Tuesday, 19 April 2016

Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid

> What's Up Guys...

Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid yang baru saja bermula beberapa hari yang lepas di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid sememangnya menarik perhatian ribuan pengikut setia siri Marvel Cinematic Universe (MCU) kerana MCU Phase Three bakal bemula tidak lama lagi bermula 28 April 2016 nanti dengan movie Captain America : Civil War...movie ketiga belas dalam siri MCU...huh, makin tak sabar pula nak tengok bila layan asyik trailer movie ni...HAHA

Captain America : Civil War
Captain America : Civil War

Hmm, apakah agaknya kesudahan "peperangan saudara" paling epik ni nanti ? Apakah konflik yang melanda sehingga tercetusnya perang...mesti ramai yang nak tahu kan ? Haa, sebelum tu...nak tanya ni...korang sokong #TeamCap ataupun #TeamIronMan ?

Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid

Figura aksi Captain America v Iron Man bersaiz sebenar menjadi daya penarik utama di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid ni...selain daripada itu, pameran figura yang lain seperti Black Widow, Vision, Hawkeye, Falcon dan War Machine juga turut dipamerkan di sini...

Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid
Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid

Semua figura yang dipamerkan di sini memang nampak real...kalau ada dijual pun mesti harganya agak mahal...fuhh, puas mencari figura Black Panther...tapi tiada pula...huhu

#TeamCap - Captain America & Hawkeye
#TeamCap - Captain America & Hawkeye

#TeamIronMan - Vision & Black Widow
#TeamIronMan - Vision & Black Widow

Haa, selain daripada itu...pengunjung boleh juga mencuba permainan yang disediakan di sana...boleh pilih sama ada #TeamCap atau #TeamIronMan...dan kalau nak bergambar menjadi Captain America ataupun Iron Man secara virtual pun boleh...lepas tu boleh cetak terus gambarnya...kalau nak tahu apa lagi yang menarik kat sana...bolehlah ke #ChooseWisely untuk maklumat lebih lanjut...

#ChooseWisely...Pick A Side
#ChooseWisely...Pick A Side

NOTA SKYTECH :

Haa, adakah korang sudah beli tiket wayang untuk menonton Captain America : Civil War ? Kalau nak tengok pada hari pertama tayangan...kalau tak tempah tiket awal...memang silap besarlah...mesti banyak tiket sudah SOLD OUT dan mungkin hanya tinggal seat yang tak best ! MARVEL kot...tak percaya, cuba check online...! hehe

#TeamIronMan
#TeamIronMan

P.S - Haa, siapa yang sokong #TeamCap untunglah sebab Captain America (Chris Evans), The Winter Soldier (Sebastian Stan), Falcon (Anthony Mackie) dan Joe Russo (Pengarah Captain America : Civil War) akan singgah sebentar di Marina Bay Sands, Singapura sempena The Southeast Asia Blue Carpet & tayangan perdana filem Captain America : Civil War pada 21 April 2016 ni...adehh, #TeamIronMan ada di Europe la pula...adehhh...jauh la pula...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid

Tuesday, 1 March 2016

BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini adalah peminat tegar animasi BoBoiBoy terbitan Animonsta Studios sejak pertama kali ianya ditayangkan di TV pada tahun 2011 dulu ? Alaa, tak perlu nak segan sangat la kan...rasanya memang ramai peminat animasi BoBoiBoy menunggu tarikh keramat 3 Mac 2016 (Malaysia) dan 13 April 2016 (Indonesia) untuk menyaksikan filem animasi pertama BoBoiBoy di pawagam kan ? Huh, mujurlah aku antara yang terawal dapat menontonnya di pawagam pada 27 Februari 2016 yang lepas di GSC Berjaya Times Square untuk special screening...haa, nak spoiler tak ? HAHA...BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ? 

