Friday 29 April 2016

Film Review - Captain America : Civil War

> What's Up Guys...

Captain America : Civil War...Huh, setelah sekian lama menunggu...akhirnya fasa ketiga dalam siri Marvel Cinematic Universe telah pun bermula...dan aku pasti pengikut tegar filem terbitan Marvel Studios sejak fasa pertama yang bermula daripada filem Iron Man (2008) sehinggalah ke filem kedua belas dalam siri Marvel Cinematic Universe iaitu Ant-Man...mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya mengapa agaknya Captain America dan Iron Man bergaduh besar...dan apakah sebenarnya konflik besar yang dihadapi oleh #TeamCap dan #TeamIronMan dalam Captain America : Civil War kali ni yang menyebabkan perbalahan dalam Avengers ?

Film Review - Captain America : Civil War
Captain America : Civil War

Synopsis : Somewhere in Siberia in 1991, Hydra revives James Buchanan "Bucky" Barnes from his decades-long sleep and transforms him into the Winter Soldier, equipping him with a robotic left arm and brainwashing him to be completely obedient to anyone who recites certain trigger words to him.

Captain America : Civil War - Crossbone
Crossbone

In the present, Steve RogersSam WilsonNatasha Romanoff, and Wanda Maximoff stop a terrorist group led by Brock Rumlow from stealing a biological weapon from a lab in LagosNigeria. In the fight, a building is accidentally bombed, killing a number of Wakandan relief aid workers. Meanwhile, after giving a speech at MITTony Stark is confronted by a woman whose son was killed during the the battle with Ultron in Sokovia. Back at their headquarters, the Avengers are paid a visit by Secretary of State Thaddeus "Thunderbolt" Ross, who informs them that the United Nations is in the process of passing the "Sokovia Accords", which will establish an international governing body to monitor and regulate all superhumans, including the Avengers. The team is divided over the act. 
TO BE CONTINUE...


#MyReview - Captain America : Civil War

  • Captain America : Civil War merupakan filem ketiga belas dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU) dan ianya merupakan filem pembukaan untuk fasa ketiga MCU
  • Perbalahan antara Captain America dan Iron Man bermula apabila mereka semua telah diberitahu bahawa United Nation (PBB) sedang dalam proses untuk meluluskan usul "Sokovian Accords" yang akan dipersetujui dan ditandatangani oleh 117 buah negara selepas berlakunya insiden yang tidak diingini sebelum ini di New York City (The Avengers), Washington D.C (Captain America : The Winter Soldier) dan Sokovia (Avengers : Age of Ultron)
  • Ahli Avengers telah dipersalahkan kerana telah menyebabkan ramai nyawa yang tidak berdosa telah terbunuh dan insiden terbaru yang telah berlaku di Lagos, Nigeria juga adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian salah seorang ahli Avengers...dan satu dunia menyalahkan Avengers...apakah sebenarnya yang menyebabkan #TeamCap dan #TeamIronMan mempunyai pendapat yang berbeza ? Ada yang setuju dan ada yang sebaliknya...

Pick A Side - #TeamCap or #TeamIronMan
Pick A Side - #TeamCap or #TeamIronMan

  • Semasa di Vienna, Austria...ketika dalam majlis menandatangani persetujuan sedang berlangsung, insiden pengeboman oleh pengganas telah menyebabkan King T'Chaka dari Wakanda turut terbunuh dalam insiden tersebut...dan kamera keselamatan di sana telah mendedahkan bahawa Bucky adalah sebagai pelakunya...tapi adakah benar bahawa memang Bucky yang telah melakukannya ?
  • Black Panther tiba-tiba muncul entah daripada mana semasa Bucky melarikan diri daripada pihak berkuasa yang cuba menahannya...siapa Black Panther ni sebenarnya ? Kenapa dia begitu marahkan Bucky

#TeamCap : Falcon, Ant-Man, Hawkeye, Captain America, Scarlet Witch, Winter Soldier
#TeamCap : Falcon, Ant-Man, Hawkeye, Captain America, Scarlet Witch, Winter Soldier

  • #TeamCap telah dilabelkan sebagai "penjenayah" kerana dikatakan telah menghalang keadilan kerana tidak bersetuju dengan syarat "Sokovian Accords" dan Iron Man telah diberikan masa 36 jam untuk menangkap #TeamCap...siapa yang betul dan siapa yang salah ni ? huhu...

#TeamIronMan : Black Panther, Vision, Iron Man, Black Widow, War Machine
#TeamIronMan : Black Panther, Vision, Iron Man, Black Widow, War Machine

Kenapa perlu menonton Captain America : Civil War ni ?

  • Plot dan jalan cerita kali ni memang tidak membosankan walaupun filem ni berdurasi lebih kurang 147 minit dan ada plot twisted sikit yang tak dijangka pun daripada storyline Captain America : Civil War versi komik...hehe...flashback mengenai siapa sebenarnya The Winter Soldier tu memang best...dan persoalan mengenai siapa yang telah menyebabkan kedua ibu bapa Tony Stark mati tu akhirnya terjawab apabila satu fail rahsia "Laporan Misi 16 Disember 1991" didedahkan...dan apabila scene aksi, memang superb...12 orang superhero berkumpul dan berlawan dalam satu filem...tak ke gempak tu !! Dan apabila Ant-Man bertukar menjadi Giant-Man tu memang giler...HAHA

Captain America : Civil War - Spider Man
Captain America : Civil War - Spider Man

  • Pengenalan pertama Spider-Man dalam siri Marvel Cinematic Universe kali ni memang terbaik...mesti nak tahu kan macam mana Tony Stark rekrut Spider-Man ni supaya memihak #TeamIronMan...Tony Stark dengan humour tak dapat dipisahkan...haihh, makin tak sabar pula nak tunggu filem Spider-Man : Homecoming (2017) lepas tengok aksinya dalam filem Captain America : Civil War ni...banyak cakap juga Spider-Boy ni...HAHA

Captain America : Civil War - Iron Man & War Machine
Captain America : Civil War - Iron Man & War Machine

  • Benarkah rumour mengatakan ada watak yang mati dalam filem kali ni ? Kalau nak tahu kenalah tengok sendiri...tak nak la bagi major spoiler...hehe
  • Siapakah sebenarnya dalang disebalik tercetusnya "peperangan saudara" di antara Captain America dan Iron Man ni ? Adakah dia juga yang bertanggungjawab atas di insiden pengeboman di Vienna, Austria tak lama dulu...

Captain America : Civil War - Captain America v Iron Man
Captain America : Civil War - Captain America v Iron Man

  • Sila tunggu sehingga habis credit title dan jangan keluar awal...rugilah kalau keluar pawagam awal...kena tengok sampai credit title akhir sekali...ala, macam tak biasa pula tengok filem Marvel's ni...sebab ada 2 post credit...nak aku bagitahu ke ? HAHA

Credit Picture : Google.com

Rating : 9.5 out of 10

NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Captain America : Civil War ni berbaloi untuk ditonton di pawagam...tak rugi rasanya aku bersengkang mata untuk layan movie ni tengah malam 28 April 2016...sebabnya, hanya nak jadi antara yang terawal untuk menontonnya di pawagam...haa, bagi sesiapa yang masih belum lagi menontonnya di pawagam...baik pergi terjah sekarang sebelum aku spoiled kan lagi...HAHA !

P.S - Haa, cuba cari di mana Stan Lee dalam filem ni ? Hmm, agak kurang ajar...selamba je dia panggil Tony Stark ni Tony Stank...oppss....HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Captain America : Civil War

14 comments:

  1. Pasni X-Men Apocalypse pulak kan? Hehe.
    Tapi Civil War walaupun 2 jam lebih tapi tak bosan.
    #TeamCaptain :P

    Dah agak ada 2 post kredit, tapi sempat tengok satu sebab kejar waktu solat. Satu lagi post kredit pasal Spider Man eh? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...lepas ni X-Men Apocalypse pula...hehe

      Marvel memang suka buat macam ni...sebab tu memang ramai yang tunggu sampai habis...hehe

      Yup, pasal Spider-Man..."Spider-Man will be back"...oppsss...kih3

      Delete
  2. i am teamcapt. heheheh, Aku tengok sampai dua kali. Aku rasa movie ni kena tukar tajuk la. The Avengers Civil War. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku #TeamIronMan sebab ada Spider-Man...HAHA...tu la kan...ramai yang akan tengok lebih dari sekali...tak puas katanya tengok sekali...Avengers kan nanti tajuk Avengers : Infinity War...sampai kena pecah dua part...mesti lagi awesome tu nanti...hehe

      Delete
  3. saya timironman, peminat iron man dan spiderman. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. #TeamIronMan juga ke ? Ramai yang dalam #TeamIronMan sebab ada Spider-Man...hehe

      Delete
  4. seriusly zemo dah jadi antara fav villain aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Zemo dalam Civil War ni tak menyerlah sangat...hehe

      Delete
  5. alaa...tak tengok kredit last tuh..huhhu..ape cite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...ala, last kredit tu citer pasal Spider-Man...test new gadget yang dia dapat dari Stark...lepas tu ada sesuatu yang muncul...hehe

      "Spider-Man will be back"

      Delete
  6. bila spiderman punya scene ramai gila yang sorak rasa lagi best tengok spiderman kekeke...sorry sy tengok online je kat link nihttp://tengokmovie.com/captain-america-civil-war/ takda duit lebih mak tengok wayang captain america ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang ramai yang suka Spider-Man kali ni dalam Civil War...tak sabar pula nak tunggu Spider-Man : Homecoming tahun 2017 nanti...hehe

      Delete
  7. Perghh terbaik bro.. panjang sungguh ulasan.. memang fans tegar MCU ni hehe.. actually Civil War memang bleh tarik crowd ramai berbanding BvS yang rata2 adults lebih suka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang layan siri MCU ni sejak daripada mula lagi...hehe

      Yup...Civil War memang best...tak sabar nak tunggu Doctor Strange pula hujung tahun ni...

      BvS terlalu berat nak hadam...orang dewasa mungkin boleh terima BvS tu...hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com