa teruja sebab macam ada elemen electronic sikit...sebab album kali ni boleh dikatakan banyak elemen baru yang diketengahkan dalam setiap lagu...seperti elemen electronic rock, pop rock, new wave dan power pop...lagu Now, Still Into You, Ain't It Fun dan Part II memang layan la dalam album ni ! Lagu Part II tu macam ada link pulak dengan lagu Let The Flames Begin dari album Riot ! (2007) sebab liriknya macam ada persamaan...macam sequel...ke aq seorang je yang perasan ni...HAHA...

Memang tak dinafikan setiap album baru Paramore memang ada pembaharuan sejak album pertama tetapi Paramore tetap tidak berubah...tapi ada juga peminat Paramore yang macam tak boleh terima dengan perubahan dalam album baru ni...takkan bila da hasilkan karya dan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...da lama tak menaip...terpanjang pulak...puas rasanya...HAHA...


"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"

Album Rating : 8/10


NOTA SKYTECH :

Bagi aku la kan...kalau beli album yang original ni...kepuasannya memang lain macam sikit daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Paramore memang kena ada satu copy album "PARAMORE" ni...yeaahh !


P.S -  Lama giler aq tak buat review album ni...HAHA...
Wahhh...entri ke-888 untuk blog ni sejak April 2011...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri PARAMORE : Album Studio Keempat Paramore

17 comments:

  1. xd link download ke?haha.tapi serius dia punya vokalis memang best..

    ReplyDelete
  2. hehhe....aku jimat duit...xmau beli...download aja...then burn sendiri dalam cd...jimattt...walaupun bukan ori...hehe...


    p/s : kalau simple plan sure aku sanggup beli =)

    ReplyDelete
  3. @cik kaki ketawe : kalau da minat..aq sanggup beli ORI...haha~

    ReplyDelete
  4. @Melastik Bintang : layan kot Paramore..layan konsert live terbaik kot..tapi bukan sejak dari album pertama la...sejak album Riot!(2007) baru kenal Paramore...huhu~

    ReplyDelete
  5. like je la sbb x knl..kan..hahaha..

    ReplyDelete
  6. tu diaa. sanggup beli ori. memang peminat fanatik ni. :)


    ReplyDelete
  7. nak download je.. taknak beli.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  8. 1st time dgr nama kumpulan nih...huhu

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ezad...mmg peminat setia ni...:)

    ReplyDelete
  10. best2 lagu paramore... tp xsampai tahap beli album. sorg je artis yg sggup aku habiskan duit beli album...cekidout! haha!

    ReplyDelete
  11. Pertama kali mendengar nama band ini^^...

    ReplyDelete
  12. Selalu dapat tiket free paramore dari tunetalk..tapi selalu reject or passkan kat orang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com