Tuesday, 16 September 2014

Perubahan Minor Pada Blog

> What's Up Guys...

Perubahan Minor Pada Blog...Haa, rasanya sejak 2-3 hari yang lepas mungkin ada yang perasan ada sedikit perubahan minor pada blog ni...terutamanya sekali pada header...serius, rasanya memang sudah lama sangat aku tak buat sebarang perubahan pada header ni dan susun atur blog ni...haa, nak update blog pun kadang-kadang tu tak sempat...ni kan lagi nak ubah keseluruhan blog...boleh berpinar mata aku nak layan coding template tu...HAHA...tapi nampak gayanya memang aku kena ambil CUTI lama la kalau nak buat perubahan major kan...heee

Perubahan Minor Pada Blog
Perubahan Minor Pada Blog

Hmm, masih mengekalkan warna biru dan hitam tapi mahu cari kelainan sikit kali ni...warna jingga menjadi pilihan...logo blog pun aku cuba buat simple yang boleh...bila aku create logo tu, cuba la gabungkan warna biru dan juga warna jingga...memang nampak ngam la...hee...bahagian sidebar pun aku ada buat perubahan sikit...sikit saja la...buang mana yang patut...dan tambah apa yang patut...apa yang penting...tengok "E"...terus ingat ezadskytech...kih3...

"Terima kasih sebab sudah lama berkhidmat dengan SKYTECH BELOG...hee"

Skytech Belog
Header Skytech Belog 2013

NOTA SKYTECH :

Selamat tinggal header lama...selamat datang header baru...haa, amacam...rasa macam termasuk blog lain tak bila aku buat sikit perubahan minor pada blog ni ? Harap lepas diberi nafas baru ni, boleh la selalu update blog...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Perubahan Minor Pada Blog

Thursday, 11 September 2014

Film Review - The Maze Runner

> What's Up Guys...

Haa, beberapa hari lepas sempat la layan movie The Giver di pawagam tapi bila da tengok...serius agak mengecewakan sikit movie tu...hmm, mujurlah aku dapat REDEEM tiket percuma lepas aku sign up jadi ahli TGV Cinemas Movie Club...tak la rasa macam rugi sangat...hee...dan kali ni teringin nak layan movie The Maze Runner pula...sepatutnya movie ni mula ditayangkan bermula 11 September 2014 tapi ada juga pawagam yang tayangkan sehari lebih awal...apa kata jom kita layan review ni dulu...hehe

Film Review - The Maze Runner
The Maze Runner

Synopsis : Thomas wakes up to find himself without any memory of his past in a place called The Glade, the centre of a giant maze inside of which live vicious creatures called Grievers. The Glade is inhabited by other teenage boys, all of whom have no memory of their previous life, and who, as a group are working to engineer an escape. 

The Maze Runner Rules
The Maze Runner Rules

Periodically the doors to the maze open allowing the boys inside, but they also close without warning and no boy who has ventured inside has ever survived a night in the maze. But everything begins to change when the latest arrival turns out to be a girl, Teresa, whose thoughts Thomas can read. Together, they form a special bond and, along with the other boys, they launch a desperate bid for freedom.

TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom kita layan dulu trailer movie The Maze Runner ni dulu...roll VT please !!


#MyReview The Maze Runner

  • Filem The Maze Runner adalah filem bergenre sci-fi action thriller arahan Wes Ball yang diadaptasi daripada sebuah buku hasil karya James Dashner iaitu The Maze Runner (2009) dan filem ni dibintangi oleh Dylan O'Brien (Thomas), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Kaya Scodelario (Teresa Agnes), Will Poulter (Gally), Ki Hong Lee (Minho), Blake Cooper (Chuck), Aml Ameen (Alby), Alexander Flores (Winston), Jacob Latimore (Jeff), Chris Sheffield (Ben), Dexter Darden (Frypan), Randall D. Cunningham (Clint) dan Patricia Clarkson (Chancellor Ava Paige)
  • Pada awal cerita lagi sudah buat korang tertanya-tanya kenapa Thomas boleh ada di tengah-tengah "The Maze" tu ?
  • Siapakah sebenarnya mereka yang berada di dalam "The Maze" tu dan bagaimana mereka semua boleh berada di situ ?
The Glade
Welcome To The Glade

  • Kenapa pada mulanya Gladers tidak dapat menerima kehadiran Thomas di situ ? Siapakah sebenarnya Thomas ni ?
  • Mengapakah mereka semua terlalu takut untuk mendekati "The Maze" tu dan kenapa hanya The Maze Runner saja yang dibenarkan masuk ke dalam sana ?
Maze Runner
Maze Runner

  • Jika sesiapa yang terperangkap di dalam "The Maze" pada waktu malam...peluang untuk hidup memang tipis...confirm tiada yang akan terselamat menurut kata semua Gladers...apakah sebenarnya mahkluk misteri yang telah menghantui mereka semua di dalam "The Maze" tu ?
  • Pada mulanya, semua Gladers telah berputus asa untuk mencari jalan keluar termasuk Minho...salah seorang di antara Maze Runner yang telah menjelajah ke seluruh kawasan "The Maze"...dapatkah mereka semua mencari jalan keluar daripada "The Maze" setelah hampir 3 tahun mereka terperangkap dan terpaksa hidup di dalam tu ?
The Maze
The Maze

Kenapa perlu tonton movie The Maze Runner ni ?

  • Sebab aku jenis yang malas nak baca buku macam ni...sebab tu layan movie...hehe
  • Plot dan jalan cerita pada permulaannya agak slow sikit...tapi pada pertengahannya sehingga ke akhir memang agak mendebarkan...bila scene Minho, Thomas dan Alby yang terperangkap dalam "Maze" pada waktu malam tu memang boleh bikin penonton terperanjat dengan kehadiran makhluk misteri tu...orang yang duduk di sebelah aku terkejut macam tengok movie seram...HAHA
The Maze Runner
The Maze Runner

  • Dalam "The Maze" ni ada 8 section...setiap hari 1 section dalam "The Maze" ni akan berubah susunan jalannya...kalau aku la di letakkan dalam situasi macam tu, memang sudah give up la nak mencari jalan keluarnya...pintu "Maze" tu pun sukahati buka, sukahati tutup saja...huhu
  • Macam ada persamaan sikit dengan movie Hunger Games...hidup secara survival...yang lemah akan tewas...yang berani teruskan hidup...
  • Haa, kalau nak tahu macam mana pengakhirannya movie ni...kena la tengok sendiri di pawagam berdekatan dengan korang...hee...katanya movie The Maze Runner ni akan ada sekuel lagi...memang menarik ni nak tahu cerita selanjutnya...huhu

Rating : 3 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie The Maze Runner ni boleh dikatakan kategori boleh layan juga la dan agak menarik untuk ditonton sebab ada sedikit unsur suspen dan kita sendiri tak boleh nak agak ending macam mana...tapi kalau yang pernah baca buku tu tahu la kan...hmm, nak tunggu sekuelnya confirm lama lagi baru akan keluar...huhu

P.S - Haa, movie apa lagi yang best akan keluar nanti ye ?

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Maze Runner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com