Wednesday 2 May 2012

Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

> Whats Up Guys...

Haa...walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon berlalu...tapi serius memang terasa macam baru semalam saja aku pergi konsert Avenged Sevenfold 'LIVE' depan mata...malam tu dikatakan hampir 15,000 fans A7X membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon pada 29 April 2012 hari tu...What ? 15k fans ? Biar betul ni ? 

Nightmare...! Now your nightmare comes to life

Haa...macam yang telah dijangka lagu Nightmare menjadi 'opening song' untuk konsert hari tu...sebab setlist lagu untuk konsert A7X Asia Tour lebih kurang sama saja tapi cuma setlist masa konsert kat Malaysia hari tu ada kelainan sikit...memang terbaik la...Avenged Sevenfold dianggotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (Gitar Utama), Zacky Vengeance (Gitar Rythm), Johnny Christ (Gitar Bass)...Arin Ilejay (Pemain Dram | Session dan Touring Members)

Nightmare | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


Huhhh...dalam masa lebih kurang satu jam setengah, band Avenged Sevenfold hanya memainkan 14 buah lagu popular mereka daripada album studio kedua sehingga album studio kelima seperti Critical Acclaim, Welcome To The Family, Second Heartbeat, Buried Alive, So Far Away, Afterlife, Beast and Harlot, A Little Piece of Heaven, Bat Country, Fiction, Crossroads dan Unholy Confessions...

Zacky Vengeance dan Synyster Gates relaks saja pakai t-shirt...cuaca kat Malaysia...biasa la...HAHA

Huuhh...lagu daripada album studio pertama A7X iaitu Sounding The Seventh Trumpet (2001) langsung takde ni...teringin sangat nak dengar lagu Warmness On The Soul secara live...lagu Almost Easy dan Seize The Day pun takde dalam setlist lagu dorang masa tu...haa, kalau masih ingat lagi...dua lagu ni la yang aku maksudkan dalam entri Melody Monday hari tu...hee...kalau la ada dua lagu tu...kan best...

Masa lagu So Far Away kalau tak silap aku...

Kerancakan konsert tetiba bertukar suasana bila Avenged Sevenfold menyampaikan lagu So Far Away yang ditujukan kepada kawan baik anggota band ni, Jimmy "The Rev" Sullivan yang merupakan bekas pemain dram yang telah mati pada tahun 2009 yang lalu...

So Far Away | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


"You know...the one thing The Rev taught me...was to love your family and 
friends and tell them you love them everyday"


Haa...lagu So Far Away ni dikatakan seperti luahan kerinduan semua anggota band Avenged Sevenfold kepada sahabat mereka, The Rev...lepas tu konsert diteruskan lagi sehingga ke lagu terakhir dan merupakan lagu penutup konsert Avenged Sevenfold Live In KL 2012 dengan persembahan lagu Unholy Confessions yang dipetik daripada album studio kedua Waking The Fallen (2003)...


Haa, kalau la Avenged Sevenfold tahu fans dorang ramai kat Malaysia ni...mesti daripada dulu lagi da masukkan Malaysia dalam senarai tour mereka kan...HAHA...harap ini bukan kunjungan kali pertama dan kali terakhir Avenged Sevenfold ke sini...harap nanti ada lagi...HAHA...Avenged Sevenfold memang gegarkan Surf Beach Sunway Lagoon la hari tu...

"We will come back here again very soon" - M. Shadows

Haa, konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon tersebut telah dianjurkan oleh Fat Boys dengan kerjasama TuneTalk dan JS Concert Productions...

Huuhh, tak sabar nak tunggu DVD Live Avenged Sevenfold Asia Tour ni keluar di pasaran nanti sebab konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 hari tu akan dijadikan DVD Live termasuk dengan Asia Tour konsert Avenged Sevenfold di negara Asia yang lain...mungkin akan keluar hujung tahun ni...atau mungkin tahun depan...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa...video yang ada dalam entri ni bukan video rakaman aku...sebab kualiti video yang aku rakam agak kureng sikit...biasa la kamera phone...tak boleh bawak kamera canggih masa konsert tu...nanti kena rampas...HAHA...haa...gambar lain boleh tengok kat FB...tak boleh nak upload banyak sangat kat sini...hee...(,^^)


P.S - Haa...hanya tinggal 12 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

45 comments:

  1. alamak!! gambar blur :(

    kene angkat dslr pasni ;p

    ReplyDelete
  2. @Adylia Qarissa : hee..tu la..blurr kan..kamera phone je...kalau pergi konsert mmg tak boleh bawa dslr...melainkan media boleh la...

    > kamera biasa boleh la..tu pun kena sorok2 kalau nak bawa masuk...hee~

    ReplyDelete
  3. gerun tenguk tangan dia..;p

    ReplyDelete
  4. dh vote!

    sori lambat vote

    heee

    ReplyDelete
  5. tak minat avenged tapi minat baca entri ni!! :DD

    ReplyDelete
  6. hamboi2.. untung lar die.. mesty seronok giler kn.

