Wednesday, 24 April 2013

PARAMORE : Album Studio Keempat Paramore

> Whats Up Guys...

Haa, bila sebut saja nama band Paramore...mesti ramai yang cukup mengenali vokalisnya, Hayley Williams yang cukup bertenaga dan lincah ketika membuat persembahan secara live di atas pentas...masih ingat lagi dengan lagu hit mereka seperti Misery Business, Pressure, CrushCrushCrush, Ignorance, Careful, Brick By Boring Brick dan banyak lagi lagu hit band Paramore ni yang sudah tampil dengan tiga studio album  iaitu All We Know Is Falling (2005), Riot ! (2007) dan Brand New Eyes (2009)...

Akhirnya, setelah hampir empat tahun menunggu...terhasil juga album studio keempat Paramore yang berjudul PARAMORE yang telah dilancarkan di seluruh dunia pada 9 April 2013 yang lepas dan album  ni merupakan album studio pertama tanpa ahli asal iaitu Josh Farro (lead guitar) dan Zac Farro (drums) kerana mereka berdua telah membuat keputusan untuk keluar dari band ni sekitar hujung tahun 2010...

4th Studio Album | PARAMORE 

#ReviewAlbum | PARAMORE

Haa, karya terbaru Paramore kali ni memang agak berlainan sikit la dengan album Paramore sebelum ni...dan album PARAMORE ni memuatkan 17 buah lagu baru iaitu Fast In My Car, Now, Grow Up, Daydreaming, Interlude : Moving On, Ain't It Fun, Part II, Last Hope, Still Into You, Anklebiters, Interlude : Holiday, Proof, Hate To See Your Heart Break, (One Of Those) Crazy Girls, Interlude : I'm Not Angry Anymore, Be Alone dan Future...dan terdapat 2 bonus tracks iaitu Native Tongue dan Escape Route tetapi hanya untuk album yang dilancarkan di Jepun saja...


Single pertama album terbaru PARAMORE ni iaitu "Now" telah mendapat respon yang agak baik daripada beberapa orang pengkritik muzik dan ada antara mereka yang bagi rating 5/5 untuk lagu "Now" ni...huhh, first time aq dengar lagu Now ni masa awal Januari 2013...dan bila lagu "Now" merupakan lagu pembukaan semasa Paramore Live In Kuala Lumpur 2013 pada 17 Februari 2013 yang lepas...dan Malaysia antara negara terawal yang dapat dengar secara live single pertama dari album PARAMORE ni dalam siri jelajahnya untuk mempromosikan album terbaru mereka...lagi la aq terus rasa tak sabar untuk dapatkan full album bila ianya dilancarkan...huhu... 


Haa, ramai yang kata bila Josh dan Zac Farro ambil keputusan untuk keluar dari band Paramore beberapa tahun lepas..."Habislah Paramore lepas ni..." tapi terbukti mereka tu silap...Paramore masih boleh hasilkan muzik yang fresh dan best...kalau tak...takkan la boleh keluar album keempat ni...dan album ni telah pun tersenarai carta Billboard 200...


Bila dengar track 1 pun da rasa teruja sebab macam ada elemen electronic sikit...sebab album kali ni boleh dikatakan banyak elemen baru yang diketengahkan dalam setiap lagu...seperti elemen electronic rock, pop rock, new wave dan power pop...lagu Now, Still Into You, Ain't It Fun dan Part II memang layan la dalam album ni ! Lagu Part II tu macam ada link pulak dengan lagu Let The Flames Begin dari album Riot ! (2007) sebab liriknya macam ada persamaan...macam sequel...ke aq seorang je yang perasan ni...HAHA...

Memang tak dinafikan setiap album baru Paramore memang ada pembaharuan sejak album pertama tetapi Paramore tetap tidak berubah...tapi ada juga peminat Paramore yang macam tak boleh terima dengan perubahan dalam album baru ni...takkan bila da hasilkan karya dan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...da lama tak menaip...terpanjang pulak...puas rasanya...HAHA...


"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"

Album Rating : 8/10


NOTA SKYTECH :

Bagi aku la kan...kalau beli album yang original ni...kepuasannya memang lain macam sikit daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Paramore memang kena ada satu copy album "PARAMORE" ni...yeaahh !


P.S -  Lama giler aq tak buat review album ni...HAHA...
Wahhh...entri ke-888 untuk blog ni sejak April 2011...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri PARAMORE : Album Studio Keempat Paramore

Friday, 19 April 2013

Pengalaman Seram Kerja Lebih Masa

> Whats Up Guys...

Haa, masih ingat lagi tak entri beberapa bulan lepas, tak silap aq la bulan Februari rasanya...aq pernah kongsikan pengalaman seram aq terdengar Suara Tangisan Jam 4 Pagi...dan kali ni lain pula cerita dan kisahnya, Pengalaman Seram Kerja Lebih Masa...kira baru jugak la berlaku...haa, nak dijadikan cerita la...satu hari tu aq terpaksa buat OT...sebab nak siapkan kerja...malas nak bawa balik rumah kerja sebenarnya...hee...tapi bukan aq seorang saje la...ada la dalam 5 hingga 6 orang yang lain yang masih tinggal...

Bila da siapkan semua kerja tu...sebelum balik ke rumah tu singgah kejap masuk bilik air...masa tu lebih kurang pukul 8.50 pm kalau tak salah aq...masa aq kat dalam bilik air tu...tetiba aq terdengar sesuatu yang agak pelik la sebab aq tahu memang takde orang kat area situ masa aq masuk ke bilik air...terdengar orang berlari di luar bilik air...gulppp...bila aq check takde orang pulak...ahhh....sudah....aq salah dengar ke tadi ??! erkk...


Lepas tu aq pun tanya la member aq yang masih tinggal tu...ada ke sesiapa yang berlari kat depan bilik air tu tadi...semua kata takde...aq diam saje lepas tu terus kemas laptop...terus balik...HAHA...gilerr la...siapa pulak la yang berlari masa aq kat dalam bilik air tu ? Masih menjadi tanda tanya sampai sekarang... 

Beberapa hari sebelum tu pun aq ada alami kejadian pelik jugak...masa aq sampai kat office ada satu hari tu, ada drawing yang da siap diplot atas meja aq sedangkan aq belum plot pun lagi drawing tu...dan kebetulan aq sampai awal pagi tu...haa, siapa pulak yang plot drawing aq tu haaa padahal semua drawing tu kat dalam PC aq dan hanya aq yang tahu mana folder untuk drawing yang aq da save dan buat...? 


NOTA SKYTECH :

Haa, memang agak seram jugak la bila OT sampai malam ni kalau da terkena macam ni...HAHA...sebab tu la sekarang ni aq jarang nak OT sampai malam...setakat lepas Maghrib la paling lama pun aq stay office...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Seram Kerja Lebih Masa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com