Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Salam Maulidur Rasul 1433H... 


" اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ "

**Terima kasih kerana membaca entri Salam Maulidur Rasul 1433H

Monday, 9 January 2012

Elakkan Guna Jalan Berikut Pagi Ni

Haa..untuk makluman semua pengguna...beberapa jalan di ibu negara dijangka akan sesak bermula jam 7 pagi Isnin ni...

Mengikut maklumat yang diperolehi dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan yang terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha...


Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya...

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan...

Sumber : MyNewsHub

#Habis la jalan mesti sesak esok pagi...kalau boleh memang aq nak elakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ni...serius...memang stress kalau sangkut dalam jammed ni...HAHA...

NOTA KECIL :

Dinasihatkan..kalau boleh elakkan dari menggunakan jalan-jalan tersebut jika tak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ni...sila gunakan pengangkutan awam...LRT, Monorail kan ada...jangan tanya la kenapa...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Elakkan Guna Jalan Berikut Pagi Ni

Friday, 1 July 2011

.Beringat Sebelum Terlambat.


,Salam pagi Jumaat...

,Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia... mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup, kekayaan...kemewahan....terlalu leka dengan kehidupan dunia sampai kadang-kadang terlupa tanggungjawab kepadaNya... beringatlah sebelum terlambat....
------------------------------------------------------------------------------------------

,SIHAT ....... sebelum SAKIT
,KAYA ........ sebelum MISKIN
,LAPANG .... sebelum SEMPIT
,MUDA ....... sebelum TUA
,HIDUP ....... sebelum MATI

-----------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati..." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)...


Sumber : SINI



NOTA KECIL :

,Entri ni peringatan untuk semua... termasuk diri aq sendiri...  =_=


**Terima kasih kerana membaca entri .Beringat Sebelum Terlambat.

Saturday, 4 June 2011

Makin Ramai BLOGGER Baru... Makin Risau Aku...

,Yeah... aq makin risau bila ramai BLOGGER baru yang muncul sejak akhir-akhir ni...

KENAPA... KENAPA aq cakap macam tu..??


,Segenlintir blogger baru yang hanya mahu mengejar populariti bukan sebab minat untuk berblog...

,Buat blog kerana hanya mahu pendapatan berjuta-juta dalam masa yang singkat... bukan TAK BOLEH nak tambah pendapatan melalui blog tapi kena la cuba belajar bersabar dan bukan main redah je buat blog tanpa  ilmu dalam berblog... 

,Berusaha menambah follower tapi tak berusaha nak menambahbaikkan blog... kalau bilangan followers ramai sekalipun tapi entri kat dalam blog masih di takuk lama.... susah la macam tu... kesian followers anda... mereka mengharapkan sesuatu dari blog yang mereka follow... tapi kalau macam ni.... huuuh.... 

,Sebenarnya banyak lagi... tapi takpe la... sampai sini je dulu...

Sebelum tu....
,Cuba baca entri Bangku Kosong ni... sokong entri BK tu 100 %... 



NOTA KECIL :

,Maaf buat sesiapa yang terasa... tapi aq hanya luahkan pendapat aq...aq pon masih baru lagi dalam dunia blog ni... masih banyak lagi yang perlu aq perbaiki.... 


- - PEACE No WAR - -


**Terima kasih kerana membaca entri Makin Ramai BLOGGER Baru... Makin Risau Aku...

Wednesday, 1 June 2011

.Bermula Dari Bawah.. Akan Nampak Hasilnya Nanti.

,Selamat tengah hari... da lunch ke belum...??
,Haa... kalau da bagus la...

,Beberapa minit lepas.. masa aq tengah BW aq terbaca satu entri di SINI mengenai impian blogger baru.. tak salah sebenarnya nak ada impian tapi kena usaha sikit... bukannya dengan cara yang ekspres macam ni... kena la ikut step by step dulu... 

"blogger newbie ni diibaratkan macam bayi yang baru lahir... proses tumbesarannya pun bermula daripada merangkak, selepas tu berdiri, berjalan dan seterusnya baru la boleh berlari....." 

,macam tu juga dengan dunia blogging ni... kena la mula dari bawah... bukannya baru buat blog 3-4 bulan tetapi da berangan nak jadi blogger popular... semua orang kenal tapi bukan atas usaha sendiri... memang silap besar kalau awal-awal lagi da berfikiran macam tu... 

,aq bukannya apa... kadang-kadang aq berfikir... 

,kenapa segelintir blogger baru ni kurang nak berusaha... apa yang mereka fikir hanya untuk popular dan dikenali blogger lain dalam tempoh masa yang singkat... cuba anda tanya blogger yang mungkin sekarang sebut je nama pasti semua kenal... aq tak nak bagitahu siapa... mesti anda kenal.... kan..??

,Tipu la kalau tak kenal.... heee ~

"MEREKA SEMUA BERMULA DARIPADA KOSONG"

,Ya... aq memang kagum dengan mereka semua... kenapa anda semua tak boleh.... ahh... itu semua alasan untuk orang yang tak nak berusaha.... semua nak kena suap... sampai bila nak berjaya kalau macam tu... anda boleh berfikir kan..?? 

,Maaf la kalau ada yang terasa.....
,ni cuma pendapat peribadi aq je... 

,Mungkin jika kita bermula dari bawah dan atas usaha sendiri... memahami selok-belok dunia blog ni... suatu hari nanti mungkin kita akan puas dengan kejayaan yang kita kecapi atas titik peluh kita sendiri...



NOTA KECIL :

,Peringatan untuk diri aq juga... mulakan dari bawah.... (^^,)


**Terima kasih kerana membaca entri .Bermula Dari Bawah.. Akan Nampak Hasilnya Nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com