Saturday 1 February 2014

Film Review - RoboCop 2014

> Whats Up Guys...

RoboCop 2014...Bila dapat tahu filem RoboCop versi yang terbaru ini akan menampilkan RoboCop dalam sut hitam...excited juga nak lihat apa kelainan yang akan dipaparkan dalam filem RoboCop versi remake daripada filem RoboCop (1987) ni...tu yang hari pertama tayangan di pawagam terus pergi terjah...haa, apa yang menariknya mengenai filem RoboCop ni, Malaysia antara negara terawal yang menayangkan filem ni di pawagam berbanding dengan United Kingdom akan ditayangkan bermula 7 Februari 2014 manakala di United States pula bermula 12 Februari 2014...lama juga rasanya aku da tak tulis review movie kat blog ni kan, jom layan review RoboCop 2014 kali ni...hee

Film Review - RoboCop 2014
RoboCop 2014

Synopsis : In RoboCop, the year is 2028 and multinational conglomerate OmniCorp is at the center of robot technology. Overseas, their drones have been used by the military for years – and it’s meant billions for OmniCorp’s bottom line. Now OmniCorp wants to bring their controversial technology to the home front, and they see a golden opportunity to do it. 

RoboCop - Alex Murphy

When Alex Murphy - a loving husband, father and good cop doing his best to stem the tide of crime and corruption in Detroit – is critically injured in the line of duty, OmniCorp sees their chance to build a part-man, part-robot police officer. OmniCorp envisions a RoboCop in every city and even more billions for their shareholders, but they never counted on one thing: there is still a man inside the machine pursuing justice. 

Haa, sebelum layan review movie RoboCop 2014 ni...jom kita layan trailer ni dulu..."Crime has new enemy..."


#MyReview "RoboCop 2014"

  • Filem RoboCop 2014 adalah filem remake daripada filem RoboCop (1987) dan filem bergenre sci-fi dan aksi kali ini adalah arahan Jose Padilha yang dibarisi pelakon seperti Joel Kinnaman (Alex Murphy), Gary Oldman (Dr. Dennett Norton), Michael Keaton (Raymond Sellars), Abbie Cornish (Clara Murphy), Patrick Garrow (Antoine Vallon), Jackie Earle Haley (Rick Mattox), Michael K. Williams (Jack Lewis), Aimee Garcia (Jae Kim), John Paul Ruttan (David Murphy), Zach Grenier (Senator Dreyfuss) dan Samuel L.Jackson (Pat Novak)
  • Plot dan jalan cerita yang menarik dan agak berbeza sikit daripada filem RoboCop (1987)...tapi memang tak boleh nak lawan la filem RoboCop yang asal...pada awal cerita, scene yang menunjukkan mengenai penentang berani mati di Tehran menentang robot drone milik OmniCorp tu sepatutnya tidak perlu ada kot...
  • Bagaimanakah Alex Murphy bertukar menjadi RoboCop dalam filem RoboCop 2014 kali ini ? Adakah plot ceritanya masih sama dengan filem RoboCop (1987) dulu ? Hee...
  • Pada permulaan Alex Murphy melihat dirinya sudah bertukar kepada cyborg di kilang OmniCorp di China, Alex Murphy tidak boleh terima kenyataan yang dia bukan lagi manusia tetapi cyborg...dan RoboCop boleh berlari dengan pantas dalam filem ni ? Macam pelik saja...RoboCop (1987) dulu ada ke haa ? Aku tak berapa nak ingat la pula...HAHA...
  • Kenapa Senator Dreyfuss tidak bersetuju dengan cadangan Raymond Sellars untuk menggunakan robot drone OmniCorp di United States ?
Alex Murphy RoboCop

  • Pada mulanya, Alex Murphy telah dipasangkan dengan sut cyborg berwarna chrome setelah menjalani pelbagai proses untuk memulihkan kembali Alex Murphy oleh Dr. Dennett Norton tetapi kenapa Raymond Sellars iaitu CEO OmniCorp tidak berpuas hati dengan sut RoboCop ?
  • Dalam filem RoboCop 2014 kali ini, sifat manusia yang telah ditonjolkan semasa babak di mana semasa Alex membuat video call dengan isterinya Clara, kali pertama selepas menjadi RoboCop...Alex menangis...huhu...dan semasa pertemuan kali pertama dengan isteri dan anaknya David, selepas Alex menjadi RoboCop...memang menyentuh hati...walaupun Alex Murphy cedera parah selepas insiden kemalangan yang hampir meragut nyawanya...tetapi ingatannya kepada keluarganya sangat kuat...
  • RoboCop 2014 versi sut hitam dan dilengkapi dengan motorsikal berkuasa tinggi untuk membanteras jenayah di bandar Detroit...sut memang da nampak smart dan bergaya...cekap menggunakan senjata tapi serius nampak macam bukan RoboCop da...oppss...kenapa ? Entah ! Haa, kena tengok sendiri la kat pawagam...hee
  • Watak penjahat, Antoine Vallon tu serius sangat tak menakutkan sebagai watak jahat...siapa setuju ? HAHA
RoboCop
RoboCop

  • Dalam filem RoboCop 2014 kali ini, pada mulanya RoboCop memang menjalankan tugas untuk banteras jenayah di bandar Detroit setelah Dr. Dennett Norton memasukkan data semua penjenayah yang masih lagi bebas di bandar Detroit tetapi tiba-tiba RoboCop hanya tertumpu untuk menyiasat kesnya sendiri untuk mencari siapa dalang insiden yang menyebabkan dirinya terbabit dalam kemalangan dulu...dan ada yang tidak mahu RoboCop terus hidup...siapakah dalang disebaliknya ?

RoboCop 2014
RoboCop acu pistol pada siapa agaknya tu ?

