Thursday 22 September 2016

Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia

> What's Up Guys...

"Separuh jiwaku masih tertinggal di Perth..."

Hmm, mungkin semua ni berpunca bila kali pertama travel ke luar negara agaknya...nak move on tu agak susah sikit dan ianya mengambil masa...walaupun hanya sempat 4 hari 3 malam berada di Perth, ianya memang pengalaman yang berharga...mana tahu mungkin selepas ini akan kerap travel lagi ke luar negara...bak kata orang...jangan dimulakan, boleh jadi ketagih nanti...HAHA

Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia

Haa, semasa berada di Perth tempoh hari...kami semua telah menginap selama dua (2) malam di salah sebuah homestay milik Amna Home yang terletak di Mantra On Murray, Murray Street, Perth. Lokasinya memang agak strategik sebab ianya terletak betul-betul di tengah bandar Perth...WOW !
Homestay AmnaHome Di Perth, Australia
Homestay Amna Home di Perth, Australia

Huh, agak terkesima juga bila pertama kali sampai ke homestay ni...pemandangan daripada tingkat 10 balkoni homestay ni pun memang cantik...memang "feels like home" bila berada di sini...rasa macam malas nak keluar pergi ke mana-mana pun ada...HAHA

Coffee Table Homestay Amna Home Perth
Amna Home...feels like home

Antara sebab utama kenapa Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia adalah :

  • Lokasinya berdekatan dengan tempat menarik di mana kebanyakan tempat menarik seperti Kings Park and Botanic Garden, The Bell Tower, Elizabeth Quay, Swan River, Water Town Brand Outlet Center dan banyak lagi yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki
  • Selain daripada itu, lokasi homestay Amna Home ni juga memang sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti stesen keretapi Perth Underground...dan yang paling best, stesen bas hanya berdekatan saja dengan Amna Home...kalau jumpa bas CAT (Blue CAT, Red CAT, Yellow CAT, Green CAT)...jangan risau, ianya perkhidmatan bas percuma untuk pusing bandar Perth...jimat kos pengangkutan dah kat situ kan ? hehe


Amna Home Mantra On Murray. Murray Street
Amna Home Di Mantra On Murray, Murray Street

  • Mudah mencari makanan halal di sekitar bandar Perth contohnya seperti Insan's Cafe, D'Angkasa Restaurant dan Love and Care Cafe...kesemuanya menyediakan makanan Malaysia dan yang paling penting sekali semuanya dekat dan hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Homestay Amna Home untuk menuju ke restoran/cafe
  • Homestay Amna Home juga menyediakan kemudahan seperti kelengkapan dapur untuk memasak untuk menjimatkan sedikit perbelanjaan...tambahan pula, pasaraya Coles hanya terletak bertentangan sahaja dengan Amna Home di Murray Street dan jangan risau kerana boleh dapatkan bekalan makanan halal di situ


Kelengkapan Dapur Di Amna Home Perth
Jimat sikit perbelanjaan bila boleh memasak di dalam homestay Amna Home

  • Layanan staff Amna Home yang sangat peramah semasa kami berada di sini memang sangat terbaik...walaupun kami sampai awal pagi di Perth, mereka tetap membantu kami sehingga tiba ke waktu check-in homestay...siap tolong mengesyorkan di mana tempat makan yang sedap...di mana tempat menarik yang patut dituju kalau datang ke Perth...huh, terbaiklah Amna Home sebab dapat staff yang macam ni...

