Monday 18 July 2011

Terlalu Jauh... Memang Tersangat Jauh...


Haaa..persahabatan...? Penting ataupun tidak...?

Boleh ke kita hidup tanpa seseorang yang bernama sahabat..? Semua tu terletak di tangan kita...dan kita kena la pandai memilih sahabat... kalau kita bersahabat dengan orang yang baik... baik la jadinya... dan kalau kita bersahabat dengan orang yang salah... haaaa... pandai la fikir ye.... (^^,)

Hargailah mereka selagi mereka masih ada...jika mereka da takde nanti, kita tak mungkin akan jumpa orang yang sama lagi seperti mereka...

SO FAR AWAY....

Video ini adalah tribute untuk pemain dram asal Avenged Sevenfold, Jimmy "The Rev" Sullivan dan untuk meraikan persahabatan yang telah lama mereka kongsi sejak menubuhkan A7X di Huntington Beach, CA pada tahun 1999...



Dalam muzik video "So Far Away", menampilkan empat orang ahli band Avenged Sevenfold yang sedang jamming di dalam studio dan video mereka memandu melalui sebuah kawasan perumahan. Semasa melalui kawasan tersebut, video tersebut telah mengimbas kembali kenangan mereka berlima dahulu semasa remaja dan sekarang hanya tinggal berempat. 

Semasa bridge lagu, semua koleksi gambar dan video The Rev bermain dram dipaparkan dalam video tersebut dan muzik video tersebut berakhir dengan sebuah klip memeluk ahli band iaitu adegan yang sama dipaparkan pada booklet CD album studio kelima mereka, Nightmare. Muzik video tersebut adalah video kedua yang tidak memaparkan pemain dram asal Avenged Sevenfold. Muzik video Avenged Sevenfold yang pertama tanpa The Rev adalah Nightmare >> KLIK 


Semua ahli band ni muka sayu je aq tengok... mesti sedih bila teringat kembali rakan mereka tu... sesiapa yang pernah mengalami kehilangan mungkin akan rasa apa yang mereka ni rasa... Kredit kepada Syn kerana mencipta lagu ni KHAS untuk SAHABATNYA, Rev...

Kesimpulannya....
Hargailah sahabat yang sentiasa menyokong kita tidak kira semasa senang atau susah selagi mereka masih mampu dan berada di sisi kita....



NOTA KECIL :

Perkara yang baik dijadikan tauladan... yang buruk dijadikan sempadan...
Jadikan sesebuah persahabatan itu menjadi satu kenangan yang paling indah dalam hidup....


--- foREVer ---

**Terima kasih kerana membaca entri Terlalu Jauh... Memang Tersangat Jauh...

5 comments:

  1. huhu. kwn baik tea xpenah kekal. sobs.

    ReplyDelete
  2. sebab tu, tea mcm xminat sgt nk kwn rapat dgn org. :)

    ReplyDelete
  3. @Tea

    mmg terasa sakitkan bila kehilangan ni...=_=

    ReplyDelete
  4. hehe, aku layan gak a7x ni :P

    p/s : kawan sejati dimana-mana :)

    ReplyDelete
  5. @sergeant keroro

    haha...ada geng la ni...aq mmg tak pernah boring layan lagu2 a7x ni..

    p/s : betul tu..tapi kena pandai pilih la kan bro...kalau tak habis nanti kalau salah pilih kawan...heee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com