  • Dapatkah RoboCop menyelesaikan kesnya sendiri tanpa bantuan sesiapa ? Kalau nak tahu apa kisah selanjutnya...haa, apa kata jom saksikan segalanya di pawagam yang berdekatan...hee

Rating : 3.5 out of 5


NOTA SKYTECH : 

Secara keseluruhannya, filem RoboCop 2014 ini tidaklah mengecewakan sangat...effect CGI yang gempak tapi cuma ada beberapa part saja yang mungkin patut diperbaiki...tapi movie ni belum sampai tahap aku nak layan dua kali di pawagam la...huhu...haa, tapi bagi yang suka layan movie aksi dan sci-fi, ok saja nak layan movie ni...


P.S - Haa, ada yang da tengok filem RoboCop 2014 ni ? Cuba kongsi sikit pendapat korang macam mana ?

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - RoboCop 2014

23 comments:

  1. Sudah ditonton pada hari Rabu yang lepas. Tidak mengecewakan cuma terkilan babak di Tehran, Iran.

    ReplyDelete
  2. @akubiomed : tu la bro...babak mula2 tu macam tak patut ada je...kan ?

    ReplyDelete
  3. sepatutnya plot cerita ni lebih menarik.. tapi, hmmm..

    ReplyDelete
  4. @Muhammad Syazwan Norhalik : memang aku perhatikan ada juga jalan cerita dalam filem RoboCop kali ni agak longgar..macam ada yang kurang..tapi layankan je la..mungkin pengarah nak olah plot cerita ni lain sikit daripada filem RoboCop yang asal tapi tak tahu mana silapnya...huhu

    ReplyDelete
  5. ramai cakap biasa je.. so tunggu link download je lah nampak nye haha

    ReplyDelete
  6. Nasib aku tak tengok lagi, memang rancang nak tapi tapi tamai bagi rating 3 dari 5 bintang. Plan nak tengok monkey king la besok. Macam best tengok trailer.

    ReplyDelete
  7. Biasa je..kalo nk bg rating,sy bg 3.5/5..pengakhiran cerita xdramatik..mase tembak2 tu nmpak smart la..cerita n watak xdikembangkan dgn baik..cth:ape jadik ngan ketua polis korup tu n watak vallon yg jahat tu cepat sgt matinya..ingatkan ade la aksi2 yg mencabar ckit..sampai rase..eh,mcm tu je..mgkin pengarah nk lebih tumpukan mcm ne nak bwk masuk cybog dlm industri amerika..ape2 pon org lain ade pndangan masing2...dlu sy tgk thor 2 smpai 2kali di pawagam sbb jln cite penuh aksi..

    ReplyDelete
  8. belum tengok lg... tp ramai yg kata biasa je.. hmm... xteruja plak nk g tengok. hee...

    ReplyDelete
  9. @Bahrain : kalau nak tgk robocop ni tak jadi masalah...kadang2 pendapat orang tak sama..ada yg kata best..ada yg kata tak best..

    Tu la..aq pun macam nak layan je monkey king ni nanti..hew

    ReplyDelete
  10. @Anonymous : tu la pasal...watak vallon tu kenapa cepat je mati..watak polis korup tu pun macam tergantung..apa jadi kat dia sebenarnya lepas tu ?

    Thor 2 memang sy tak nafikan memang best nak tgk 2-3 kali di pawagam...serius best..:)

    ReplyDelete
  11. @deq noor : kalau setakat nak layan sekali je tgk movie ni boleh la deqnoor..hee

    ReplyDelete
  12. sut robocop ni nampak smart.
    dah lama ye edisi robocop dulu. dah sebaya saya dah.
    tp cerita ni bukan genre kegemaran saya

    ReplyDelete
  13. Belun tengok lagi. Tunggu hari ahad

    ReplyDelete
  14. @dhiera : memang nampak smart tapi mcm yg saya katakan la...tak nampak macam robocop da...huhu

    genre macam ni kebanyakkannya lelaki je yg minat...hee

    ReplyDelete
  15. @Marou Apple Hijau : belum tengok ye ? selamat menonton ye..hee :D

    ReplyDelete
  16. sut hitam mmg lain dari yg sebelum ni tp jalan cerita mcm kureengg skit kn?

    ReplyDelete
  17. @Bobo : tu la...jalan cerita macam ada something wrong somewhere...lama ambil masa nak keluarkan movie ni tapi...adehh...

    ReplyDelete
  18. Pandangan sy la,robocop remake ni lebih kpd nk tonjolkan emosi robocop tu sndiri..hubungan antara alex,isteri & ank..tp,agk kecewa ckit la,sy xdpt merasai chemistry antara mereka..nmpk mcm kaku pon ada..bab aksi tembak-menembak tu,sy suke sbb sgt cool n smart..then,xpuas hati watak vallon tu xde aksi yg mncabar antara mereka coz vallon tu kan musuh utama,knp cpt sgt matinya..mcm ade something yg longgar dlm penceritaan..lebih mengecewakan,sy mgharapkan ending yg gempak tp..hmm..rasenya kalo scene awal n scene samuel L.jackson tu xde pon lebih okey kot..huhu

    ReplyDelete
  19. bestnye...jelesss kat org yg dh tgokk...wuu

    ReplyDelete
  20. saya dah tengok filem ini. memang tak boleh challenge versi 1987 punya robocop. filem ini sebenarnya diolah dengan baik. ia lebih kepada reboot berbanding remake. jadi, latar cerita ini diolah untuk bersesuaian dengan recent years.

    ReplyDelete
  21. tertipu dengan trailer yang daboom rupanya alahai...

    ReplyDelete
  22. Wah keren.....
    mesti saya nonton ini :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com