Sunday 19 July 2015

Film Review : Ant-Man

> What's Up Guys...

Ant-Man...Haa, bagi pengikut tegar semua filem terbitan Marvel Studios sejak fasa pertama dalam Marvel Cinematic Universe iaitu bermula daripada filem Iron Man (2008) sehinggalah ke filem kesebelas dalam Marvel Cinematic Universe iaitu Avengers : Age Of Ultron (2015) pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem terakhir untuk fasa kedua dan merupakan filem kedua belas dalam Marvel Cinematic Universe iaitu Ant-Man sebelum memulakan fasa ketiga MCU bermula dengan filem Captain America : Civil War sekitar bulan Mei 2016 nanti...ataupun boleh juga dipanggil Avengers 2.5 sebab ramai ahli Avengers akan turut muncul dalam filem tu nanti antaranya...oppssss...HAHA

Film Review : Ant-Man
Ant-Man

Haa, mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah Ant-Man ni sebenarnya kan ? Apa kena mengena Ant-Man ni dengan The Avengers ? Kenapa Ant-Man turut dimasukkan sekali dalam siri Marvel Cinematic Universe ? Haa, oleh sebab itulah kena tonton filem Ant-Man di pawagam untuk mengetahui kisah selanjutnya dalam MCU...sebelum raya lagi sebenarnya aku sudah menonton filem ni di pawagam...rasa macam nak repeat sekali lagi la nanti...HAHA...kenapa agaknya ? Jom kita layan review Ant-Man ni dulu...

Synopsis : In 1989, scientist Hank Pym resigns from S.H.I.E.L.D. after discovering they attempted to replicate his Ant-Man shrinking technology. Believing the technology is dangerous, Pym vows to suppress it as long as he lives. In the present day, Pym's estranged daughter, Hope van Dyne, and protege, Darren Cross, force him out of his own company, Pym Technologies. Cross is close to perfecting a shrinking suit of his own, the Yellowjacket, which he shows off to a horrified Pym.

Scott Lang : Ant-Man
Scott Lang : Ant-Man

Upon his release from prison, thief Scott Lang moves in with his old cellmate, Luis. Lang's ex-wife Maggie, engaged to policeman Jim Paxton, will not let Lang see his daughter Cassie unless he provides child support. As he is unable to hold a job due to his criminal record, Lang agrees to an offer by Luis to join his gang for a burglary. Lang breaks into a house and cracks its safe, but only finds what he believes to be an old motorcycle suit, which he takes home. After trying the suit on, Lang hits a button on it and is inadvertently shrunk to the size of an insect. Terrified by the experience, he returns the suit, but is arrested on the way out. Pym, the homeowner, visits Lang in jail and smuggles the suit into Lang's cell to help him break out.
TO BE CONTINUE...


#MyReview : Ant-Man

Kenapa perlu tonton filem Ant-Man ?

  • Filem Ant-Man merupakan filem kedua belas dalam siri Marvel Cinematic Universe dan ianya merupakan filem penutup untuk fasa kedua MCU sebelum bermulanya fasa ketiga MCU iaitu Captain America : Civil War (Mei 2016) dan filem ini merupakan pengenalan pertama Ant-Man dalam siri MCU
    Ant-Man
    Ant-Man

  • Pada mulanya, Scott Lang cumalah orang biasa saja...dan merupakan seorang bekas penjenayah pula tu dan baru saja dibebaskan daripada penjara...macam mana agaknya Lang boleh terpilih untuk menjadi Ant-Man ? Siapakah pula Dr. Hank Pym ? Kenapa Pym memerlukan Lang untuk membantunya ? 
  • Siapakah pula sebenarnya Yellowjacket ni dan kenapa teknologi yang terdapat pada Yellowjacket ni amat membimbangkan Dr. Hank Pym ? Dan persoalannya sekarang ni, dapatkah Ant-Man mengalahkan Yellowjacket demi keamanan seluruh dunia ?
Yellowjacket
Yellowjacket

