Thursday 10 September 2015

Film Review - Maze Runner : The Scorch Trials

> What's Up Guys...

Huh, memang agak lama juga blog ni tak update sebarang entri terbaru sejak beberapa minggu yang lepas kan ? Hmm, nak buka blog pun tak sempat...haa, inikan pula nak update blog, lagi la kan...HAHA...kejap je sudah masuk bulan September...hmm, baru aku teringat...sekuel movie The Maze Runner yang telah ditayangkan pada tahun lepas sudah pun mula ditayangkan sehari awal daripada tarikh tayangan sebenar di pawagam yang terpilih kan di seluruh Malaysia kan ? Bila sudah terlayan movie yang bersiri ni...mesti akan jadi tak sabar nak menonton sekuelnya Maze Runner : The Scorch Trials kan ? Best ke sekuelnya kali ni ??

Film Review - Maze Runner : The Scorch Trials
Maze Runner : The Scorch Trials

Plot : In this next chapter of the Maze Runner saga, Thomas and his fellow Gladers face their greatest challenge yet, searching for clues about the mysterious and powerful organization known as W.C.K.D. Their journey takes them to the Scorch, a desolate landscape filled with unimaginable obstacles. Teaming up with resistance fighters, the Gladers take on WCKD's vastly superior forces and uncover its shocking plans for them all.

TO BE CONTINUE...


#MyReview - Maze Runner : The Scorch Trials

  • Filem Maze Runner : The Scorch Trials adalah filem bergenre sci-fi thriller arahan Wes Ball yang diadaptasi daripada sebuah buku hasil karya James Dashner iaitu The Scorch Trials (2010) dan filem ni merupakan sekuel daripada filem The Maze Runner (2014) dan dalam sekuel kali ni tetap dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Dylan O'Brien (Thomas), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Kaya Scodelario (Teresa Agnes), Ki Hong Lee (Minho), Alexander Flores (Winston), Dexter Darden (Frypan), Randall D. Cunningham (Clint), Patricia Clarkson (Dr. Ava Paige) dan beberapa watak baru seperti Rosa Salazar (Brenda), Jacob Lofland (Aris Jones), Giancarlo Esposito (Jorge) dan Aiden Gillen (Janson)
  • Masih ingat lagi ending The Maze Runner dulu ? Hanya beberapa orang sahaja yang dapat melepaskan diri daripada "pagar sesat gergasi"...kalau tak ingat...cer layan dulu movie tu...nanti blur pula tiba-tiba starting macam tu...hehe
  • Setelah tiba di Scorch bersama beberapa orang lagi rakannya yang terselamat, kenapa Thomas rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat itu ? Dan kenapa Janson bertanyakan soalan yang mencurigakan pada Thomas ?
The Scorch

  • Kenapa agaknya Aris mengajak Thomas untuk pergi ke suatu tempat rahsia tanpa pengetahuan rakan-rakan Thomas yang lain ? Dan apa yang dijumpai Thomas dan Aris di dalam bilik rahsia tersebut amat mengejutkan...kenapa agaknya ?
    The Scorch Trials
    The Scorch Trials

  • Mengapa Thomas mengajak Aris, Minho, Newt, Winston, Frypan dan Teresa untuk melarikan diri daripada Scorch setelah mengetahui identiti sebenar Janson ? Dan kenapa Janson sangat memerlukan Thomas ?
  • Dapatkah mereka semua keluar dengan selamat dari The Scorch ? Dan ke manakah agaknya mereka semua akan tuju untuk berlindung di tempat yang selamat ? Dapatkah mereka semua mencari "Right Arm" yang dikatakan tempat selamat untuk berlindung dan siapa pula cranks yang dikatakan amat berbahaya tu ? Siapa pula Brenda dan Jorge ni ? Musuh atau kawan ?
The Scorch Trials

Kenapa perlu tonton filem Maze Runner : The Scorch Trials ni ?

