Perlu Ke Google Street View Malaysia ? Haa, rasanya ramai yang sudah tahu kan tentang Google Street View kini telah meliputi 90% jalan awam di semenanjung Malaysia kan...tu kata Google Malaysia la...haa, baki lagi 10% bila nak siapkan ? HAHA...
![]() |
| Perlu Ke Google Street View Malaysia ? Kredit : Google.com |
Kebaikan Google Street View Malaysia
Haa, salah satu kebaikan yang aku nampak bila menggunakan Google Street View Malaysia ni...kita boleh mengembara ke seluruh dunia dengan hanya duduk depan laptop saja...dengan hanya klik saja kita boleh sudah seperti betul-betul berada di tempat tu...boleh aku explore jalan yang belum pernah aku lalu lagi...nak naik Burj Khalifa kat Dubai tu pun boleh...hee
Selain itu, bagi mereka yang duduk jauh daripada kampung halaman...boleh "balik kampung" hanya dengan satu klik...sedikit sebanyak boleh juga mengubat kerinduan kan dengan kampung halaman tercinta...
Selain itu, bagi mereka yang duduk jauh daripada kampung halaman...boleh "balik kampung" hanya dengan satu klik...sedikit sebanyak boleh juga mengubat kerinduan kan dengan kampung halaman tercinta...
![]() |
| Apa Yang Menarik Di Kuala Lumpur ? |
Bagi aku la, ianya memang menarik...memang memudahkan kita bila ada teknologi canggih macam ni...haa, cakap saja nak pergi ke mana di semenanjung Malaysia ni...taip saja...mesti boleh sampai la...memang banyak tempat kat Malaysia ni aku tak habis explore lagi...boleh la explore dengan menggunakan Google Street View Malaysia ni...TAPI...TAPI...
Keburukan Google Street View Malaysia
Huh, bila wujudnya teknologi canggih sebegini pasti ada pro dan kontranya kan...semasa aku tengah explore benda ni...tergerak hati la nak cuba...betul ke 90% jalan awam di semenanjung Malaysia sudah boleh diakses menggunakan Google Street View Malaysia ni...lebih kurang 10 minit aku klik...klik...dan klik lagi daripada Stesen Keretapi Kuala Lumpur ni ke arah rumah aku...
![]() |
| Bila Agaknya Google Lalu Depan Ex-Sekolah Aku Ni ? |
Memang boleh sampai depan rumah aku...gulppp...dengan nombor rumah pun tak dikaburkan...tapi rasanya korang boleh klik "report a problem" kat bawah tu...mujurlah pihak Google Map cepat saja bertindak bila aku buat report...bila buka semula Google Street View Malaysia, da kaburkan apa yang patut...
Haa, ni la salah satu keburukan Google Street View Malaysia...cuba la bayangkan, jikalau maklumat peribadi kita terdedah...mereka yang berniat jahat ni hanya perlu taip sahaja di manakah lokasi tu...jeng...jeng...jeng...tersenyum lebar la kalau maklumat macam ni terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab...berhati-hatilah...jangan sesekali dedahkan maklumat sebegini di alam maya...
NOTA SKYTECH :
Entah bila agaknya Google Malaysia ni lalu depan rumah aku...bila check Google Street View Malaysia depan rumah aku tu, motor memang tiada...haa, time weekdays la ni dorang lalu...huhu
P.S - Apa pendapat korang pula mengenai Google Street View ni...perlu ke Google Street View Malaysia ni...cer komen sikit...


