Saturday 19 May 2012

Pelancaran Kawasaki MX World Pertama Malaysia

> Whats Up Guys...

Pada awal bulan Mei hari tu telah diadakan event pelancaran Kawasaki MX World Store yang pertama di Malaysia oleh CBK Motor Sport dan buat pertama kali telah dijemput oleh blogger Bro Framestone untuk hadirkan diri ke event tersebut sebagai wakil media yang bertempat di Jalan Ipoh.

Kawasaki MX World
Sejarah CBK Motor Sport

CBK Motor Sport Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu dan di mana terlibat secara aktif dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan motocross, melatih dan bertanding dalam pertandingan yang melibatkan motocross.


Mr.Chew Boon Keam ataupun lebih dikenali sebagai Ah Loo selaku pengasas CBK Motor Sport mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia motocross dan sangat komited dalam industri motocross bersama Kawasaki Motors Malaysia bagi menguruskan MX World supaya lebih berkembang dan membangun pada masa akan datang.

Selain dari itu juga, aksi lagak ngeri dari pelumba motocross CBK Motor Sport memeriahkan lagi event pada hari tu. Jangan tiru aksi berbahaya ni.



Video aksi pelumba motocross CBK Motor Sport



"Malaysia 1st Kawasaki MX World Store officially launched"


Selepas tamat majlis pelancaran MX World, wakil media berpeluang untuk meninjau sekitar dan melawat ke setiap tingkat di MX World tersebut untuk melihat dengan lebih dekat.

  


Kawasaki MX World menyediakan servis 3S iaitu menjual, penyelengaraan dan menjual alat ganti yang asli untuk semua pengguna Kawasaki Motocross dan jangan sesekali terkejut apabila pertama kali tiba di bengkel motor MX World sebab bengkel motornya kelihatan amat bersih sekali dan teratur.

Semasa sesi Media Tour berlangsung, pada masa yang sama sesi Lucky Draw juga berlangsung dan siapa yang bertuah akan dapat memiliki hadiah dan sememangnya semua hadiah yang diberikan memang sangat menarik dan ada di antara blogger yang hadir memenangi sehelai jaket Kawasaki yang berharga RM400++.

Thumbs Up ! Memang terbaik event Pelancaran Kawasaki MX World ni !

Alamat Kawakasi MX World Store :

CBK Motor Sport Sdn. Bhd.
No.373, Batu 2.5
Jalan Ipoh,
51100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-40428555
No. Fax : 03-4042 2985
Emel : cbkmotor@gmail.com


- Thanks to Kawasaki -

P.S - Akhirnya siap juga entri pasal event ni...
Happy weekend guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Pelancaran Kawasaki MX World Pertama Malaysia

32 comments:

  1. perghhh, mmg mantap dan memukau jiwa

    ReplyDelete
  2. pergh!! terbaik entri ko ni

    ReplyDelete
  3. Jaket pon da beratus2 huhuuu

    ReplyDelete
  4. Terbaik ! teringin nak tgok jugak...huhu

    ReplyDelete
  5. perghh.. mantap la kalau dapat motor tu sebijik.. huhu~..

    ReplyDelete
  6. mahal nya jaket nya...
    sapa yang dapat tu??

    ReplyDelete
  7. ada 1 lg jacket hadiah utama jd rebutan...semoga kau berjaya ezad! ..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ezad...wah best nyer dpt jaket dr Kawasaki tu....:)

    ReplyDelete
  9. wah terbaik la..jd wakil media gitu..

    entry pn sueperb

    ReplyDelete
  10. wah siap jdik wakil media.. terbaikkk

    ReplyDelete
  11. perghhhh..as media tu...powerrr lah ezad =)

    ReplyDelete
  12. terbaik la zat. lepas ni kompem turn ang plak wat stunt kan!! jgn terpengarh kawan... bak mai sehelai t-shirt..

    ReplyDelete
  13. hamboihhh..
    kemain lagi.. gogogo jat! :D

    ReplyDelete
  14. ehhh.
    mootor neh kan ezad , sejibikk macam motor dalam mimpi wa.

    ehhh ?

    lalala

    ReplyDelete
  15. best r dpat g event ni..siap dpat baju lg?

    ReplyDelete
  16. wah wah..aku minat tgk sport motocross ni.sbb cam macho je pelumba2 nya..hahaha..

    ko mmg pemalu ya amat kan ezad. zoom 50% baru nampak muke ko dlm gambar.hahahahhaa

    gaya tulis mcm susah giler nak taip ayat..lek bro rilek.

    ReplyDelete
  17. permulaan yang bagus... harap2x lepas nie banyak lagi company motor/kereta panggil blogger buat coverage

    ReplyDelete
  18. best la kan dpt join event2 mcm tuh...

    ReplyDelete
  19. wooo.. untungla.. nnt nk beli sebijik moto kawasaki nie..huuu

    ReplyDelete
  20. t-shirt tu harga rm400?? wow... kalaau curik laku tak? gambar second last tu semua blogger ke? ramai ye.. berani la orang yg buat aksi ganas atas moto tu? dorang memang pelumba motorcross ea?

    ReplyDelete
  21. tu ko dapat ke???untung nya la.nak jugak.aku pernah skali je member jepun bagi test scrambler dia.hahaha..tapi lagi minat superbike dari motocross ni.hehe

    ReplyDelete
  22. hoho...tak tau pulak ko ni peminat moto...hehe

    ReplyDelete
  23. pergi mana-mana blog i jumpa kawasaki ni.. hehe...

    ReplyDelete
  24. Nurul suka T-Shirt dia... ;)

    ReplyDelete
  25. bagi baju je ke? moto tak bagi?

    huhu

    ReplyDelete
  26. Mantap Giler...nak motor sebijik boleh hihihi

    ReplyDelete
  27. amboi.. bak t shirt selai.. hehehee

    ReplyDelete
  28. Kau wakil media mana ek?


    Ok aku memang minat moto keros² ni.. ;D

    Pernah tengok depan mata sekali je tu pun terpaksa balik awal, anak buah aku mememak ajak balik.. tension je.. hehe


    Ok kami jeles tengok barang² percuma yang kau dapat tu!!

    ReplyDelete
  29. From CBK Office Thanks your hard work done
    http://www.facebook.com/cbkmotorsport/
    http://www.cbkmotorsport.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com