Thursday 27 March 2014

HOMST Taman Tun Dr. Ismail

> Whats Up Guys...

Haa, biasanya kalau tiba waktu lunch...aku memang jarang sangat keluar pergi makan di tempat yang jauh daripada office...tapi hari tu entah macam mana aku tetiba rajin pula nak keluar pergi lunch jauh sikit la daripada office...tak jauh mana pun Mont' Kiara dengan Taman Tun Dr. Ismail kan...HAHA...haa, tanpa gunakan apps HungryGoWhere Malaysia, aku redah saja...mana lokasi yang macam best saja aku terjah...haa, ambil beberapa minit juga la aku pusing TTDI tu untuk mencari tempat makan yang belum pernah aku cuba lagi...jumpa pula restoran HOMST Taman Tun Dr. Ismail...

HOMST Taman Tun Dr. Ismail
Restoran HOMST Taman Tun Dr. Ismail

Hmm...Chinese Muslim Cuisine...sesekali tukar selera untuk lunch pun syok juga ni...haa, lagipun aku memang sudah lama tak makan Chinese Cuisine ni...kali terakhir rasanya 2 tahun lepas...lama gila...HAHA...ni pun kebetulan saja aku jumpa...hee...masa aku sampai tu, boleh tahan juga la ramainya...mujurlah ada meja kosong...haa, bila aku duduk saja di meja...terus diberi menu...haa, bila tengok menu saja pun da buat aku pening kepala...hampir 200 menu menjadi pilihan termasuk minuman dan dessert...

Chinese Snacks HOMST TTDI
Chinese Snacks HOMST TTDI

Bila buka saja buku menu yang ada...terus ternampak Chinese Snacks ni muka surat pertama...hmm, memang teringin nak cuba...tapi mana satu agaknya yang sedap ya ? Bagi aku la kan, semuanya nampak sedap bila tengah lapar...hee

Menu HOMST TTDI

Menu HOMST TTDI

Memang ambil masa beberapa minit la untuk aku tengok semua menu ni...Soft Shell Crab, Buttered Prawn...huh, memang menggugat betul menu yang ada tu...tapi da nama pun lunch...so, aku pilihlah menu yang tak berat sangat la...kalau terlalu kenyang sangat nanti, terasa malas pula nak masuk office semula selepas lunch time...HAHA

Haa, saja nak tukar selera hari tu...terus la pilih menu HOMST Mee dan Lychee Longan...nak juga tahu apa yang istimewanya HOMST mee tu...tak sampai 10 minit menunggu, menu yang dipesan sampai...terkejut juga portion yang diberikan agak banyak...memang kenyang la sampai malam...hee

HOMST Mee Dan Lychee Longan
HOMST Mee & Lychee Longan

Bagi aku agak berbaloi la dengan harga RM9.90...udang ada la juga 3-4 ekor...ada juga isi ikan...hirisan cendawan tiram dan cendawan butang...dan sayur...yang berwarna hitam nampak macam jeli tu sebenarnya telur...aku ingatkan apa bendalah yang berwarna hitam tu...kuah yang tidak berapa pekat dan tidak juga berapa cair...sesuai la dengan temanya iaitu Chinese Cuisine...kena la dengan tekak aku...haa, minuman aku cuma air yang biasa saja...gabungan lychee dan longan...hee...selain itu, aku juga turut memesan salah satu Chinese Snacks yang terdapat dalam menunya...haa, menu yang tu sampai lambat sikit la...hee

HOMST TTDI Sze Chuan Roll
HOMST TTDI Sze Chuan Roll

Sedap juga HOMST TTDI Sze Chuan Roll ni walaupun baru kali pertama aku merasanya...haa, dalamnya adalah isi ayam yang ditambah dengan hirisan cendawan yang digulung dengan pucuk...ala yang biasa digunakan dalam yong tau foo tu...dan ianya digoreng terlebih dulu...barulah ianya ditambah dengan sos istimewa HOMST...teringin pula nak cuba Chinese Snacks yang lain...tapi mungkin lain kali kot...hee

Haa, rasa macam tak lengkap pula kalau tak cuba dessert kat sini...haa, sekarang ni kan tengah dalam musim panas, memang kena sangat la layan Mango Sago Lolo ni...campuran susu dan ais yang dikisar dengan perisa mangga dan ditambah pula dengan potongan mangga segar dan sedikit sagu untuk menambahkan rasa dan nikmatnya bila dihirup...huhh...