  • Filem ni kan diadaptasi daripada novel...kalau nak baca mesti macam malas kan dan akan ambil masa nak habiskan satu novel ni...so, layan movie je la...hehe
  • Plot dan jalan cerita pada permulaannya memang agak...hmm, layankan je la...dan bila scene kena kejar dengan cranks pada waktu malam tu agak mendebarkan...tak cukup tanah semua berlari...ada beberapa orang penonton yang terkejut pun ada masa cranks tu muncul tiba-tiba dalam gelap...HAHA
Scorch Trials

  • Sejak daripada awal lagi, ada seorang pengkhianat antara salah seorang rakan-rakan Thomas yang melarikan diri dari Scorch kerana dia telah memberi maklumat mengenai kedudukan mereka semua...hmm, siapalah agaknya ? Thomas pun tak percaya pada mulanya...
  • Kenapa agaknya Thomas mengugut untuk meletupkan bahan letupan yang ada di tangannya ? hehe...dan kenapa Thomas bertekad untuk balas dendam pada Janson dan Ava Paige ?
Credit Picture : Google.com

Rating : 3 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, filem Maze Runner : The Scorch Trials ni dikategorikan movie boleh layan jugalah dan agak menarik untuk ditonton sebab kita nak tahu apa yang terjadi selanjutnya dalam siri filem ni kan...OK, sekali lagi ending tergantung...ciss, HAHA...kena tunggu pula sekuelnya nanti Maze Runner : Death Cure (2017) nanti...aku tak nak baca novelnya...nanti tak suprise da...huhu

P.S - Haa, bila sudah kurang busy ni...boleh layan blog balik...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Maze Runner : The Scorch Trials

17 comments:

  1. Ok gak ea...movie sblm ni pn aku blum lyan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum tengok yang 1st...kena tengok dulu...kalau tak memang tak akan faham ceritanya macam mana...hehe

      Delete
  2. lame da xlawat sini..hehehe..ni exctd nk tgk ni..buku die da habis bce..gigih kan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih betul habis baca bukunya...ha, kalau da habis baca bukunya...mesti kena tengok ni..rugi kalau tak tengok...hehe

      Delete
  3. Almost 3 years tak singgah sini. Interesting trailer! Maze Runner - The Scorch Trials one of must-see movies this year for sure. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita...lama juga tak singgah blog...kena rajin blogwalking semula ni...hehe

      Bila tengok trailer movie ni...perasaan ingin tahu apa yang terjadi pada Thomas dan rakan-rakannya yang lain selepas melepaskan diri dari The Maze tu mesti membuak-buak kan ? So, apa lagi...kena saksikannya di pawagam la...hehe

      Delete
  4. Maze run ni syok ...x sabar nak tunggu sambungan nya...

    ReplyDelete
  5. kalau siapa yang tak pernah baca novel, better jangan baca and tengok movie je.

    nanti korang frust menonggeng tgk jalan ceritanye lain sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...ramai yang kata jalan cerita lain sikit dari novelnya...mujur saya tak baca novelnya...kalau tak memang frust juga la sebab jalan cerita tak sama...huhu

      Delete
  6. sedih wuaaa..dlm buku lain..dalam movie lain..ku keciwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kena sama la jalan ceritanya kan...sebab tu saya tak gemar nak baca...baik layan movie je...nanti kalau jalan cerita tak sama...nanti dibandingkan...da spoiled mood...huhu

      Delete
  7. Memang menjerit time cranks keluar dlm gelap dan di terowong tu.. perghh seramm. Apapun yg 1st lg best . Minho sejak kawen dh kurang sasa. Heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak kurang ajar cranks tu...suka hati nak mengejar orang...kan ? HAHA...
      Peminat Minho rupanya...hehe

      Delete
  8. ending yang macam hampeh..penat-penat lari..ttibe nak pegi balik tempat tu..pompuan tu belot plak..hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tu la kan...da penat-penat lari dari situ...nak masuk situ balik...memang nak buat cerita la kan....lama pula nak tunggu sambungannya tu...adehhh...

      Delete
  9. haaaa... bro punya review antara yang terbaik! tak macam orang lain review.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa KiD...review simple je...lain orang lain style reviewnya...hehee

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com