Thursday, 29 August 2013

Hanya Kerana Duit Seringgit

> Whats Up Guys...

Hanya Kerana Duit Seringgit...haa, biasanya bila da nak penghujung raya ni...duit raya yang diisi dalam sampul duit raya tu mesti ada banyak lebih lagi kan ? Boleh la buat belanja sikit sementara belum masuk gaji ni...HAHA...semalam aq keluarkan la beberapa keping duit seringgit daripada sampul duit raya...tak sangka pulak masih banyak lagi lebihnya...boleh la beli Texas Chicken satu set...huhu...

Kerana Beberapa Keping Duit Seringgit

Bila nak bayar tu...aq keluarkan la duit seringgit tu beberapa keping...ada pulak yang pandang semacam hanya kerana duit seringgit...dan aq order la dua set 3 ketul ayam goreng Texas dan bayangkan la banyak mana duit seringgit aq keluarkan tu...HAHA...dalam hati aq berbisik...

"Haiihh, mujurlah aq bayar dengan duit seringgit...aq tak dapat bayangkan 
kalau aq bayar dengan duit syiling...awesome !!"  

Mujurlah tak ramai sangat masa nak order tu...HAHA...duit seringgit pun duit kan ? Masih ada nilai...tak salah pun nak guna...hee...mungkin lain kali aq nak cuba bayar dengan duit syiling pulak...nak tengok apa reaksi orang sekeliling...belum cuba belum tahu...HAHA


NOTA SKYTECH :

Hanya kerana insiden tu...tetiba zaasss dapat idea nak update apa...betul la...idea tu memang ada di mana saja...kalau duduk terperuk depan laptop saja...memang idea susah nak masuk....hee

**Terima kasih kerana membaca entri Hanya Kerana Duit Seringgit

Saturday, 24 August 2013

Film Review : Elysium

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya macam da lama tak buat review movie kat blog ni...kali terakhir buat review pun masa movie Man Of Steel bulan Jun yang lepas...dan kali ni nak review movie Elysium...hari pertama ianya ditayangkan aq da terjah pawagam...HAHA...sebab teringin nak tahu movie Elysium ni pasal apa...hee

Elysium
ELYSIUM

> Sinopsis "Elysium"

In 2154, two classes of people exist: the very wealthy, who live on a luxurious space station called Elysium, and the poor, who live on an overpopulated, devastated Earth. While residents on Earth are policed by ruthless androids serving a largely automated justice system, Elysian citizens live in comfort and safety, surrounded by obedient androids and using man-sized medical devices in their homes (so called Med-Pods) that keep them free from disease. The habitat, robots, and most of Elysium's weapons are provided by Armadyne Corp., whose billionaire CEO John Carlyle regularly travels between Earth and Elysium to oversee business..TO BE CONTINUED...

Elysium and Earth
Elysium and Earth

Apakah nasib penduduk Bumi di tahun 2154 yang hidup dalam kemiskinan yang masih tinggal di Bumi pada sedangkan golongan yang berada tinggal senang lenang di Elysium ? Nak tahu apa kisah selanjutnya, kena la layan movie ni kat pawagam...hee

"The previleged live on Elysium...no poverty, no war, no sickness..."



#MyReview "Elysium"

  • Filem Elysium, sebuah filem sci-fi action-thriller arahan Neill Blomkamp yang dibarisi pelakon hebat seperti Matt Damon (Max Da Costa), Jodie Foster (Secretary of Defense Jessica Delacourt), Sharlto Copley (Agent C.M Kruger), Alice Braga (Frey Santiago), Wagner Moura (Spider) dan William Fichtner (John Carlyle)

Elysium - Max Da Costa

  • Plot dan jalan cerita yang agak menarik dan tak meleret sangat daripada mula sampai akhir...dan yang uniknya dalam movie ni ada beberapa bahasa yang dituturkan...
  • Kenapa semua penduduk Bumi teringin sangat tinggal di Elysium pada tahun 2154 ? Sanggup bekerja siang malam hanya untuk membeli tiket haram untuk sampai ke Elysium...walaupun berdepan risiko berbahaya untuk tiba di Elysium...
  • Mengapakah Max mahu ke Elysium dan sanggup bekerjasama dengan Spider demi untuk mencuri sesuatu yang berharga daripada CEO Armadyne iaitu bekas majikan Max ? Dapatkah Max menunaikan janjinya pada Spider demi sekeping tiket ke Elysium ?
  • Jessica Delacourt mengarahkan Agent C.M Kruger yang berada di Bumi agar mencari Max sampai jumpa ? Dan kenapa Kruger menculik Frey dan anaknya, Matilda...kenapa la agaknya tu ?
Elysium - Kruger and Frey

  • Berlaku rampasan kuasa di Elysium...siapa yang mengkhianati siapa agaknya ?
  • Dapatkah Max menunaikan janjinya pada Frey untuk memulihkan Matilda yang menghidap leukemia dengan peralatan perubatan (Med-Pods) di Elysium ? Dan apakah kesudahannya nanti...apa nasib penduduk Bumi yang masih tinggal di Bumi ?



Rating : 4 out of 5 



P.S - Serius...walaupun sebelum nak tengok movie aq da memang mengantuk habis da tapi bila tengok movie ni...sikit pun tak mengantuk...109 minit dalam pawagam tu rasa macam kejap sangat da habis movie ni...sangat berbaloi tengok movie lakonan hebat Matt Damon ni...Elysium...kalau ada dalam 3D ni...memang perghh...mesti real scene tembak tu...awesome !

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Elysium
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com