HOMST TTDI Mango Sago Lolo
HOMST TTDI Mango Sago Lolo

Sampai sekarang aku masih terbayangkan lagi kenikmatannya...mungkin akan singgah lagi ke HOMST TTDI ni untuk mencuba menu lain yang belum dicuba lagi...menu di sini sesuai untuk brunch, lunch mahupun dinner...haa, bagi sesiapa yang mahu mencuba sendiri keenakan Chinese Muslim Cuisine ni boleh la terjah terus ke alamat :


HOMST Taman Tun Dr. Ismail (HQ)
NO. 48, Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7728 0760

Masa Perniagaan : 11 am - 10.30 pm


NOTA SKYTECH :

Haa, selain HOMST cawangan TTDI ni, korang juga boleh terjah di cawangan yang berdekatan dengan korang untuk mencuba sendiri menu terbaik Chinese Cuisine di HOMST iaitu seperti di cawangan Kota Damansara, Shah Alam Seksyen 13, Kajang dan Bangi Gateway Shopping Mall...


P.S - Sampai sekarang aku masih tertanya apa maksud HOMST tu ? Huhu


**Terima kasih kerana membaca entri HOMST Taman Tun Dr. Ismail

23 comments:

  1. Lama tidak ke TTDI. Dulu pejabat terletak di kawasan TTDI.

    ReplyDelete
  2. @akubiomed : sy ni pun agak jarang ke TTDI walaupun hampir saja dengan office...tetiba nak pergi pula hari tu...jalan-jalan cari makan...hee

    ReplyDelete
  3. pergh....mkn x ajk..camni la kwn..huhu

    ReplyDelete
  4. Nanti pi KL boleh cuba hat Mango Sago tu. Hehehe

    ReplyDelete
  5. wahhh..sedapnya..boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  6. tu dia. complete sampai ke dessert. hahhaa kenyang sampai ke malam ke ni ? :D

    ReplyDelete
  7. Macam sedap je HOMST Mee tu. Nak cuba...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ezad...wah mcm sedap jer tengok makanan kat sini...;)

    ReplyDelete
  9. @profhariz : haa, mesti kena cuba sekali...jangan tak cuba bro...hee

    ReplyDelete
  10. @Syuhada Baharudin : sesekali tukar selera kan kak...apa salahnya kan...boleh la dicuba nanti ye..hee

    ReplyDelete
  11. @ct kektus : haha...tahanlah sampai malam...tengah malam lapar la balik...hee

    ReplyDelete
  12. @Ammar : boleh tahan sedap juga HOMST mee tu walaupun baru first time sy cuba menu tu bro...selain daripada tu, memang banyak lagi menu lain yang sy rasa menarik tapi tak sempat dicuba je lagi...

    ReplyDelete
  13. @Mas Zull : waalaikumussalam mama...ni pun sy sekadar nak mencuba...banyak lagi pilihan menu lain...pening nak pilih mana satu..hee

    ReplyDelete
  14. macam sodap je Mango Sago Lolo tu. kena cuba kalau kesana nanti ni...

    ReplyDelete
  15. ni agak2 abang man dah pi blum ni

    ReplyDelete
  16. @Denaihati : memang nikmat bila nikmati tengah musim panas ni...:D

    ReplyDelete
  17. Kalau chinese muslim nie kena cuba diorang punya chili crab atau butter prawn..... hohhohoho

    ReplyDelete
  18. yeop belum sampai di sana. tunggu yeop tukar bolehlah :)

    ReplyDelete
  19. @hazman fadzil : thanks for the suggestion...tu mungkin sy akan cuba lain kali kot abg man...:D

    ReplyDelete
  20. ada kt seksyen 13 shah alam? jeng3! ini yg nak terjah cari ni...

    ReplyDelete
  21. semalam baru pegi..disebabkan sedap sgt, ibu saya ajak pegi lagi hari ni...agak2 diorg cam x kami customer semalam ek? hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com