Saturday, 30 September 2017

TGV Cinemas Movie Club : "Are You The Ultimate Movie Buff" Kembali Lagi

> What's Up Guys...

TGV Cinemas Movie Club : "Are You The Ultimate Movie Buff" Kembali Lagi...Wow, terasa macam baru semalam je mendaftarkan diri sebagai ahli TGV Cinemas Movie Club...rupanya tahun ni sudah masuk tahun ketiga aku menjadi ahli yang agak setia sejak ianya mula diperkenalkan sejak bulan September 2014 dan mungkin aku antara salah seorang yang paling awal mendaftarkan diri sebagai ahli...kalau anda memang kaki wayang tegar...memang elok sangatlah daftar sebagai ahli TGV Cinemas Club...sebab apa ? Sebab terlalu banyak kelebihannya...HAHA

Are You The Ultimate Movie Buff ?

"Watch movies, get rewarded"

Haa, untuk pengetahuan semua...bermula dari 1 April 2017 sehingga 30 September 2017, pihak TGV Cinemas akan mengadakan sebuah contest "Are You The Ultimate Movie Buff" khas untuk semua ahli TGV Cinemas Movie Club yang aktif dan telah menyediakan hadiah yang berjumlah lebih daripada RM1,500,000 untuk dimenangi...wow, tengok movies pun boleh menang hadiah...haa, siapalah yang tak nak kan ? Mana tahu ada rezeki boleh menang ke kan...siapa tahu ? HAHA

"Are You The Ultimate Movie Buff ?"
"Are You The Ultimate Movie Buff ?"

Jomlah Kita Rebut Hadiah Mingguan, Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama Melebihi RM1,500,000

Setiap minggu sepanjang contest "Are You The Ultimate Movie Buff" ni...2,000 orang yang terawal mendaftar untuk menjadi ahli TGV Cinemas Movie Club dan 3,000 ahli yang terawal menyempurnakan "Movie Buff Challenge" akan berpeluang untuk mendapat Movie Pass x 1 secara PERCUMA...tapi siapa cepat dia dapatlah, kalau lambat...tinggal ! HAHA

Movie Buff Quiz and Movie Buff Challenge
Movie Buff Quiz and Movie Buff Challenge

Setiap minggu akan diberikan "Movie Buff Challenge" yang berbeza...apa yang perlu dilakukan adalah hanya perlu tonton movie sebanyak yang mungkin di TGV Cinemas dari 1 April - 30 September untuk berpeluang merebut hadiah bulanan iaitu pakej percutian ke Melbourne, Australia selama 5 hari 4 malam !

Selain itu, terdapat banyak lagi hadiah lain untuk dimenangi setiap bulan...cuba tengok di bawah ni...amacam ? Menarik tak ? Setiap bulan OK...huh, kalaulah dapat pergi Melbourne, Australia pula tahun ni...pergghhh...mesti syok kan ? Tahun lepas dah jejakkan diri ke Perth, Australia...haa, siapa kata kalau jadi kaki wayang tegar ni tiada faedah...tengok movies je pun, boleh dapat hadiah...HAHA

Hadiah Bulanan "Are You The Ultimate Movie Buff"
Hadiah Bulanan "Are You The Ultimate Movie Buff"

Hadiah Utama Chevrolet Colorado Untuk Dimenangi ?

Selain daripada itu juga, salah seorang daripada anda mungkin akan memenangi sebuah kereta Chevrolet Colorado untuk hadiah utama contest "Are You The Ultimate Movie Buff" ni...nak tahu dengan lebih lanjut macam mana nak sertai...bolehlah ke https://moviebuff.tgv.com.my/ untuk terma dan syarat...apa lagi...jomlah tengok movie ! HAHA...

Hadiah Utama "Are You The Ultimate Movie Buff" - Chevrolet Colorado
Hadiah Utama "Are You The Ultimate Movie Buff" - Chevrolet Colorado

Setiap transaksi yang dibelanjakan sama ada untuk membeli tiket wayang, makanan dan minuman pasti akan lebih berbaloi dengan mendaftar sebagai ahli TGV Cinemas Movie Club dan peluang untuk memenangi salah satu hadiah dalam contest "Are You The Ultimate Movie Buff" ni lebih tinggi selain boleh mengumpul MovieMoney™ sebanyak mungkin dan boleh digunakan untuk menebus tiket wayang, makanan serta minuman di TGV Cinemas...soooo...

"It's Movie Time !"

