Friday, 9 January 2015

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian...Adakah anda mahu merasai satu pelayaran yang membawa anda ke sebuah resort bertaraf dunia eksklusif terapung di laut dan di dalamnya dipenuhi dengan aktiviti yang tidak pernah terlintas dalam fikiran anda selama ini di atas sebuah kapal persiaran mewah SuperStar Libra

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian
Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Sejak siri Pelayaran Islamik 1.0 : Pelayaran U.K.E. bersama penceramah bebas terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias pada 24 - 27 Ogos 2014 yang lalu dengan berlayar ke tiga destinasi iaitu Penang, Langkawi dan Phuket mendapat sambutan yang amat luar biasa, siri Pelayaran Islamik 2.0 : Pelayaran U.K.E. yang bakal berlayar pada 25 - 28 Januari 2015 juga telah SOLD OUT !

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian 

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian...dan yang paling penting sekali, ianya bukan sekadar pelayaran mewah yang biasa di atas kapal persiaran Star Cruise tetapi ianya merupakan satu pelayaran yang penuh bermakna yang diselitkan dengan ilmu bermanfaat yang dikendalikan beberapa orang tokoh ilmuwan dan penceramah terkenal tanah air yang kini sudah masuk siri ke 3.0 dan siri 4.0 yang dianjurkan Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd (ITCT)...dan dengar khabarnya, ITCT sudahpun ada perancangan untuk meneruskan siri Pelayaran Islamik 5.0 pada masa hadapan...

Pelayaran Islamik 1.0

Sepanjang pelayaran 4 hari 3 malam tersebut, antara slot perkongsian ilmu agama yang menarik yang turut disediakan dalam aturcara program untuk para peserta yang akan disampaikan oleh beberapa orang tokoh ilmuwan dan para penceramah adalah seperti :

  • Cara Mengetahui Kedudukan Kiblat
  • Mempelajari Solat Jama' & Qasar
  • Qiyamulail
  • Zikir & Selawat
  • Soal Jawab Bersama Ustaz
  • Program Ziarah
  • Makan Malam Kesyukuran

Pelayaran Islamik 1.0

Selain daripada itu, anda juga akan dibawa untuk melawat sekolah pondok serta masjid di Phuket dan Krabi...boleh dikatakan ke semua program yang diaturkan sepanjang pelayaran tersebut memang amat bermakna sekali..."Once in a life time..." sebab bukan sekadar bercuti, tapi dalam masa yang sama...dapat juga sedikit sebanyak menimba ilmu yang bermanfaat kan...tak gitu ?

Haa, adakah anda berminat untuk mengikuti pelayaran ini untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pasangan, hadiah istimewa kepada kedua ibu bapa, hadiah ulang tahun perkahwinan ataupun sebagai hadiah korporat ? Haa, bolehlah memilih sama ada berminat untuk mengikuti siri Pelayaran Islamik 3.0 ataupun Pelayaran Islamik 4.0...

Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi

Pelayaran Islamik 3.0
Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi (1-4 Februari 2015)

  • Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi
  • Tarikh : 1 - 4 Februari 2015
  • Penceramah : Ustaz Badlishah , Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato' Hassan Mahmud, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan Imam Muda Miril
  • Aktiviti sepanjang Pelayaran Islamik 3.0 [KLIK SINI]

Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi

Pelayaran Islamik 4.0
Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi (8-11 Mac 2015)

  • Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi
  • Tarikh : 8 - 11 Mac 2015
  • Penceramah : Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof. Muhaya dan Imam Muda Asyraf
  • Aktiviti sepanjang Pelayaran Islamik 4.0 [KLIK SINI]
Pelayaran Islamik 1.0
Pemandangan Matahari Terbenam Ketika di Atas Kapal Persiaran Star Cruise

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ataupun cara pembayaran sekiranya anda berminat untuk menyertai Pelayaran Islamik 3.0 ataupun Pelayaran Islamik 4.0, anda bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut seperti yang tertera di bawah :

Sekretariat Pelayaran Islamik
No.2.08, Jalan Prima SG 1,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

No. Tel : +603-61850010
Fax : +603-61899010
Facebook : PelayaranIslamik
Emel : info@pelayaranislamik.com


NOTA SKYTECH :

Jika berminat untuk mengikuti Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian, boleh juga berbuat demikian dengan mendaftar secara online


**Terima kasih kerana membaca entri Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Friday, 2 January 2015

Permulaan Cabaran Tahun 2015

> What's Up Guys...

