Tuesday, 3 January 2012

Tragedi Hampir Meragut Nyawa


Huuhh...Tragedi Awal Januari hari tu buat aq lebih alert bila lalu di jalan gelap yang kekurangan cahaya ni bila malam...entri ni kiranya macam sambungan entri hari tu...hee...bila teringat balik tarikh 28 Disember 2009..rasanya macam tak sanggup lagi da aq nak lalui perkara yang sama macam tu...tragedi hampir meragut nyawa...huuhhh...

Memang aq tak boleh lupa la dan kalau boleh tak nak ingat da kejadian motor terbang ni...dan himpap kat kaki kiri aq ni...aq pun tak pasti apa yang aq langgar...masa tu on the nak balik kolej...nasib baik siang...kalau malam...habis la aq...

Lepas jatuh tu...aq tak periksa pun ada luka ke tak..tak terfikir langsung pun...first sekali, aq periksa motor aq dulu...HAHA...masa tu bukannya aq sedar tangan aq tu luka ke...kaki patah ke...takde la cedera teruk sangat...cuma luka kat tangan dan kaki je...

Haa...tu la hadiahnya...HAHA...habis bercalar cover set LC aq..dengan side mirror pecah kiri kanan...nak change gear pun tak boleh...terpaksa la aq menolak motor aq dalam keadaan kaki aq yang macam da tak rasa tu...sebab da dekat dengan susur nak masuk ke KL Sentral...


Huuhh...serius...nampak je dekat...tapi bagi aq masa tu...terasa jauh sangat...memang aq da putus asa nak menolak ni...tetiba ada van ni berhenti depan aq...bro tu macam tahu je aq perlukan bantuan ni...hee...aq pun tak tahu nak kata apa da...tolong bro tu masukkan motor aq dalam van dia...terus bro tu bawa aq pergi klinik...

Haa...lepas da selesai cuci luka kat klinik tu...bro tu sanggup tolong hantarkan aq kat bengkel motor...bro tu tolong aq sampai situ pun aq da cukup bersyukur da...aq bukan kesian kat diri aq...kesian motor aq tu...masa tu buah hati aq tu baru empat bulan lebih aq guna...bau kedai pun tak hilang lagi masa tu...da bercalar sana sini...kesian...hee...

#Berhati-hatilah di jalan raya...pesanan khidmat masyarakat ikhlas dari Skytech Belog...heee~


NOTA KECIL :

Walaupun da dua tahun kejadian tu berlalu...kesan dari eksiden kat kaki aq tu masih lagi terasa sampai ke hari ni...

**Terima kasih kerana membaca entri Tragedi Hampir Meragut Nyawa

Putus Hubungan


Huuhh…baru putuskan hubungan semalam…tetiba hari ni da terasa rindu la pulak ni…? Ahh...parah da ni…terasa lama pulak rasanya aq da putuskan hubungan dengan dunia maya ni sejak 40 jam lepas…blog tak update…FB lagi la…tak buka langsung pun semalam… HAHA…

Haa…padahal semalam masih dalam mood cuti lagi tapi entah kenapa terasa malas nak on laptop tu…ohh…sebenarnya aq dalam dilema ni…bila on laptop saja…nak online ke ataupun nak siapkan report Latihan Industri…? Cuma tinggal sikit saja lagi tapi entah bila la semangat nak tulis report tu akan datang ni…hee…

Tapi kalau aq siapkan sekarang…sama saja..aq kena tunggu jugak surat pengesahan tamat Latihan Industri dari tempat latihan aq ni 9 Januari depan sebab nak masukkan sekali dalam report tu…hee…

#Sementara tunggu semangat nak tulis report tu datang kat aq…teruskan aktiviti berblog dulu macam biasa…tak pernah terfikir pun nak putuskan hubungan dengan blog ni…HAHA…


NOTA KECIL :

Haa…hairan jugak ni…UV yang masuk blog ni boleh tahan jugak banyaknya walaupun seharian aq tak online daripada semalam…ishh…kalau aq online tak pulak macam ni…hairan...HAHA…

**Terima kasih kerana membaca entri Putus Hubungan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com