Wednesday 1 October 2014

Perlu Ke Google Street View Malaysia

> What's Up Guys...

Perlu Ke Google Street View Malaysia ? Haa, rasanya ramai yang sudah tahu kan tentang Google Street View kini telah meliputi 90% jalan awam di semenanjung Malaysia kan...tu kata Google Malaysia la...haa, baki lagi 10% bila nak siapkan ? HAHA...

Perlu Ke Google Street View Malaysia ?
Perlu Ke Google Street View Malaysia ?
Kredit : Google.com

Kebaikan Google Street View Malaysia

Haa, salah satu kebaikan yang aku nampak bila menggunakan Google Street View Malaysia ni...kita boleh mengembara ke seluruh dunia dengan hanya duduk depan laptop saja...dengan hanya klik saja kita boleh sudah seperti betul-betul berada di tempat tu...boleh aku explore jalan yang belum pernah aku lalu lagi...nak naik Burj Khalifa kat Dubai tu pun boleh...hee

Selain itu, bagi mereka yang duduk jauh daripada kampung halaman...boleh "balik kampung" hanya dengan satu klik...sedikit sebanyak boleh juga mengubat kerinduan kan dengan kampung halaman tercinta...

Kebaikan Google Street View Malaysia
Apa Yang Menarik Di Kuala Lumpur ?

Bagi aku la, ianya memang menarik...memang memudahkan kita bila ada teknologi canggih macam ni...haa, cakap saja nak pergi ke mana di semenanjung Malaysia ni...taip saja...mesti boleh sampai la...memang banyak tempat kat Malaysia ni aku tak habis explore lagi...boleh la explore dengan menggunakan Google Street View Malaysia ni...TAPI...TAPI...

Keburukan Google Street View Malaysia

Huh, bila wujudnya teknologi canggih sebegini pasti ada pro dan kontranya kan...semasa aku tengah explore benda ni...tergerak hati la nak cuba...betul ke 90% jalan awam di semenanjung Malaysia sudah boleh diakses menggunakan Google Street View Malaysia ni...lebih kurang 10 minit aku klik...klik...dan klik lagi daripada Stesen Keretapi Kuala Lumpur ni ke arah rumah aku...

Keburukan Google Street View
Bila Agaknya Google Lalu Depan Ex-Sekolah Aku Ni ?

Memang boleh sampai depan rumah aku...gulppp...dengan nombor rumah pun tak dikaburkan...tapi rasanya korang boleh klik "report a problem" kat bawah tu...mujurlah pihak Google Map cepat saja bertindak bila aku buat report...bila buka semula Google Street View Malaysia, da kaburkan apa yang patut...

Haa, ni la salah satu keburukan Google Street View Malaysia...cuba la bayangkan, jikalau maklumat peribadi kita terdedah...mereka yang berniat jahat ni hanya perlu taip sahaja di manakah lokasi tu...jeng...jeng...jeng...tersenyum lebar la kalau maklumat macam ni terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab...berhati-hatilah...jangan sesekali dedahkan maklumat sebegini di alam maya...


NOTA SKYTECH :

Entah bila agaknya Google Malaysia ni lalu depan rumah aku...bila check Google Street View Malaysia depan rumah aku tu, motor memang tiada...haa, time weekdays la ni dorang lalu...huhu

P.S - Apa pendapat korang pula mengenai Google Street View ni...perlu ke Google Street View  Malaysia ni...cer komen sikit...

**Terima kasih kerana membaca entri Perlu Ke Google Street View Malaysia

33 comments:

  1. Memang Gempak...Tapi Kena Lebih Hati-ii Sebab Ramai Yg Akan Amek Kesempatan..Jangan Post Alamat Rumah Sendiri Di Media Sosial..Sbb Penjenayah Makin Celik IT...HeHe

    ReplyDelete
  2. Tak perlu la sampai ke rumh.kalau tempat2 penting atau pelancongan ok kot

    ReplyDelete
  3. Kebaikan: Rasanya dari segi visual saja kot. Sebab selama ni pun kita dah terbiasa guna tanpa visual, tapi masih sampai.
    Keburukan: Ni yang masalah. Dari segi privasi mungkin ada kesan. Tak semua orang suka privasi terganggu.