It's Movie Time !
It's Movie Time !

NOTA SKYTECH :

Haa, tunggu apa lagi ! Jomlah sign up cepat untuk menjadi ahli TGV Cinemas Movie Club bagi yang masih belum lagi menjadi ahli...aku sudah ! Mood untuk menjadi kaki wayang kembali ON semula untuk tahun 2017 ni...hmm, masih banyak lagi movie yang ditunggu belum ditayangkan lagi tahun ni di pawagam...HAHA

Huh, sambil kumpul MovieMoney™ supaya makin banyak...sambil sertai contest ni...orang kata sambil menyelam minum air...haa, all the best untuk sesiapa yang sertai contest ni...kalau menang hadiah nanti, jangan lupa kongsi ye !

**Terima kasih kerana membaca entri TGV Cinemas Movie Club : "Are You The Ultimate Movie Buff" Kembali Lagi

Friday, 12 May 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?

> What's Up Guys...

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ? | Haa, biar betul ni ? Err, takkanlah #SBB2017 kali ni merupakan edisi yang terakhir ? Hmm, dalam tak sedar...masa berlalu begitu pantas sekali...masih teringat lagi bila kali pertama menyertai event #SBB2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya yang pada masa itu sudahpun masuk edisi kedua sebab terlambat tahu tentang kewujudan event Sepetang Bersama Blogger ni...dan pada tahun seterusnya pun aku tak lepaskan peluang untuk menyertai #SBB2014 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur...

Bila dah seronok jumpa rakan blogger yang selama ni hanya berhubung di alam maya...event macam ni la yang patut ramai blogger sertai untuk luaskan lagi networking...selain menimba ilmu baru, boleh juga tambah kenalan...keterujaan nak sertai event #SBB2015 yang lepas di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya tak kesampaian sebab bila tiba harinya event...aku boleh demam pula...tak boleh nak buat apa...terpaksa redha saja la pada masa tu tak dapat nak sertai #SBB2015 walaupun dah daftar...HAHA

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?
Sepetang Bersama Blogger 2017

Haa, disebabkan aku pergi event #SBB2016 la aku dapat peluang menjejakkan kaki buat kali pertama ke Perth, Australia pada tahun lepas...terima kasih Uncle Zuan sebab ajak aku...kalau tak mungkin takkan dapat merasa pergi ke sana...HAHA

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?

Sejak pertama kali event Sepetang Bersama Blogger ni mula dianjurkan pada tahun 2012, sudah berapa kalikah anda semua pernah menyertainya ? Sekali ? Dua kali ? Tiga kali ? Empat kali ? Lima kali ? Ataupun masih belum pernah lagi menyertainya dan #SBB2017 ni baru kali yang pertama ? Bila terdengar desas-desus cerita yang #SBB2017 ni mungkin edisi yang terakhir...gulpppp...

Tiba-tiba rasa macam ralat pula sebab kali ni punya event Sepetang Bersama Blogger 2017 memang aku tak dapat nak join sekali sebab ada hal lain di hari yang sama event ni berlangsung...hmm, kalau betul la kali ni adalah edisi yang terakhir...tidakkk !! Adehhh...tiada rezeki nak menyertai #SBB2017 ni...haa, siapa yang masih belum daftar lagi,bolehlah daftar di >> sbb.my


NOTA SKYTECH :

Hmm, rasanya sejak daripada dua tahun lepas lagi aku dah dengar cerita ni...tapi event Sepetang Bersama Blogger masih lagi diteruskan sehingga tahun ni...adakah benar kali ni memang betul-betul yang terakhir ? Mungkin team Denaihati Network ada komitmen lain yang lebih besar pula selepas ni...kita tak tahu kan ? Doakan yang terbaik saja ! hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?

Friday, 14 April 2017

Film Review - Fast & Furious 8

> What's Up Guys...

Fast & Furious 8...Haa, siapa yang memang layan francais Fast & Furious ni sejak daripada filem yang pertama The Fast and The Furious (2001) sehingga filem yang ketujuh iaitu Furious 7 (2015) mesti akan tertanya-tanya adakah filem kali ini akan mampu diteruskan tanpa Paul Walker yang menjadi nadi utama dan penggerak francais ini bersama Vin Diesel sejak daripada filem pertama lagi...disebabkan nak tahu juga bagaimana filem kelapan ini digarap tanpa kehadiran Paul Walker...akhirnya, tertengok juga di pawagam 11 April yang lepas...HAHA

Film Review - Fast & Furious 8
Fast & Furious 8

Plot : Following the events of Furious 7, Dom and his wife Letty have gone on their honeymoon, and the rest of the crew have begun to settle down to a more normal life. But when a mysterious woman convinces Dom to work against the people that he is closest to, the rest of the crew must face trials they have never seen before including some former enemies in order to bring back the man who brought them together in the first place...