Permulaan Cabaran Tahun 2015...selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015 ! Yeahh, rasanya semua masih lagi dalam mood tahun baru kan ? Haa, adakah semua Misi Tahun 2014 yang anda rencanakan tercapai semuanya ? Hmm, bila awal tahun macam ni...aku yakin mesti semua sudah tanamkan azam baru untuk tahun 2015 ni kan ? hee...kalau tanya aku ? Mesti la ada tapi...biarlah ianya rahsia...harap dapatlah menggapai target yang disasarkan untuk tahun ni...In Sha Allah...hee

Permulaan Cabaran Tahun 2015
Permulaan Cabaran Tahun 2015

Haa, dalam tak sedar...tahun 2015 ni sudah masuk tahun keempat dalam dunia blog ni sejak aktif berblog sekitar hujung tahun 2011...jutaan terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang masih menyokong EZADSKYTECH dalam dunia blog ni walaupun ada masa tertentu aku selalu M.I.A (Missing In Action)...hehe...banyak juga kenangan manis yang dicoretkan sepanjang tahun 2014 dalam dunia blog ni...hehe

...bila dapat capai target lebih 1 juta pageviews masa akhir bulan Jun 2014 hari tu lagi la buat aku tak percaya ! Haa, bila sudah mencapai target 1 juta PV...target seterusnya mestilah nak dapatkan 2 juta pageviews pula kan...tapi tak jangka pula sehingga akhir tahun 2014 boleh mencapai hampir 2.6 juta pageviews dalam masa 6 bulan...tak tahu daripada mana datangnya hampir 1.6 PV tu...target lepas ni 5 juta pageviews pula...tapi tak tahu la bila baru boleh capai...hehe...

Haa,t api yang aku pasti, semuanya takkan mustahil kalau kita tahu apa yang kita buat...bukan sekadar mengejar nama hanya nak jadi blogger popular...tapi yang penting, menulis biarlah lahir dari hati turun ke jiwa...cewahhh, pandai menasihat orang pula...HAHA

Ezadskytech Quote 2015
Jangan mudah untuk katakan "TIDAK"

Hmm, sebenarnya kalau nak diikutkan sejarahnya...hujung tahun 2008 lagi aku sudah mempunyai blog...masa zaman study diploma dulu...tapi tu la...tak aktif sangat...entri sebelum tahun 2011 semuanya aku sudah delete bila nekad nak aktif berblog sejak 2011...tu yang korang takkan jumpa entri masa zaman aku awal berblog dulu...lagi EPIC FAILED entrinya ! HAHA...

Permulaan Cabaran Tahun 2015 pun baru sahaja nak bermula...dan masih ada berbaki selama lebih kurang setahun lagi...new chapter...new hope...come on...just bring it on ! Haa, harap semangat macam ni kekal la sampai ke hujung tahun 2015 ni...motivasi kan diri sendiri sikit...jangan jadi macam tahun lepas sudah la...entri tahun 2014 tak sampai 100 pun...ish...ish...HAHA

"Semoga tahun 2015 lebih baik daripada tahun sebelumnya"
- ALL THE BEST 2015 ! -

NOTA SKYTECH :

Siapakah agaknya yang akan tersenarai menjadi pemenang dalam Cabaran Makan Malam Bersama DN untuk pengomen tegar blog DeqNoor daripada bulan Julai 2014 sehingga bulan Disember 2014 yang lalu ? Huh, tak sabar pula nak menunggu pengumuman rasmi di blog DeqNoor nanti...jeng...jeng...jeng...kita lihat siapa yang kena ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Permulaan Cabaran Tahun 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com