> What's Up Guys...
Haa, selalunya bila da 1-2 jam lepas waktu dinner ni kan...mesti perut akan tetiba lapar balik kan ? Selalu terjadi pada korang tak ? HAHA...haa, biasanya kalau pada waktu malam ni...aku memang jarang sangat nak keluar jauh sangat daripada rumah...tapi entah macam mana hari tu aku boleh tetiba rajin pula nak keluar jalan-jalan cari makan jauh sikit dari rumah...kebetulan pagi tu aku terjumpa restoran Western Express Bandar Permaisuri Cheras on the way balik dari HUKM...masa tu belum buka lagi la...dan aku agak mungkin petang baru buka...tu yang malam tu terus terjah ke sana balik tu...hehe
|
Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras |
Hmm, western food...layankan saja la kan...lagipun memang da agak lama juga aku tak makan ni western ni...sesekali tukar selera pun syok juga ni...mujurlah masa aku sampai tu tak ramai sangat orang...yela, bila tengok jam pun da pukul 11.00 pm masa tu...bila diberikan menu, hampir 10-15 minit juga aku teliti menu satu per satu...maklumlah, first time datang kan...HAHA...lebih daripada 70 menu menjadi pilihan termasuk minuman...mahu tak pening nak pilih yang mana satu kan...perut lapar tapi tak tahu nak order apa...HAHA...
|
Menu Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras |
Bila tengok saja menu yang ada di Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...terus ternampak Massive Series tu...New York Massive Combo...macam best saja...kombinasi chicken grilled, beef steak, hotdog, chilli cheese fries, coleslaw dan toast...memang nampak sedap tapi nampak macam terlalu mengenyangkan sangat sebab portion untuk 2-3 orang tu...huhu
|
Menu Western Food Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras |
|
WEX Beefburger Horseshoe (Signature Dish) |
Haa, bila tengok pada menu dan juga harganya...bagi pendapat aku la kan, OK la...harganya tak terlalu mahal sangat la...portion yang diberi pun nampak lebih banyak...susah juga nak jumpa macam ni...lagi satu, confirm korang pun pening kepala nak pilih menu yang mana satu macam aku bila terjah ke sini...HAHA
Hmm, bila da tak tahu nak pilih menu yang mana...akhirnya, setelah berhempas-pulas selama beberapa minit membelek menu, aku hanya order Homemade Meatball Set saja...dan bertemankan air Mango Tango...serius, memang susah benar nak pilih menunya...HAHA
|
WEX Homemade Meatball Set |
Boleh tahan sedap juga la homemade meatball set kat Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...memang feeling la bila makan sementara ianya masih panas...cheese sauce tu yang melengkapkan lagi rasanya...sampai sekarang lagi aku masih terbayangkan lagi kenikmatannya setiap gigitan tu...rangup di luar lembut di dalam...mungkin aku akan pergi ke sini lagi untuk cuba menu yang lain yang belum sempat dicuba...homemade meatball set ni memang antara menu yang wajib order...rugi pula rasanya masa tu hanya pesan set 5 pc...hee...hmm, boleh lawan meatball IKEA tak ? Entahlah...sebab aku tak pernah rasa...HAHA...
Bagi sesiapa yang nak mahu mencuba sendiri keenakan menu yang ada di sini, boleh la terjah terus ke alamat :
WESTERN EXPRESS BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS
52-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Jalan Danau Lumayan 1,
Off Tasik Jalan Permaisuri 1,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 5.30 pm - 2.00 am (Isnin - Ahad)
|
Waktu Operasi Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
|
NOTA SKYTECH :
Haa, selain daripada cawangan Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras ni...terdapat juga cawangan lain WEX di Shah Alam, Seksyen 7 tapi bila buka page WEX kat FB...tapi dalam page FB WEX katanya temporarily close pula...huhu
**Terima kasih kerana membaca entri
Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras