Wednesday 22 May 2013

#SBDdB13 : Kisah Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

> Whats Up Guys...

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 yang berlangsung pada 19 Mei 2013 yang lalu dan bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya merupakan event kedua yang aq sertai anjuran team Denaihati selepas event #SBB2013 pada awal bulan Januari 2013 yang lepas...sememangnya aq di antara yang terawal mendaftar untuk menyertai seminar ni...memang rugi rasanya kalau tak join...bila lagi kan ?

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 #SBDdB13

Walaupun seminar tu telah diadakan pada hujung minggu...langsung tidak mematahkan semangat aq untuk bangun awal pagi dan datang awal ke sana...yang paling penting ilmu yang nak dikongsikan dalam seminar tu...mujurlah sampai tepat pada waktunya...dan semua peserta masih belum mendaftar lagi...hee...


Seminar ni memang mendapat sambutan yang agak luar biasa...tak sangka seramai lebih 200 orang peserta dan yang mendaftar secara walk-in pun ada...dan apa yang menarik, kebanyakannya adalah bukan daripada kalangan blogger...sesiapa saja boleh join seminar ni...bukan terhad untuk blogger saja...ilmu seharusnya dikongsi bersama...kan? Siapa ahli panelnya ? Sudah semestinya korang semua kenal dengan Ikhwan Nazri @ Tekong (Amanz.my), Nisa Kay (NisaKay.com), Mohd Suhaimy @ Shuth (Founder Forum WangCyber) dan Ahmad Faizal @ Titan (EarnCent.com)...

Kesemua ahli panel masing2 ada cerita dan pengalaman sendiri, susah senang...untuk menjana pendapatan daripada blog ni memang banyak yang perlu dibuat...macam Titan sendiri, mempunyai lebih daripada 3 blog selain blog utama iaitu ahmadfaizal.com, earncent.com dan ohcikgu.com...yang penting katanya pandai uruskan masa...semua blognya ada niche yang tersendiri dan sangat berjaya dengan program affiliate yang disertainya...

Sebelum nak sertai sesuatu program affiliate tu...terlebih dahulu semak siapa admin, cara untuk hubungi admin, kemampuan admin, pandangan blogger / promoter lain dan semak scam atau tidak...ciri2 program affiliate yang bagus pulak tidak menyusahkan promoter, mudah daftar, sistem tidak terlalu sukar dan tiada masalah membayar...

Bagaimana cara nak buat duit dengan program affiliate ikut style Titan ?

  • Buat blog khas (niche) yang menguntungkan
  • Alexa Rank - 400K-500K da OK, bawah 1K (Malaysia)
  • Pagerank - PR1, PR3-PR4 lagi bagus
  • Untuk 1 program affiliate, buat entri paling kurang 5 artikel pasal program affiliate yang disertai tu

Haa, buat E-Book pun boleh menjana pendapatan...siapa yang ada bakat dan ilmu nak buat E-Book tu cuba buat...sehari 1 muka surat...bak kata abangensem...sebenarnya banyak lagi tips yang aq dapat dalam seminar ni...tak rugi pun bayar RM50...yang penting ilmu yang disampaikan tu amat berbaloi...

"Eh....kamera la...kamera...!!"


Antara blogger yang join Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 ni...walaupun tak menang lucky draw Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy SIII Mini, Samsung Corby...Kembara Ke Kemboja...tiket ke Universal Studio Singapore...eh, Melastik Bintang dan Syukri Tahir menang lucky draw ke USS la...hee...memang rezeki dorang...aq tak menang apa2 ke ? Tak menang lucky draw tapi dapat ilmu yang sangat awesome...semoga lepas ni dapatlah join event yang macam ni lagi di masa hadapan...


NOTA SKYTECH :

Tahniah kepada pihak penganjur, Denaihati Network...dan terima kasih kepada semua penaja...#SBDdB13 memang terbaik la...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri #SBDdB13 : Kisah Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

31 comments:

  1. semoga semangat yang diperolehi dari seminar ini terus hangat ....

    ReplyDelete
  2. seronok baca cerita blogger yang pergi..aku dapat baca je la..hehe

    ReplyDelete
  3. masing2 bersemangat nak buat duit dengan blog lepas menghadiri seminar ini.

    * salam perkenalan dari ciklaili.com

    ReplyDelete
  4. kita pon bole jadi panel kan.. sebab dapt duit dr komen je.. aahhahah

    ReplyDelete
  5. dah tiba masa mu pakai wordpress

    ReplyDelete
  6. kuat beb luck diorng menang!

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan dr Alin Marlini

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa google update semakin dekat

    ReplyDelete
  9. @Datin Tyka : masih fikir2 lagi nak tukar ke wordpress ni DT...heee~

    ReplyDelete
  10. @Khairul Zamri : tu la kan...PR naik atau turun..ataupun tak berubah...dup dap dup dap je ni...huhu~

    ReplyDelete
  11. memang banyak ilmu yang dapat kita kutip kat sana...

    ReplyDelete
  12. @boni kacak : sedikit sebanyak dapat sedut ilmu2 dari mereka2 yg pakar ni kan bro..:D

    ReplyDelete
  13. yup bro.. betul kata DT.. fikirkan ke wordpress juga :)

    ReplyDelete
  14. ok. boleh praktik kan dah lepas ni ezad. :)

    ReplyDelete
  15. "...langsung tidak mematahkan semangat aq untuk bangun awal pagi dan datang awal ke sana.."

    haha..jenis liat bangun pagi waktu cuti macam aku..

    ReplyDelete
  16. dah dapat ilmu memang tak terasa duit yg kita dah keluar. sebab ilmu tu tak ternilai :D

    ReplyDelete
  17. salam..
    best r dpat join event cam ni.. ramai blogger famous dtg..?

    ReplyDelete
  18. wah, kemain bersemangat semuanya bercerita pasal event ni. Jelesnyaa

    ReplyDelete
  19. makin masyuk lah kau lepas ni. tahniah!

    ReplyDelete
  20. @Zul Fattah : ramai jugak la blogger2 yg datang...tak tersenarai dibuatnya..:D

    ReplyDelete
  21. yeahhhhhhhhhhhhhhh! ezad makin semangat nampaknya ni,hehe....rugi onie tak dapat joinnnnnnnn, time tu ada hall :(

    ReplyDelete
  22. yeaaaahhh... steady lah bro.. datang seminar or event ni, sambil kita kembangkan network.. =)

    ReplyDelete
  23. Jom praktikkan ilmu yg dipelajari supaya tak lupa nanti :D

    ReplyDelete
  24. Tahniah sudah menyertai sebuah even luar biasa sayang saya tidak bisa ikut

    ReplyDelete
  25. lepas ni banyak le dapat duit.hehe..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ezad...seronoknya dpt join sekali...;)

    ReplyDelete
  27. Untunglah dapat pergi.

    Saya jauah berbatu-batu dari Malaysia nak hadir.

    Kami blogger Malaysia overseas mampu tersenyum tengok album saja lah. :)

    ReplyDelete
  28. Walaupun saya tak dapat pergi seminar tu tapi saya dapat tips yang berguna dengan membaca artikel saudara. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com