Bila da dekat nak raya ni...bunyi mercun memang meriah...tapi sampai waktu sahur pun masih kedengaran bunyi mercun...apa ke hal ? HAHA...bila cerita pasal mercun ni...teringat pula kisah aq dengan mercun masa zaman nakal aq dulu sampai buat aq trauma dengan mercun ni...
Mercun - Gambar sekadar hiasan |
Memang tak dinafikan masa kecik dulu aq memang agak nakal sikit...percaya tak ? HAHA...aq masih ingat lagi, masa tu bulan puasa...orang semua pergi ke surau nak solat tarawih tapi...aq pula melencong ke tempat lain...pergi cari mercun...cehhh...semua jenis mercun aq pernah main dulu...mercun bola, mercun ketupat, mercun roket, mercun thunderclap, mercun mancis...
"Kalau nak senaraikan semua...sampai Subuh tak habis...hee"
Satu hari tu, aq dengan geng aq dulu pernah bakar mercun ketupat di depan surau...bukan tu saja, atas mercun ketupat tu diletakkan botol LIVITA...haa, jangan ditanya apa jadi lepas tu...mercun ketupat...siapa pernah main mercun tu tahu la bunyinya kuat mana kan...masa tu jugak aq dengar orang surau da menjerit..."Hoiii, siapa yang main mercun depan surau ni haa?" HAHA...lebih kurang macam tu la dialognya...memang bertempiaran la lari...
Haa, bukan tu saja...masih tak habis lagi cerita aq ni...HAHA...ni ada satu lagi kisah yang masih segar dalam ingatan...tapi kali ni lain pulak...berlaku masa bulan puasa dan masa orang tengah solat tarawih...tengah syok main mercun roket...pada awalnya mercun roket tu berlepas ok saja...tapi tak tahu la kenapa, mercun roket yang terakhir...pada mulanya elok saja terpacak kat tanah tetiba...masa da bakar tu...boleh terjatuh pulak mercun roket tu...termasuk la rumah orang..."Adehh, tersalah target...sorry aunty...tak sengaja.." apa lagi, lepas tu lari la...HAHA...
Adakah aq da serik masa tu...tidak...masih belum serik lagi...HAHA...tapi disebabkan kes yang ni la aq mula trauma dengan mercun...mungkin Allah S.W.T nak tunjuk masa tu, mercun mancis yang aq bakar meletup kat muka aq sebelum aq sempat baling mercun tu...bayangkanlah sendiri...mujurlah takde kecederaan yang serius cuma berdesing jugak telinga masa tu dalam 15 saat...insaf da masa tu...tengok mercun pun takde selera da...tu la, orang pergi solat tarawih...aq melencong pergi main mercun...kan da kena ! heee
NOTA SKYTECH :
Sampai ke hari ni memang da bertahun aq tak sentuh mercun...pengalaman mercun meletup kat muka tu memang menginsafkan aq...bayangkan la kalau mercun bola ke ataupun mercun lagi power meletup...sia-sia saja...budak zaman sekarang ni suka sangat buat eksperimen, tu yang tiap kali raya saja mesti ada kes dan muncul la kat media cetak dan media elektronik..."Mangsa Pertama Mercun"...suka ke macam tu...oleh tu, jauhi mercun...elak sebelum terkena...hee...
Dulu mercun biasa-biasa sekarang. Sekarang ini ada mercun bom boleh hilang jari kelauat tak hati-hati.
ReplyDeletebudak2 sekarang nak jadi saintis..semua tu ujian yg gagal..hahah
ReplyDelete@AkuBiomed : sekarang banyak pulak mercun baru yang muncul..lagi bahaya pulak tu...
ReplyDelete@Fizi Zaidi : suka sangat buat eksperimen...main biasa2 cukup la kan...tapi yang hairannya...kenapa masa raya kita je ada kes2 macam ni...bukan sesekali...tiap kali nak raya..huhu...
ReplyDeleteaku bukan kaki mercun sangat.. tak tau kenapa.. dari kecik macam tak minat je.. layan tak layan je.. sepupu ajak pun ak layan biasa2 je..haha..
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik : haha...aq memang kaki mercun dulu..tapi sekarang ni tak da kot...setakat tengok je la..huhu
ReplyDeletetrauma yang bagus :-)
ReplyDeleteKat taman perumahan akak tahun ni depa ada buat meriam buluh tapi ganti dgn batang paip dah moden sikit. Terus warning anak jgn gatal2 nak join depa.
ReplyDelete@JunAina : huh..meriam batang paip..bahaya tu..silap2 boleh meletup paip tu..malang kan tak berbau..huuhh..
ReplyDeleteaku pernah mercun mancis tu meletop kat tangan..pedih woo..
ReplyDeletehahahahaha. tiba2 aku teringat member aku. mercun papan meletup dalam poket baju melayu dia.hahahaha. mercun papan dah lah banyak.. hahahaha
ReplyDelete@FaKArePa!n : mercun mancis..nampak je kecik..tapi bahaya jugak kalau tak hati2..
ReplyDelete@boni kacak : perghh...lagi dahsyat tu...tapi yg aq hairannya..macam mana mercun tu boleh meletup dalam baju melayu kawan ko tu boni..huhu
ReplyDeletemercun zaman kanak2 memang meriah.
ReplyDeletebila dah besar, tak teruja sangat mercun ni. hehe
@Izzat Eshak : tu la pasal...takde selera nak main mercun da besar2 ni..haha
ReplyDelete