TO BE CONTINUE...

Fast & Furious 8 - Cipher & Dom
Cipher & Dom

Mengapakah agaknya Dom terpaksa berpaling tadah daripada keluarga dan rakan sepasukannya yang lain dan bekerja untuk Cipher ? Kalau nak tahu kenalah tonton di pawagam...kalau cerita banyak, nanti kena kecam pula...haa, jom kita layan trailer Fast & Furious 8 ni dulu ! Haihh, dia main kapal selam la pula kali ni...HAHA


#MyReview - Fast & Furious 8

  • Fast & Furious 8 kali ini dibawah arahan F. Gary Gray dan masih diterajui oleh Vin Diesel (Dominic Torreto), Dwayne Johnson (Luke Hobbs), Jason Statham (Deckard Shaw), Michelle Rodriguez (Letty Ortiz), Tyrese Gibson (Roman Pearce), Chris "Ludacris" Bridges (Tej Parker) dan Nathalie Emmanuel (Ramsey)
  • Di awal permulaan cerita, adegan lumba kereta antara Dom dengan kereta yang dikatakan antara yang paling laju di Cuba memang sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat siri ini yang mahukan perlumbaan kereta dikembalikan dalam francais Fast & Furious...dan cara Dom memenangi perlumbaan tersebut memang sangat EPIC !

Fast & Furious 8 - Shaw and Hobbs
Shaw vs Hobbs

  • Scene di mana Shaw bertikam lidah dengan Hobbs semasa berada di dalam penjara tu memang menyerikan lagi filem kali ni...watak Shaw kali ini lebih fun...bila teringat semula, serius memang lawak gila ! Tak sangka pula mereka berdua ni ada chemistry yang begitu baik...tak boleh cerita banyak kat sini...nanti kena kecam ! HAHA
  • Watak Roman Pearce masih dengan perangai lamanya yang terlalu banyak mulut...cakap nak gah je tapi kali ini ada juga ideanya yang boleh diguna pakai...haa, cuba teka siapa yang salah pilih kereta kali ini ? 
  • Mengapa agaknya Frank Petty a.k.a Mr. Nobody meminta bantuan Shaw untuk menyertai misi untuk membantu menentang Chipher dan Dom sedangkan semua orang tahu yang Shaw ini adalah seorang penjenayah ?
  • Bagaimana pula God's Eye boleh berada di tangan Chipher ? Kalau layan Furious 7 sebelum ni mesti tahu apa benda tu...

Fast & Furious 8 - Zombie Car
"Zombie Car"

  • Apabila "Zombie Car" menyerang dalam bandar New York tu memang serius gempak...oleh disebabkan terlalu banyak sangat kereta sekali keluar dalam satu masa...memang aku tak dapat nak mengecam langsung kereta apa yang ada...maaflah...di luar jangkaan...HAHA
  • Cameo yang muncul dari watak-watak dalam francais Fast & Furious sebelum ni mampu buat aku tersenyum walaupun kemunculannya hanya sekejap...hehe
  • Adegan kapal selam mengejar sekumpulan kereta...memang nampak macam tak berapa logik tapi scene tu memang terbaik dalam filem kali ini...tapi masih tak boleh lawan scene kereta Lykan Hypersport melompat dari bangunan ke bangunan di Dubai dalam Furious 7...

Fate of the Furious
Fate of the Furious

  • Apakah kesudahannya cerita Fast & Furious 8 ni agaknya ? Dan apa yang telah menyebabkan Dom sanggup bertindak seperti itu dan wataknya menjadi begitu serius dalam filem kali ini ? Sehingga sanggup buat apa sahaja dan mengikut arahan Cipher...hmm, rasanya ramai yang sudah boleh agak ianya disebabkan "keluarga" tapi yang sering menjadi persoalannya...siapa yang Dom perlu pertahankan ? Dapatkah mereka semua menyelesaikan krisis yang sedang melanda ?