Bilik Utama Amna Home di Murray Street, Perth
Katil saiz Queen di Amna Home Murray Street, Perth
Bilik Kedua Amna Home Murray Street, Perth
Cuba cari di mana lagi satu (1) single bed ? hehe
Bilik Air Amna Home Murray Street, Perth

Bilik Air Amna Home Murray Street
Boleh tertidur kalau berendam dalam tab mandi ni...HAHA
Mesin Basuh di Amna Home Murray Street, Perth
Lupakan dobi...mesin basuh kan ada...hehe
Kelengkapan Asas di Amna Home Murray Street, Perth

  • Homestay Amna Home memang tersangat selesa sebab terasa macam berada di rumah sendiri...semua kelengkapan asas seperti dapur, peti sejuk, seterika, mesin basuh, pengering rambut semuanya ada...dan paling penting boleh memuatkan sehingga 6 orang...cuma tiada kemudahan WiFi...ala, cuma dalam tiga (3) hingga empat (4) hari sahaja tak online social media takkan tak boleh kot...kalau pergi travel buatlah cara orang pergi travel...hehe

Ezad Skytech di Amna Home Perth, Australia
Ezad Skytech di Homestay Amna  Home di Murray Street, Perth yoo !!

Kesimpulannya, setelah dua (2) malam menginap di Homestay Amna Home di Mantra on Murray, Murray Street, Perth ni memang sangat memuaskan...pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebab ianya sesuatu yang baru bagi aku sebab dapat menginap di homestay di luar negara...

OK, untuk info tambahan mengenai homestay Amna Home di Perth yang telah kami menginap selama dua (2) hari :

  • Waktu check-in adalah pukul 2.00 p.m dan waktu check-out adalah pada pukul 12.00 p.m
  • Harga untuk satu (1) malam adalah AUD165 dan deposit cuma AUD200
  • Alamat penuh homestay penginapan : 305, Mantra on Murray, Murray Street, 60000 Perth, WA.

Untuk tempahan boleh hubungi :

1) Melalui WhatsApp di +61 402 966 473,
2) Melalui Email di reservation@amnahome.com
**Terima kasih kerana membaca entri Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia

20 comments:

  1. bestnya dapat travel ke Perth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah...mana tahu ada rezeki bolehlah pergi ke Perth nanti kan... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tak...termasuk saya ada lima orang travel buddies yang lain...hehe :)

      Delete
    2. assalam. nak tanya untuk 5 orang ni berapa ya satu malam?

      Delete
    3. AUD165 untuk satu (1) malam...untuk maklumat lebih lanjut boleh Whatsapp, emel ataupun ke FB page AmnaHome :D

      Delete
    4. terima kasih... dah dapat reply dari mereka.

      Delete
    5. sama-sama...membantu sekadar yang mampu.. :D

      Delete
  3. untunglaa dpt pegi perth.. e'in dlm malaysia pun tak abes travel lg.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki nanti mana tahu boleh sampai Perth juga ke...

      Dalam Malaysia pun banyak juga tempat yang saya tak pernah jejak lagi...hehe

      Delete
  4. nampak selesa. kalau ada nak ke perth semestinya jadi pilihan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya...ni pun dah cukup selesa...semuanya lengkap all in one...memang rasa macam kat rumah je walaupun kat negara orang...hehe

      Delete
    2. haa betul. saya pun nampak cam selesa tempat ni

      Delete
  5. Salam nak tanya..kami nak g perth bln 12 ni.. kalo homestay yg encik sewa tu, blh x duduk 4 dewasa 4kids (umo 7,5,3,2).. kena inform kan brp bilangan kan? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...saya tak berapa pasti boleh atau tidak...cuba contact pihak Amna Home dulu...pemiliknya orang Malaysia...melalui whatsapp pun boleh...TQ :)

      Delete
  6. Salam, kat homestay ni kalau nak masak was2 xguna kitchen & utilities yg disediakan? macam dah selesa view dia..tapi kalau nak masak tu nak kena survey betul2..harap sudi jwb. tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...semasa kami menginap di sini tempoh hari...kami juga memasak dalam homestay ni...

      In Sha Allah...boleh memasak tanpa was2...lagipun owner homestay ni orang Melayu...ada polisi untuk tidak bawa barang/makanan tidak halal ke dalam homestay...ataupun boleh whatsapp nombor yang diatas untuk lebih kepastian...TQ :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com