Showing posts with label Kad Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Kad Raya 2012. Show all posts

Saturday, 25 August 2012

Kad Raya Dari Blogger

> Whats Up Guys...

"Seminggu berhari raya...kunjung mengunjung rumah terbuka...ooii...♪"

Haa...beraya sakan nampak tuan blog ni sampai seminggu blog ni tak dibuka...cuti raya la katakan...blog pun ikut bercuti raya juga la nampaknya...sebab bila raya ni selalunya mood berblogging merundum jatuh dan memang tak boleh nak lawan mood beraya la kan...betul tak ? HAHA...kejap je rasanya kan da masuk seminggu kita di bulan Syawal ni...dan yang bertambah meriahnya lagi raya tahun ni bila dapat kad raya dari blogger...


Haa...ada kad raya yang da lama sampai sebelum raya lagi...tapi yang baru sampai dalam minggu ni pun ada jugak...mungkin tak sempat sampai ke rumah aku kot sebelum raya hari tu...abang posmen da cuti awal la sebelum raya hari tu...tu yang sampai lambat sikit tu...hee...posto...posto...kad raya sudah sampai...hee...TERIMA KASIH ! 

#KadRayaDariBlogger Boni

#KadRayaDariBlogger Syaz

#KadRayaDariBlogger Lea Isnawi

#KadRayaDariBlogger Jue & Hanie

"TERIMA KASIH sekali lagi untuk kad raya tu ye..."


NOTA SKYTECH :

Dunia blogger masih dilanda mood raya lagi rasanya ni...kat bloglist aku pun ramai jugak blogger yang tak update lagi...mungkin minggu depan mood blogging akan kembali normal la kot...hee...ataupun ada yang nak mood raya sampai sebulan ? huhu...


P.S - Pssstt..banyak collection duit raya tahun ni ? Aku masih dapat lagi ke ?
Alhamdulillah...masih dapat lagi...rezeki jangan ditolak...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Kad Raya Dari Blogger

Saturday, 4 August 2012

Sapo Nak Kad Rayo?

> Whats Up Guys...

Haa...sapo nak kad rayo? Walaupun zaman sekarang ni da banyak alternatif lain selain daripada kad raya contohnya macam SMS, FB, blog, twitter dan sebagainya...tetapi kad raya masih tak dilupakan...haa...jom la join la contest ni...dapat jugak la buat koleksi kad raya tahun ni kan? Baru je dapat kad raya pertama semalam...haa, mana la tahu dapat lagi...hee...


Haa...klik kat gambar kalau nak join...siap...dan siapa la agaknya yang akan jadi mangsa kena tag ni ye? Dan calonnya da tentulah Boni...sorry boni...jangan marah ye...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Dengan rela hati join contest ni sebab ditag oleh Jue dan Hanie...lagipun da lama aku tak join contest macam ni...apa salahnya sekali sekala join kan...hee...


**Terima kasih kerana membaca entri Sapo Nak Kad Rayo?

Friday, 3 August 2012

Kad Raya Terawal Dari Eqbal Zack

> Whats Up Guys...

Haa...sejak pagi tadi lagi da rasa excited semacam je...dan yang peliknya tak tahu sebab apa...HAHA...macam ada something pulak yang akan berlaku...dan bila sampai je rumah petang tadi automatik je terus nak check peti surat...selalu memang tak pernah check peti surat sebab tahu memang takde surat untuk aku...tapi tadi...

"Ehh, ada pulak surat yang ada tertera nama aku?" dan dalamnya berisi....

Kad Raya dari www.eqbalzack.com

Wahh...dapat kad raya terawal dari Eqbal Zack la tahun ni...terima kasih abang Eq sebab sudi hantar kad raya ! Memang nostalgia betul bila dapat kad raya ni...dan tahun ni merupakan tahun kedua dapat kad raya dari rakan blogger...hee...

TERIMA KASIH sekali lagi Abang Eq !


**Terima kasih kerana membaca entri Kad Raya Terawal Dari Eqbal Zack
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com