                                                                                                                         Credit Picture : Google.com

Rating : 8 out of 10

NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, filem Fast & Furious 8 ni memang berbaloi untuk di tonton di pawagam...hmm, walaupun filem kali ini tanpa Paul Walker, filem kali ini mampu diteruskan cuma macam ada sedikit yang kurang...nama Brian dan Mia tetap akan diingati sampai bila-bila walaupun tidak akan muncul lagi di dalam mana-mana francais Fast & Furious...bagi sesiapa yang masih belum menontonnya lagi di pawagam...lebih baik pergi terjah pawagam sekarang sebelum lebih banyak lagi spoiler yang akan muncul...HAHA !

P.S - Brian ada lagi la...oppsss...

Fast & Furious 8 (F8)
Fast & Furious 8 (F8)
**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Fast & Furious 8

Friday, 6 January 2017

2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?

> What's Up Guys...

Huh, sepanjang tahun 2016 merupakan tahun yang agak busy bagi aku dengan kerja hakiki...ya, itu memang aku akui...kalau dapat update blog sebulan sekali tu dah kira bertuah tu...HAHA...tetapi apa yang menghairankan aku, sepanjang tahun lepas rasanya macam banyak pula dapat pergi travel berbanding tahun sebelumnya...dan kebanyakannya aku travel secara berkumpulan dan bukannya secara solo...2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ? 

1) Pulau Tioman, Pahang

Antara salah satu pulau yang memang aku teringin nak pergi...akhirnya dapat jejakkan kaki juga untuk kali pertama ke Pulau Tioman sekitar bulan Mac 2016...pengalaman yang paling tak boleh lupa, sanggup bertolak awal daripada rumah jam 12 tengah malam menuju ke Mersing semata-mata untuk mengejar feri pertama dari Mersing ke Pulau Tioman...sempat naik kot feri pertama ! HAHA

Pulau Tioman, Pahang
Pulau Tioman, Pahang

Memang priceless bila dapat tengok sunset tepi pantai...tahun 2017 ni nak pergi ke pulau mana pula di dalam Malaysia ni ? hehe

2) Bukit Bendera, Pulau Pinang

Hmm, seingat aku lah kan...rasanya memang tak pernah menjejakkan kaki lagi di Bukit Bendera ni...ke pernah sampai ke sini masa kecil dulu ? Entahlah...abaikan...akhirnya dapat juga merasa naik kereta kabel ni sekitar bulan Mei 2016...pertama kali naik...jakun juga la...HAHA...

Bukit Bendera, Pulau Pinang
Bukit Bendera, Pulau Pinang

Nak tahu berapa harga tiket kereta kabel di Bukit Bendera ni boleh pergi ke >> Penang Hill Ticket Fare

3) Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Tujuan utama aku ke Pulau Pinang dengan travel buddies ni sebenarnya hanya untuk mencari makan je sebenarnya disamping "bercuti"...dapatlah pekena pasembor...mujurlah aku ambil sikit je masa tu...haa, kalau tak...mahu aku yang menyembur bila nak membayarnya...HAHA

Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Padang Kota Lama, Pulau Pinang

4) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang

Sejak ianya mula dibuka secara rasmi pada 2 Mac 2014, teringin juga nak merasa lalu atas jambatan sepanjang 24 km ni kan...akhirnya impian tu tercapai juga...mujurlah tak berhenti tepi jalan nak selfie sebagai bukti sudah lalu kat sini...HAHA

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang

5) Carillon City, Perth WA

"Sambut Kemerdekaan Ke-59 di Australia" : 31 Ogos 2016...jam 5.35 pagi waktu tempatan...aku rasa macam bermimpi bila tiba di Perth Airport...pertama kali travel ke luar negara...HAHA...ditambah pula dengan cuaca hujan renyai...suhu pula mencecah 8°C kalau tak silap aku pagi tu...dengan perut tengah lapar sebab dalam flight memang tidur je...sampai ke sana terus pergi "menyesatkan diri" di sekitar bandar Perth dengan Uncle Zuan demi mencari sesuatu untuk dibuat alas perut...HAHA

Carillon City, Perth WA
Carillon City, Perth WA

6) Elizabeth Quay, Perth WA

Haa, setelah mengalas perut...kami teruskan meneroka bandar Perth lagi sehingga tiba di Elizabeth Quay...satu lagi daya tarikan di sekitar situ adalah Bell Tower...wajib selfie bila kat sini walaupun tengah menahan sejuk...tengoklah cuaca kat belakang tu ! HAHA