  • Plot dan jalan ceritanya memang menarik...cara penceritaannya pun best...best part bila Scott Lang semakin mahir mengawal semua semut...part itu awesome...CGI pun gempak...haa, siapa yang pernah tengok filem Guardians Of The Galaxy tu...penuh dengan humour kan ? Ant-Man kali ni pun apa kurangnya...masa tengah serius pun boleh bagi punch line yang menggelikan hati...nak tengok sama ada korang boleh tahan tak gelak ke tak ? HAHA
  • Haa, akan muncul beberapa orang ahli Avengers dalam filem Ant-Man kali ni...siapakah agaknya ye ? Oppsss...HAHA...part Ant-Man memperkenalkan diri pada salah seorang ahli Avengers tu memang tak boleh blah...HAHA...
  • Terdapat 2 post credit diakhir filem Ant-Man ni nanti...haa, jangan terlepas pula untuk menyaksikannya...jangan keluar awal pula nanti...rugilah kalau keluar awal...ada kaitan dengan Marvel Cinematic Universe untuk fasa ketiga nanti...hehe
Credit Picture : Google.com

Rating : 8 out of 10


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, filem Ant-Man ni memang berbaloi untuk menontonnya di pawagam lebih daripada sekali...bagi sesiapa yang masih belum menontonnya lagi di pawagam...baik pergi terjah sekarang sebelum aku spoiled kan lagi...HAHA ! Pengenalan yang baik untuk peminat Marvel Cinematic Universe...tak sabar pula nak menunggu fasa ketiga MCU ni bermula pertengahan tahun depan...yehaaa !!

P.S - Stan Lee ni mesti akan muncul dalam semua filem Marvel ciptaannya sebagai cameo walaupun cuma untuk babak kurang daripada 5 saat...haa, mesti ada yang perasan kan ? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Ant-Man

18 comments:

  1. dah tengok movie tadi malam. Movie ni best kira boleh layan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin tak sabar nak tunggu fasa ketiga dalam Marvel Cinematic Universe lepas Ant-Man sudah diperkenalkan kan ? hehe

      Delete
  2. tak sabar nak tunggu civil war :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama beb nak tunggu 10 bulan lagi...civil war umpama Avengers 2.5 :D

      Delete
  3. filem fiksyen memang layan bagi mereka yang gemar aksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun filem fiksyen ni memang tak masuk dek akal...tu yang best layan movie macam ni...lagi2 pasal superhero macam ni...hehe

      Delete
  4. hang dah kata macam best, so..memang kemungkinan besar aku akan tengok nih. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum terlambat lagi untuk tonton di pawagam...kalau pengikut tegar MCU kena tengoklah Ant-Man ni...haha

      Delete
  5. Belum tgk lagi
    Tapi ant man tu kacak hahahaba
    Dok tunggu DC

    BTW part Stan Lee tu mmg betui
    Alaaaa even dalam katun big hero 6 pun dia bleh appeare kan kekeke
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belum tengok...cepat2 pergi tengok...haha
      nak tunggu DC...paling cepat pun Batman VS Superman : Dawn Of Justice bulan Mac 2016...huh, lama lagi tu...hehe

      P.S - HAHA...nak juga Stan Lee tu interframe kan...Big Hero 6 kan diinspirasikan dari Marvel juga...sebab tu Stan Lee pun interframe sekali...kih3

      Delete
  6. cite nie mmg best. e'in dh tgk dua kali. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...ada geng...tengok dua kali movie ni...hehe

      Delete
  7. Replies
    1. kalau minat genre movie macam ni...memang kena tengok...hehe

      Delete
  8. antara blogger yang aku suka baca review filem...ko je yang paling best..ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...thank you bro sebab suka baca review filem dari dulu walaupun banyak spoiler2 yang selalu terlepas dalam review...haha

      Delete
  9. smart gak suit antman ni..tp takde masa nak gi cinema lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru tengok suit ant-man...da nampak smart...belum tengok movie ni lagi...hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com