"Malam terakhir nanti korang semua akan bermalam di cottage Fremantle Prison YHA..."
Haa, semasa berada di Perth tempoh hari...kami ingatkan sampai ke hari terakhir akan terus menginap di homestay Amna Home...hanya sempat dua (2) malam sahajalah berada di Perth...dan ada kejutan pula daripada pemilik Amna Home...kami semua kena berpindah ke sebuah cottage yang terletak di Fremantle...dan menurut info ianya merupakan bekas penjara yang sebenar...gulpppp !!
"Bekas penjara ?? Cottage ?? Berhantu ??"
Walaupun pada mulanya kami semua macam cuak jugalah...huh, macam tak percaya pun ada...eh, biar betul ni...HAHA...tapi sebenarnya aku sendiri memang nak merasa pengalaman bermalam di cottage yang dikatakan sangat "berhantu" oleh penduduk setempat...
Selamat Datang Ke Fremantle Prison YHA ! |
Haa, kami semua pun terus bersiap dan membawa beg pakaian untuk menaiki tren di stesen Perth menghala ke Fremantle...untuk sampai ke Fremantle Prison YHA ni, kena berjalan kaki lebih kurang 20 minit dari stesen Fremantle...kasi exercise sikit ! hehe
Cottage Fremantle Prison YHA...nampak menyeramkan tak ? |
Hmm, suasana di luar cottage yang kami akan menginap untuk satu (1) malam ni memang nampak tenang bila waktu siang...tapi kalau waktu malam...gulpp...hmm, rasanya hanya kami berlima sahaja yang menginap di situ pada malam tu...di luar kawasan penjara ada jugalah beberapa buah kereta tapi yang peliknya memang tak nampak ramai orang...mungkin kereta pekerja di situ agaknya...
Dalam cottage ni, terdapat dua (2) bilik...di dalam bilik utama ada katil saiz queen dan bilik kedua pula ada katil double decker yang boleh memuatkan 4 orang...so, dalam cottage ni boleh memuatkan sehingga 6 orang dalam suatu masa...dan kami hanya berlima...ada berlebih lagi seorang...untuk siapa pula ? huhu
Bilik Utama Cottage Fremantle Prison YHA |
Bilik Kedua Cottage Fremantle Prison YHA |
Haa, cuba bayangkan kalau berjalan di atas lantai cottage yang diperbuat daripada kayu ni bila waktu malam seorang diri...meremang juga la bulu roma dengar bunyinya...dah la kami sahaja di situ malam tu...HAHA
Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA
Nak dijadikan cerita, setelah kami semua sampai dan check-in di Fremantle Prison YHA...kami semua patah balik pergi ke King's Park pada waktu petang di Perth dan pulang semula ke Fremantle pada waktu malam...sampai sahaja di stesen Fremantle, kami semua naik bas untuk balik semula ke cottage sebab semua sudah penat...nak berjalan kaki macam jauh pula...
Walaupun pemandu bas tu mengatakan di tempat penginapan kami tu memang "berhantu" semasa menurunkan kami semua di satu lorong gelap untuk menuju ke cottage...kami relaks saja...redha saja sebenarnya...sebab kita semua tahu mereka ni memang jenis penakut...rasanya kalau mereka terjumpa hantu kat Malaysia...baru tahu langit tu tinggi ke rendah rasanya...HAHA
Satu langkah...
Dua langkah...
Tiga langkah...eh, bila nak sampai ni ?
Fremantle Prison di waktu malam |
Jam hampir menunjukkan pukul 11.00 malam semasa kami semua tiba di kawasan cottage setelah melalui lorong gelap tu...memang sunyi sepi...suhu pada malam tu rasanya 4 degree celcius...memang terasa "seram sejuk" la malam tu...aku yang tahan sejuk pun memang menggigil malam tu...pertama kali aku rasa nak pagi segera menjelma...
Ruang dapur di cottage Fremantle Prison YHA |
Haa, amacam...seram tak ? HAHA
Itulah antara pengalaman menyeramkan di cottage Fremantle Prison YHA...pada malam tu kami semua tidur awal sebab semuanya penat...dan Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara yang berlaku pun pada malam itu...semuanya lena sampai ke pagi...tiada dengar bunyi orang berjalan...paip air terbuka sendiri ke...hehe
Jom mengeteh ! HAHA |
Harga untuk menginap di cottage Fremantle Prison YHA ni untuk satu (1) malam adalah AUD690 untuk 3 buah cottage yang boleh memuatkan sehingga 18 orang...tak pasti pula kalau harga untuk menginap di sebuah cottage saja di sini...untuk info lebih lanjut lagi mengenai tempat penginapan kami di cottage Fremantle Prison YHA ni bolehlah rujuk di >>> https://www.yha.com.au/hostels/wa/perth-surrounds/fremantle/rent-a-yha/
Info mengenai Fremantle Prison YHA :
1) Alamat : 6 The Terrace, Fremantle WA 6160, Australia
2) Emel : fremantle@yha.com.au
3) FB Page : https://www.facebook.com/fremantleprisonyha
NOTA SKYTECH :
Terima kasih kepada pemilik Amna Home untuk pakej penginapan yang agak "menyeramkan" di Fremantle Prison YHA...satu pengalaman baru sebab dapat bermalam di cottage yang dikatakan "berhantu"...kalau ada peluang lagi, mungkin kami akan bermalam lagi di situ dan mahu mencuba Fremantle Prison Night Tour dalam tu...dengar katalah kan, ianya agak mengerikan di dalam tu pada waktu malam...hehe
P.S - Ala, tak seram pun bila bermalam di situ...cuma sejuk...kipas pun aku tak on malam tu...HAHA