Elizabeth Quay, Perth WA
Elizabeth Quay, Perth WA

Macam mana nak ke sini ? Mudah...tak susah pun...kalau naik bas, pastikan naik Blue CAT Bus dan berhenti di hentian Barrack Square dan jikalau menaiki tren pula dari stesen Perth Underground, pastikan naik di platform Joondalup Line ataupun Mandurah Line dan berhenti di stesen Elizabeth Quay...kalau berjalan kaki pun dekat sebenarnya dari bandar Perth...hehe

Untuk pengetahuan korang...Blue, Red dan Yellow CAT Bus adalah bas PERCUMA di bandar Perth ni...serius...tak kisahlah nak berapa banyak kali pun nak naik...tapi pastikan dululah bas terakhir pukul berapa kalau berhajat nak pusing bandar Perth ni dengan menaiki bas...

7) Supreme Court Gardens, Perth WA

Bila meredah tanpa tengok peta...maka sampailah ke tempat yang tak dirancang...lokasinya tak jauh pun daripada Elizabeth Quay...lebih kurang 1 km je...jalan kaki je...apa ada hal kan ? Berjalan kaki di bandar Perth dah jadi kebiasaan pula walaupun masa tu baru beberapa jam tiba di Perth...HAHA

Supreme Court Gardens, Perth WA
Supreme Court Gardens, Perth WA

8) Amna Home, Perth WA

Pengalaman menginap di homestay Amna Home sememangnya best...boleh rasai sendiri jikalau ke Perth nanti...boleh terus hubungi mereka secara terus di FB Page Amna Home Official...sebelum ni aku ada kongsikan pengalaman menginap di homestay Amna Home...boleh baca di SINI >> Homestay Amna Home Perth Pilihan Terbaik

Amna Home, Perth WA
Amna Home, Perth WA

9) Perth Underground, Perth WA

Perth Underground...diibaratkan macam stesen KL Sentral kalau kat Malaysia...bila dah sampai ke tempat orang...kenalah merasai sendiri pengalaman naik tren di tempat orang pula kan...penat dah jalan kaki sekitar bandar Perth...haa, kalau nak lebih faham boleh rujuk DI SINI >> Perth Rail Map

Perth Underground, Perth WA
Perth Underground, Perth WA

Cuba teka kami menghala ke mana ni ? Jangan minta bantuan bomoh OK...HAHA

10) The Pinnacles Desert, Nambung WA

Antara tempat WAJIB pergi kalau berkunjung ke Perth...perjalanan dari bandar Perth menuju ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit dengan menaiki kereta...dibuka seawal 9.30 pagi dan tutup pada jam 4.30 petang...bayaran untuk masuk ke sini hanya AUD $12 untuk satu kereta...bila sampai ke sini pasti korang akan berasa kagum...macam mana tengah padang pasir ni boleh terbentuk batu kapur yang sangat unik...ambil gambar di sekitar sini memang terbaik...

The Pinnacles Desert, Nambung WA
The Pinnacles Desert, Nambung WA

Mujurlah suhu pada masa kami pergi ni masa tu bawah daripada 15°C...masih ada saki-baki musim sejuk lagi...nampak macam panas terik tapi sebenarnya cuacanya berangin dan sejuk...dinasihatkan jangan pergi masa musim panas...takut korang pula PANAS nanti...HAHA

>> Alamat : Pinnacles Drive, Cervantes WA 6511, Australia

11) Yanchep National Park, Yanchep WA

Kalau pergi ke Australia...macam tak sah pula kalau tak bertemu dengan kanggaru dan koala...tapi di sini hanya boleh jumpa kanggaru liar je...nak jumpa kanggaru yang jinak memang bukan di sini tempatnya...hehe...haa, koala pun asyik tidur je...tak mesra dengan pengunjung langsung...buat hal dia je...HAHA...

Perjalanan dari bandar Perth ke sini hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit je...bayaran untuk masuk ke sini hanya AUD $12 je untuk satu kereta...