 BoBoiBoy : The Movie
Dari kiri : Anas Abdul Aziz (Adu Du/Probe/Tok Aba/Yoyo Oo) dan Wong Wai Kay (Fang)

Sinopsis BoBoiBoy : The Movie

Sekumpulan pemburu "Sfera Kuasa" bernama Tengkotak yang diketuai Bora Ra telah tiba di planet Bumi dan telah menculik Ochobot (Sfera Kuasa Generasi Ke-9) untuk menggunakan Ochobot untuk mencari "Sfera Kuasa Purba" yang telah bersembunyi di planet Bumi.

BoBoiBoy : The Movie
BoBoiBoy : The Movie
Credit Picture : Google.com
 
BoBoiBoy dan rakan-rakannya Gopal, Yaya, Ying dan Fang kini perlu berusaha untuk menjejaki Bora Ra demi untuk menyelamatkan Ochobot yang telah diculik dan menyingkap rahsia sebenar "Sfera Kuasa" dan mengapakah agaknya Bora Ra ingin memilikinya ? Dapatkah BoBoiBoy dan rakan-rakannya menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Ochobot ? 


7 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy : The Movie

  • Plot dan jalan cerita yang agak berbeza daripada siri di TV...pengembaraan yang penuh dengan aksi, jenaka dan punchline di mana-mana, ianya lebih gempak, sangat beremosi dan sangat mendebarkan...
  • Sangat sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur...sangat klise bila sebut saja animasi, hanya sesuai untuk golongan anak kecil dan remaja saja...hmm, mungkin golongan dewasa yang baru pertama kali tonton BoBoiBoy : The Movie ni nanti tiba-tiba akan terus jadi peminat...percayalah...hehe
  • Kualiti grafiknya jauh lebih hebat berbanding dengan siri BoBoiBoy di TV...semuanya nampak begitu detail sekali...animasi tempatan terbaik yang aku pernah tengok setakat ini...serius, memang aku tak tipu...memang amat berbaloi menunggu lebih daripada 2 tahun untuk animasi BoBoiBoy : The Movie ni disiapkan sepenuhnya...memang tak sangka hasil kreativiti animator tempatan untuk movie ni memang superb...syabas kru Animonsta Studio !

BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?

  • Watak antagonis yang baru diperkenalkan dalam movie ni iaitu geng Tengkotak, masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun mereka hanyalah "KOTAK"...Bora Ra, Yoyo Oo, Gaga Naz dan Cici Ko...tapi watak Cici Ko ni memang tersangatlah misteri...huhu
  • Kemunculan BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais memang paling epik ! Mesti korang nak tahu apa yang menyebabkan kuasa baru BoBoiBoy ni boleh muncul kan ? Eh, mana boleh bagitahu...kena tengok sendiri...huhu
  • Bukan BoBoiBoy seorang saja yang mendapat kuasa baru tapi Gopal, Yaya, Ying dan Fang pun mendapat kuasa yang baru semasa berlawan dengan geng Tengkotak...haa, nak tahu ke mereka dapat kuasa apa ? Opppsss...HAHA
  • Haa, apa yang lebih hebat lagi dalam movie ni kan...kuasa BoBoiBoy bukan lagi hanya Kuasa 3...bukan juga Kuasa 5 tapi...BoBoiBoy Kuasa.......haa, tak best la kalau nak bikin spoiler kat sini...HAHA...kalau nak tahu lagi, kena tonton BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?

Rating : 9.5 out of 10

NOTA SKYTECH :

Haa, kalau nak tahu kisah selanjutnya...kenalah tonton BoBoiBoy : The Movie nanti bermula 3 Mac 2016 di pawagam...kos untuk menghasilkan filem animasi ni saja mencecah hampir RM5 juta...mestilah hasilnya WOWW ! Kalau kita tak support karya tempatan...siapa lagi kan ? Hehe...

P.S - Entri ni bukan entri berbayar ye...memang ikhlas ditulis dari sudut pandangan peminat animasi tempatan...BoBoiBoy memang TERRBAIKK !! Tak sabar pula rasanya  nak tunggu filem BoBoiBoy yang seterusnya...katanya sudah dalam proses pra-produksi...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri BoBoiBoy : The Movie - Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com