Promosi GSC - THOR Hammer Keychain Edisi Terhad...Haa, siapa peminat filem Marvel's Thor ? Ataupun pengumpul keychain edisi terhad ? Bermula 24 Oktober 2013 iaitu sempena tayangan filem Marvel's Thor : The Dark World bermula 31 Oktober 2013 nanti...korang boleh dapatkan THOR Hammer Keychain Edisi Terhad dengan hanya RM2 jika beli salah satu daripada set GSC Combo 3 ataupun Large Signature Combo 1 di Golden Screen Cinemas...sementara stok masih ada...
![]() |
| Promosi GSC - THOR Hammer Keychain Edisi Terhad |
THOR Hammer Keychain Limited Edition tu...tak mahal mana pun...keychain yang beli kat pasar malam lagi mahal rasanya...haa, selalunya kalau item edisi terhad ni memang cepat akan kehabisan stok...kalau korang inginkannya, baik dapatkan sebelum terlambat...minggu lepas lagi aku sudah mendapatkannya...korang bila lagi ? Boleh tahan smart juga keychain "tukul guruh" ni...hee...
![]() |
| THOR Hammer Keychain |
Huh, puas da mencari...tiada pula pawagam yang tayang awal movie Marvel's Thor : The Dark World ni...pawagam yang tayang movie ni midnight pun tiada juga ke ? Kena tunggu 31 Oktober 2013 juga la nampaknya...huhu...