Yanchep National Park, Yanchep WA
Yanchep National Park, Yanchep WA

>> Alamat : Yanchep National Park, Yanchep WA 6035, Australia

12) Blue Boat House, Crawley WA

Lokasi ni memang sangat popular...kalau pergi ke Perth...memang kena WAJIB singgah sinilah untuk bergambar...lokasinya tersangat dekat dengan Kings Park and Botanic Garden dan boleh diakses dengan menaiki bas bernombor 950 dan berhenti di hentian Mounts Bay Road...angin kat sini bukan sepoi-sepoi bahasa dah...tersangatlah sejuk ooii anginnya walaupun masa kami pergi dulu sudah di hujung musim sejuk ! Ambil gambar...selfie sikit...terus beransur balik...HAHA

Blue Boat House, Crawley WA
Blue Boat House, Crawley WA

13) Fremantle Prison YHA, Fremantle WA


Fuhh, pengalaman bermalam di cottage bekas warden di Fremantle Prison memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan...bekas penjara lama kot...terlalu banyak kisah seram yang didengari daripada penduduk sekitar kawasan ni...bahkan cerita daripada mereka yang bekerja di sana...berani tak nak menginap di sini untuk satu malam ? Boleh baca pengalaman aku ketika menginap di Fremantle Prison YHA DI SINI >> Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA

Fremantle Prison YHA, Fremantle WA
Fremantle Prison YHA, Fremantle WA

Kadar sewaan sebuah cottage yang boleh memuatkan sehingga 6 orang ni hanyalah serendah AUD $690 untuk satu malam...ada berani ke ? hehe

>> Alamat : 6A The Terrace, FremantleWA 6160

14) Kings Park and Botanic Garden, Kings Park WA

Haa, satu lagi tempat yang MESTI dikunjungi jika berkunjung ke Perth...serius, tempatnya memang terlalu besar...memang tak habis teroka masa pergi hari tu...pengunjung ramai datang ke sini pada waktu siang kerana keindahan landskapnya...kami semua datang ke sini pada sebelah malam hanya kerana mahu melihat pemandangan bandar Perth di waktu malam dari puncak Kings Park...serius memang cantik !

Kings Park and Botanic Garden, Kings Park WA
Kings Park and Botanic Garden, Kings Park WA

Tapi apa yang tak best terjadi...baru perasan bas dah tak beroperasi lagi pada waktu itu...huh, terpaksalah berjalan kaki secara berjemaah lebih kurang 2.2 km menuju ke bandar Perth dari Kings Park...haa, sampai ke hari ni tak boleh lupa 2 September 2016 disebabkan peristiwa ni la...HAHA

15) Brinchang, Pahang

Oleh kerana tak boleh move on lagi bila balik dari Perth walaupun sudah 2 bulan berlalu...bulan November 2016 sanggup meredah naik ke atas ni walaupun cuma untuk satu malam...walaupun pergi masa belum mula lagi cuti sekolah tetapi jalan sentiasa sesak di pekan Brinchang ni...macam mana la boleh salah masa pula aku pilih...HAHA...tapi serius, kesejukan air-cond memang tak boleh lawan kesejukan semulajadi...tiba-tiba teringat Perth...adehh...

Brinchang, Pahang
Brinchang, Pahang

16) Tanah Rata, Pahang

Walaupun sudah banyak kali naik ke Tanah Rata ni...mesti akan berhenti walaupun cuma untuk sebentar di Cameron Valley...terasa tenang jiwa bila tengok pokok teh ni...boleh hilang kejap segala masalah...layan pula Green Tea Cheese Cake sambil menikmati pemandangan...fuhh, syok...sebab tu aku amat hargai travel macam ni walaupun tak lama...HAHA

Tanah Rata, Pahang
Tanah Rata, Pahang

17) Lata Iskandar, Perak

Haa, kalau memandu dari Cameron Highland turun ke Tapah...mesti akan perasan kewujudan tempat ni...kalau lalu sini tak pernah lagi aku tengok langsung tiada orang...mesti ramai orang...mungkin ni air terjun yang paling dekat dengan mereka...aku fobia dengan air terjun ni sebenarnya...adalah kisahnya masa kecil dulu...HAHA

Lata Iskandar, Perak
Lata Iskandar, Perak

18) Bandar Hilir, Melaka


Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka ni...sampai ke hari ni masih belum berkesempatan lagi naik Menara Taming Sari tu...lain kali lah...Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang tengah tular tu pun tak dapat nak merasa...malas nak beratur panjang sebenarnya...penutup travel tahun 2016 yang agak sadis...HAHA...

Bandar Hilir, Melaka
Bandar Hilir, Melaka

NOTA SKYTECH :

Haa, walaupun tahun 2016 tak banyak tempat sangat yang aku pergi tapi travel ke Perth memang satu pengalaman yang paling tak dapat dilupakan...mungkin sebab tu travel yang pertama ke luar negara agaknya...HAHA...kalau ada rezeki lebih, tahun ni #KeManaKeKita2017 ?

**Terima kasih kerana membaca entri 2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com