Thursday, 25 August 2016

Keunikan Universal Laptop Adapter Innergie PowerGear ICE 65

> What's Up Guys...

Hmm, sebenarnya sudah beberapa hari aku berada dalam dilema sama ada nak bawa laptop ataupun tidak bila ke luar negara minggu depan...takut aku kebosanan pula di malam hari nanti kat sana...kalau bawa laptop sekali boleh la aku update entri di luar negara nanti...nak update entri guna smartphone tak puas la...tak masuk dengan jiwa...cewahhh...HAHA

Tapi masalahnya sekarang kalau bawa laptop pun...tak boleh nak cas pun tak guna juga kan...kepala plug bukannya sama seperti di Malaysia untuk setiap negara...nak bawa laptop adapter...lepas tu nak mencari universal plug lagi...bertambah berat la beg aku nanti...sebab aku hanya akan bawa beg 28L je nanti bila ke sana...tak check-in luggage pun...hmm...

Innergie PowerGear ICE 65

Universal Laptop Adapter Innergie PowerGear ICE 65
Innergie PowerGear ICE 65

GOOGLE dan terus menGOOGLE...terjumpa pula info mengenai Keunikan Innergie PowerGear ICE 65 ni...universal laptop adapter daripada Delta...hmm, memang agak menarik ni sebab ianya muncul di saat aku dalam dilema...boleh aku cuba dulu sebelum bawa pergi travel nanti...hehe

Keunikan Universal Laptop Adapter Innergie PowerGear ICE 65

Keunikan Universal Laptop Adapter Innergie PowerGear ICE 65
Universal Laptop Adapter Innergie PowerGear ICE 65

Innergie PowerGear ICE 65 ni boleh digunakan di lebih 150 buah negara di seluruh dunia kerana dalam satu kotak ni turut disertakan juga enam (6) tip yang bersesuaian dengan jenama laptop yang anda gunakan seperti jenama Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo dan TOSHIBA...selain itu juga, dalam kotak ni juga disediakan empat (4) jenis universal AC plugs iaitu :

- US (North America, Thailand,Taiwan)
- EU (Europe)
- AU (Australia, New Zealand)
- UK (United Kingdom, Singapore, Malaysia)

PowerGear ICE 65
PowerGear ICE 65

Innergie ni sudah ada di dalam pasaran sejak tahun 2008 lagi...jadi memang tak perlu risaulah mengenai keselamatan dan kebolehupayaan produknya kerana produk Innergie PowerGear ICE 65 menggunakan teknologi GreenSense dan ianya juga dilengkapi dengan InnerShield Power Protection...peranti anda selamat daripada over-current, over-voltage, over-power, over-temperature dan short-circuiting kerana ianya dilindungi...dan yang paling penting ianya mempunyai 3-Year Limited Warranty !

Innergie PowerGear ICE 95
Innergie

Boleh juga dapatkan secara ONLINE di laman web www.lazada.com.my (LAZADA) ataupun boleh juga dapatkan di pengedar sah yang telah dilantik seperti :

Pengedar Sah Innergie (1)

Pengedar Sah Innergie (2)


Amacam ? Haa, semuanya all in one dalam satu kotak...haa, lepas ni kalau nak bawa laptop bila pergi travel pun tiada masalah...sebab Innergie PowerGear ICE 65 ni tak ambil ruang yang banyak di dalam beg anda...ringan dan mudah dibawa ke mana saja...kaki TRAVEL memang patut ada satu ni ! 

NOTA SKYTECH :

Oh ye, kalau nak tahu info lebih lanjut lagi boleh pergi ke >> www.innergie.com (INNERGIE)
**Terima kasih kerana membaca entri Keunikan Universal Laptop Adapter Innergie PowerGear ICE 65

Friday, 15 July 2016

Penangan Pokémon Go : TRAVEL BLOGGER Di Malaysia Mungkin Akan Bertambah Ramai ?

> What's Up Guys...

Huh, agak lama aku tak update entri kat blog ni kan ? Bila sudah terlalu lama tinggalkan blog...nak mengumpulkan semula kekuatan untuk update blog ni susah betul...haa, kalau nak dibiarkan terus bersawang, sayang pula rasanya...HAHA

Penangan Pokémon Go : TRAVEL BLOGGER Di Malaysia Mungkin Akan Bertambah Ramai Nanti

Sejak game Pokémon Go ni dilancarkan di Australia, New Zealand dan United States pada 6 Julai 2016 yang lepas...diikuti Germany pada 13 Julai 2016 dan di United Kingdom pada 14 Julai 2016  dan di Italy, Spain dan Portugal pada 15 Julai 2016...dan kini ianya terus menjadi fenomena dan telah diperkatakan di seluruh dunia...dan menurut khabar angin ianya akan dilancarkan secara rasmi di rantau Asia tidak lama lagi...adakah Malaysia akan turut tersenarai dalam list sekali ? Haa, aku tahu ramai yang tak sabar nak tunggu ni...relax bro !! Kita tunggu saja pengumuman rasmi daripada mereka nanti...HAHA

"Ehh, ada Mewtwo la kat Australia tu Uncle Zuan...tapi betul ke ada ? HAHA"

Pokémon Go Legendary
Gotta catch'em all !!

Haa, kaki travel dan peminat siri Pokémon ni mesti tak sabar nak mengelilingi satu dunia untuk melihat tempat orang sambil tangkap Pokémon ni kan ? Mungkin aku pun akan jadi salah seorang TRAVEL BLOGGER pula lepas ni...pusing satu Malaysia hanya nak mencari Pokémon,,,mana tahu kan...kalau ada rezeki lebih...boleh melancong sambil...ehh, kat atas ni kan sudah taip tadi...mana tahu dapat jumpa Pokémon yang rare dan ianya tiada di Malaysia...

"Aku jumpa Gyarados kat Tasik Chini tadi..."

Pokémon Go - Gyarados

"Bersepah Gastly dan Hunter kat tapak Mimaland tu...kau da tangkap ke ?"

Mungkin itulah antara dialog yang mungkin akan kerap didengari jika game Pokémon Go sudah mula dilancarkan di Malaysia nanti...sanggup travel ke sana ke mari hanya untuk melihat dunia luar sambil mencari Pokémon...ada juga aktiviti yang nak dibuat kan bila travel jauh ? hehe

Penangan Pokémon Go : Travel Blogger Di Malaysia Mungkin Akan Bertambah ?
Who's That Pokémon ?

Everybody wants to be a master.
Everybody wants show their skills.
Everybody wants to get there faster.
Make their way to the top of the hills.

Each time, You try...
Gonna get just a little bit better...
Each step, You climb...
Is one more step up the ladder!

It's a whole new world we live in,
Do-Do-Do, Do, Do-Do
It's a whole new way to see,
Do-Do-Do, Do, Do-Do
It's a whole new place, with a brand new attitude,
But you still 'Gotta catch 'em all!'
And be the best that you can be!

NOTA SKYTECH :

Bila dengar semula opening song Pokémon : Indigo League (Season 1) dan Pokémon : The Johto Journeys (Season 3)...lagi bertambah semangat nak tunggu Pokémon Go ni dilancarkan secara rasmi di Malaysia...walaupun siri Pokémon ni sudah masuk Pokémon : XYZ (Season 19), tapi kebanyakan opening song kurang ummpph...aihh, aku rasa macam tak boleh move on lagilah bila dengar dua opening song Pokémon ni...GOTTA CATCH'EM ALL !! Pokémon...

P.S - Mungkin akan wujud gelaran Pokémon BLOGGER nanti lepas ni...dan akan muncul la pula #PokémonGo dan #PokémonMaster di FB dan Instagram......HAHA...kalau nak tahu bila game Pokémon Go akan dilancarkan di Malaysia...boleh pergi ke >> Is Pokémon Go Available Yet ?

UPDATE : Aplikasi Pokémon Go kini sudah boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store untuk pengguna di Malaysia mulai 6 Ogos 2016

**Terima kasih kerana membaca entri Penangan Pokémon Go : TRAVEL BLOGGER Di Malaysia Mungkin Akan Bertambah Ramai ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com