    ReplyDelete
  7. kalau edit ni , boleh lagi cantik...wpon gune phone...

    sonok ke p konsert cmni?

    ReplyDelete
  8. huarghh....retis luaq sng msok malaysia...retis kita? hee

    ReplyDelete
  9. wahhh meriahhh !! seronokla ezad kan hehe

    ReplyDelete
  10. sekali pun tak pernah pergi konsert2 mcm tuh...huhu

    ReplyDelete
  11. @Cik FaRiZaM : lagipun kamera phone sy takde flash..tu yg gambar kureng sikit...hee~

    > sesekali boleh la join...tak tahan..ramai sgt org..huhu~

    ReplyDelete
  12. @eyqa amin : ni pun da bertahun2 nak band ni dtg KL..tahun ni baru lepas masuk malaysia ni...hee~

    ReplyDelete
  13. Wow.. best..

    Tapi nape nurul x boleh bukak link nak vote.. bagi lagi sekali leh tak..

    ReplyDelete
  14. @Nurul Akmal : boleh je buka...hee...kat sidebar pun boleh..:D

    > terima kasih nurul (,^^)

    ReplyDelete
  15. Ok.. dah voted untuk hari ni.. Good luck..

    ReplyDelete
  16. Fuyoo, pi konsert siottt! haha xD
    Diana tak pena pi konsert omputih, sadisss T__T mesti syok en konsert diorg ni.

    ReplyDelete
  17. rajin g konset ek.nh pun penah 2 kali jek g knset ni..

    ReplyDelete
  18. pergh...best dan terbaeekk

    ReplyDelete
  19. arini rabu.. so wordless comment.. bhahaha :P

    ReplyDelete
  20. fuhhh, kayoooo tu pergi konsert AV7 :p

    ReplyDelete
  21. errr banyak gile tatu dia. kalau aku tgk dia depan2 kompem aku menangis.. takut...

    ReplyDelete
  22. @Dianaa : kalau minat pergi la..kalau tak minat..mmg tak pergi la..hee~

    ReplyDelete
  23. @faridah nazurah : haa..menangis..pelik2 ekau ni...relaks da..ahakkkss~

    ReplyDelete
  24. untonglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  25. @Ezad Skytech: tkpe at least ada la gak gambar kan.leh update blog.... :D

    bukti kite p sana :P

    ReplyDelete
  26. best weh dpt dengar dorg nyanyi live kan. nasib baik aku tak suke tmpr crowded.

    ReplyDelete
  27. untungnya!!!!!!!!!!!! nasiblah i! huhu..

    ReplyDelete
  28. suka betul ezad g concert kan... :)

    ReplyDelete
  29. Untunglaaah prgi sanaa! Sy sjujurnya, err, tak kenal sapa diorg ni. Bila bro tulis kat entri, bru sy knal.. Tp mcm meriah je.. Hehe, hnya mmpu trsenyum jela bro..

    ReplyDelete
  30. @Cik FaRiZaM : hee..betul tu..guna la apa yg ada kan..:D

    ReplyDelete
  31. @Hanie Dew : live dorang dgn studio album..dua2 best...hee~

    ReplyDelete
  32. er ni owner video, sorry la about the quality, kalau aku dah boleh bawak DSLR dah lama da aku record, tapi diorang tak bagi bawak, so terpakse la record guna Phone n iPad :) hope you guys like it.

    ReplyDelete
  33. ARghhh, tak dapat pergi1 Ahaaha. sekolah punya pasal, then tengah mid tear exam. Btw, mesti sedih je kan masa A7X nyanyi lagu So Far Away tu?

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum ezad..alamak bestnya tengok konsert secara live...:)

    ReplyDelete
  35. wah, siap ada pakai bendera kita lagi tuh

    ReplyDelete
  36. @Grimie95 : its ok...video ni lagi ok daripada aku punya...hee...tu yg pinjam kejap...hee..

    ReplyDelete
  37. @Bidadari Besi : tu la...15,000 fans yg dtg tu bukan full lagi tu..ada yg tak dpt nak dtg konsert tu..kalau tak mesti lebih dari tu kan..

    > time lagu So Far Away tu mmg suasana berubah kejap...

    ReplyDelete
  38. @maszull : waalaikumussalam mama...da lama tak tgk konsert live..last dulu pun masa 2010..hee~

    ReplyDelete
  39. pergghhh...mmg terbaik..aku xsempat nk g..

    ReplyDelete
  40. Nampak hebat.. Kalau dapat join sekaki gegar konsert ok jugak kan!



    Benda best, mesti rasa tak cukup punya. love your family and
    friends and tell them you love them everyday..

    ReplyDelete
  41. @Ezad Skytech Moga ni bukan kali pertama dan kali terakhir A7X datang sini. Nanti dah besar sikit, bole kott kalau nak tengok konsert ke hape. Ni umur tak cukup 18 tahun lagi, takbole lagi. :')

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com