Tuesday 9 February 2016

Film Review - Deadpool

> What's Up Guys...

Deadpool...mesti ramai yang ingin tahu siapakah pula lelaki bersut merah hitam ni kan ? Dan kenapa sut nya berwarna merah ? Haa, kalau tanya die hard fans Marvel Comics mesti tahu punya la kan...especially bagi pengikut tegar siri filem X-Men sebab watak Wade Wilson/Deadpool ni pernah muncul dalam filem keempat siri X-Men iaitu X-Men Origin : Wolverine (2009) tapi bukan dalam sut merah ni la...dan akhirnya kali ni, untuk filem kelapan siri X-Men ni...Deadpool mempunyai masa yang lebih panjang untuk menceritakan kisahnya bagaimana dia boleh jadi macam tu...
Film Review - Deadpool
Deadpool

Huh, sejujurnya...aku bukanlah pengikut tegar siri filem X-Men ni sejak dari filem pertama dulu tapi entah kenapa kali ni memang nak sangat tahu pasal Deadpool ni...layan trailer movie ni pun da best...HAHA...sebab tu aku sanggup beli tiket awal untuk tengok sneaks preview 2 hari lebih awal daripada tarikh tayangan sebenar 11 Februari ni...apa kata jom kita layan review Deadpool ni dulu...
Film Review - Deadpool
Wade Wilson & Francis

Synopsis : In an effort to cure his cancer, former special forces operative Wade Wilson was subjected to an experiment that leaves him with accelerated healing powers, disfigured skin, an unstable mind, and a "dark, twisted" sense of humor. Armed with new abilities and a new identity Wilson hunts down the man who nearly destroyed his life. 

TO BE CONTINUE...


#MyReview : Deadpool

  • Dalam masa 2 minit pertama lagi sudah membuatkan penonton gelak terbahak-bahak bila baca credit title di awal pembukaan movie Deadpool ni...haa, tak percaya ? Boleh pergi tengok sendiri nanti...HAHA
  • Satu kelainan yang dibawakan Marvel kali...maka lahirlah anti-hero yang super becok mulutnya yang tidak pernah serius dan suka berlawak tak kira tempat...tersangatlah kejam dan memang tidak berperikemanusiaan..."That guy was up there before we got here..."
  • Mengapa agaknya Deadpool beria mencari orang yang bernama Francis ? Apakah sebabnya ?
  • Pengenalan yang sangat awesome untuk karektor Colossus dan Negasonic Teenage Warhead...huh, panjangnya nama...kata Deadpool...tapi siapa pula mereka berdua ni agaknya ?
Film Review - Deadpool
Deadpool, Colossus & Negasonic Teenage Warhead

  • Plot dan jalan ceritanya memang menarik tanpa plot twist...straight to the point...cara penceritaannya pun syok bila diselang-selikan dengan flashback yang boleh dikatakan agak #$%&@*^!...punchline yang diberi pun banyak yang gempak...HAHA
  • Masa fight scene memang style habis...tapi tu la...kejap sangat masa fight scene ni...tapi aku rasa banyak juga kena cut scene bila masuk pawagam di Malaysia ni...kejam sangat rasanya cara Deadpool "habiskan" musuh dia ni...siap ada suruh kamera supaya alihkan pandangan ke tempat lain pun ada...huhu

Film Review - Deadpool

  • Huh, tak sangka pula Deadpool ni seorang yang amat "berkira" semasa berlawan dengan semua musuhnya...haa, korang akan faham maksud aku kalau sudah tengok movie ni...dan lagi satu, dia ni memang la tersangat cuai orangnya...beria isi satu beg penuh dengan senjata api bila nak berlawan dengan Francis...tapi akhirnya...malas nak cerita la...segan...malu...HAHA...

Film Review - Deadpool

  • Terdapat post credit di akhir movie ni nanti...haa, jangan terlepas pula untuk menyaksikannya...sila jangan keluar awal pula nanti...kalau tonton filem Marvel mesti akan ada something kan di akhirnya...takkan tak biasa kot...hehe...ada Deadpool 2 ke ? Entahlah...tapi awal-awal lagi Deadpool sudah bagitahu...krew tiada bajet untuk buat sekuel seterusnya...HAHA...tapi bukan itu saja, ada satu lagi benda Deadpool suruh rahsiakan...takkan nak bagitahu kat sini kan...kalau nak tahu selanjutnya, pergi terjah pawagam yang berdekatan sekarang !
Credit Picture : Google.com

Rating : 9 out of 10


NOTA SKYTECH :
Secara keseluruhannya, movie Deadpool ni memang berbaloi tonton awal di pawagam...movie ni ada kekuatan tersendiri dan ianya memang agak berbeza sikit dengan movie Marvel yang lain...adakah aku akan tontonnya lagi buat kali kedua ? Mungkin kot...sebab kali pertama tengok movie ni, 108 minit tu rasa macam sekejap sangat...tiba-tiba da habis...HAHA

P.S - Cuba cari di mana Stan Lee dalam movie Deadpool ni ? HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Deadpool

11 comments:

  1. mcm wajib tonton je ni...hehe
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok layan Deadpool ni...Marvel berani buatkan movie ni jadi awesome...pak lawak dalam sut merah...hehe

      Delete
  2. dah tengok tadi. terbaik dari Marvel. Oh yes, banyak babak kena potong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi tengok awal movie ni kan...tapi tu la...memang banyak jugak scene kena potong...movie ni "giler" sikit...sebab tu rating 18...budak2 tak lepas nak tengok movie ni...hehe

      Delete
  3. cerita ni sangat best! tapi aku takkan tengok untuk kali ke 2 dalam masa terdekat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...ada plan juga ke nak tengok kali kedua...kih3

      Delete
    2. aku tak harap ada sekuel cerita ni. lagi nak tengok dia crossover movie marvel yang lain

      Delete
    3. Kalau ada sekuel...layan kan je la...kalau takde pun...takpe...HAHA...tapi aku setuju dengan kau...bagi Deadpool crossover movie Marvel yang lain pun best...HAHA

      Delete
  4. Deadpool watch film free
    http://deadpoolfullmovie.info/

    ReplyDelete
  5. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tak sesuai sangat tengok movie Deadpool ni bawa anak2 kecil...huhu

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com