    ReplyDelete
  4. pendapat aku,bila ada google streetview ni kan,memang terubatlah hati kat kampung,dapat tgk rumah nenek pun jadilah,tapi betul gak.....ada keburukan streetview ni,huhu..

    ReplyDelete
  5. Ada pro and con street view tp mengikut pengamatan diri sendiri, nampaknya lebih kepada con.

    ReplyDelete
  6. entah la..tak fikir la apa kesan buruk nya..belum jadi..kan??dah jadi nanti baru kelam kabut ..hahahah

    ReplyDelete
  7. @Syafiq Rahim : kena lebih berhati-hati la...jangan sesekali dedah alamat rumah sendiri kat alam maya ni...

    ReplyDelete
  8. @Aishah Ahmad : semua ceruk jalan Google da masuk kat semenanjung Malaysia ni...huhu

    ReplyDelete
  9. @Mohd Ridzwan Abdullah : tu la...da banyak apps canggih...contohnya macam waze...google maps...dari segi keburukannya memang ada kesannya...

    ReplyDelete
  10. @Mek Onie : memang ada pro dan kontranya kan...kebaikannya memang la banyak...bila2 masa je boleh "balik kampung" kan..hee

    ReplyDelete
  11. @Diana Rashid : bila belum jadi...dari saat itulah kita kena hati-hati...bila da kena baru nak menyesal tak sudah...huhu

    ReplyDelete
  12. gempak mmg gempak, tapi bila difikirkan perlu ke idak, rasanya tak kot. canggih sgt nnt pun lebih mengundang bhya tak guna gak.

    ReplyDelete
  13. @JMR : tu la pasal...canggih sangat pun boleh mengundang bahaya kalau tak berhati2...

    ReplyDelete
  14. Huhu ... bahayanya zaman sekarang. Kena berhati-hati

    ReplyDelete
  15. @aniesa ahmad : memang syok explore Google Street View ni tapi tu la...dengan teknologi canggih macam ni...macam2 orang boleh buat kalau disalahgunakan...

    ReplyDelete
  16. Ada baik buruknya..tapi risau kalau yang buruk tu akan lebih memburukkan keadaan..huhu

    Jemput singgah blogwalking www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  17. tak pernah try lg.. bru guna waze. hehe. agak ad keburukan la terutama bg penjahat2

    ReplyDelete
  18. Dah check semalam...

    Ada beberapa lokasi ada kereta Bro... Gaya macam dekat memana je ada kereta bro he..23x

    ReplyDelete
  19. X try lg pun
    Tp Ade pro/con nya
    Klo guna kearah kebaikan xpe LA
    Jgn guna utk keburukan

    ReplyDelete
  20. @Farizah Hamid : tu la kan...risau juga tu...cuma sekarang kena berhati-hati la...

    ReplyDelete
  21. @Amanina Mads : takut teknologi canggih macam ni disalahgunakan..

    ReplyDelete
  22. @Bro Framestone : hee...bro mengikut ke kenderaan Google tu...kih3

    ReplyDelete
  23. @Syazana Zainn : memang ada pro dan kontranya...harap2 takde la yang salah guna...

    ReplyDelete
  24. @CikLily Putih : memang agak bahaya la bagi saya...kan...hmmm

    ReplyDelete
  25. tak lama lagi, kita boleh tgk satelit view kot. baru la live.

    ada baik buruk benda2 ni kan.

    ReplyDelete
  26. @joehaz : kalau guna ke arah yang betul takpe...ni yang berniat jahat tu yang bahaya...huhu

    ReplyDelete
  27. Ada pro dan kontranya dalam isu ni. satu memudahkan kita untuk mengetahui tempat yang tak pernah dilaui, hal lain tiada privacy lagi.

    ReplyDelete
  28. xperlu lah rasanya... jenayah cyber lepasni nk aim rumah sblm merompak hanya search shj kan. heee....

    ReplyDelete
  29. rugi plak tak selfie dengan natang ni aritu

    ReplyDelete
  30. semakin mudah lah kita punya maklumat terdedah

    ReplyDelete
  31. Kebaikan - mudah cari dan cam tempat
    Keburukkan - Bila mudah cari tempat, jadi sangat bahaya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com