Monday 17 March 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

> Whats Up Guys...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ? Haa, bagi blogger yang telah hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 pada minggu lepas, pasti korang akan mendapat sebuah buku edisi khas terbitan Denaihati...haa, sudah habis baca ke belum buku tu ? Ataupun ianya masih lagi belum terusik dalam goodies bag yang korang dapat masa event tu ? Hee...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Sejujurnya, memang aku sangat tertarik dengan kulit buku Denaihati ni bila tengok buat pertama kalinya dan keterujaan ingin membaca buku ni semakin bertambah...jika korang seorang blogger, pasti korang nak tahu rahsia kejayaan, kisah suka dan duka Denaihati sepanjang mengendalikan blog Denaihati.com...antara pencapaian blog Denaihati adalah  : 

  • Top 10 blog Malaysia mengikut ranking Alexa
  • MSMW Best Of Best Blog 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MyNic Best Personal Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Huh, memang tersangatlah rugi kalau korang masih belum habis membacanya lagi...sebab...pertama sekali, buku ni bukan hanya sekadar hiasan dan bukannya buku biasa yang diletakkan dalam goodies bag yang korang dapat semasa event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari tu...kedua, perkongsian ilmu dan kisah dalam buku Denaihati sangat menarik yang memuatkan pelbagai kisah, tips blogging, pengalaman hidup dan pelbagai kisah lagi yang dimuatkan dalam buku yang setebal 210 muka surat ni...

Hidup Untuk Memberi
Hidup Untuk Memberi

"Hidup Untuk Memberi"...tagline yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia blogging Malaysia, Indonesia dan Brunei...haa, apa yang menariknya di dalam buku tersebut adalah perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat termasuklah pelbagai informasi mengenai dunia blogging, santapan minda, catatan kembara team Denaihati, kisah keluarga, perihal agama dan banyak lagi...

Catatan kisah kembara dunia team Denaihati ke negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis dan New Zealand...memang sangat menarik bila baca semua kisah kembara dunia Denaihati...banyak gambar yang menarik dikongsikan di dalam buku ni...memang santai saja bila membaca semua kisahnya...maklumlah, aku ni belum pernah lagi menjejakkan kaki di negara orang ni...tu yang overexcited lebih tu...haa, untuk membaca kisah penuh kembara Denaihati bolehlah terus ke blog kembara Denai.my...

Tips Menulis Entri Blog Denaihati

"Berusaha untuk tidak menulis kerana terlalu mengejar SEO tetapi cuba pastikan 
setiap penulisan mengikut aturan SEO - Kujie2.com "


Ya ! Serius, aku memang setuju sangat dengan pendapat Kak Jie ni...haa, beberapa tips SEO sudah didedahkan...cuma tinggal untuk dipraktikkan saja lagi...pada pendapat aku la kan, setiap blogger tu memang perlu tahu apa itu SEO...haa, itulah antara tips yang menarik yang aku baca dalam buku ni...selepas ni, memang kena hadamkan betul-betul kesemua 11 tips yang diberikan tu...ada beberapa tips tu memang sudah lama aku praktikkan...memang berhasil...apa yang penting kena berani gagal...bukan gagal sekali terus gagal selamanya...nak tahu apa lagi yang best dan menarik dalam buku ni...serius, korang kena baca buku ni...takkan rugi...sebab banyak ilmu di dalamnya pasal dunia blogging ni...

Berani Gagal

Sememangnya blogger yang telah menghadirkan diri di event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari itu tersangatlah beruntung sebab dapat buku ni secara PERCUMA...tetapi ilmu dan input di dalam buku ni sangat berharga yang tidak boleh didapati di mana-mana...

" Apa yang kurang agaknya mengenai Buku Denaihati ? "

Sebenarnya, tiada apa sangatlah pasal kekurangan buku Denaihati ni...cuma ianya tiada isi kandungan dan muka surat saja...hee...kalau ada isi kandungan mungkin lebih baik...senang nak cari topik yang kita nak baca...lagi satu, memang ada perasan kesalahan ejaan tapi tidak banyak la...mungkin kali pertama, boleh diperbaiki lagi untuk masa akan datang...haa, tu cuma pendapat aku saja la...no hard feeling OK...memang terbaiklah Team Denaihati, bertungkus-lumus menyediakan buku ni...saiz yang kecil tetapi ilmu di dalamnya memang power...hee


NOTA SKYTECH :

Bagi sesiapa yang teringin untuk mendapatkan buku Denaihati ni...haa, korang boleh la terus ke http://kedai.denaihati.my dengan harga RM39...stok terhad tu...haa, baik korang cepat bertindak sebelum terlambat...hee


P.S - Kalau aku dedahkan semua apa yang menarik dalam buku Denaihati ni, 
tak syok la bagi sesiapa yang belum habis membacanya lagi kan...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

21 comments:

  1. Banyak ilmu ni. Untunglah dapat. XD

    ReplyDelete
  2. Buku ni mmg antara yg byk beri kenangan manis utk aku..dtmbh mmg byk pkongsian mnarik

    ReplyDelete
  3. buku ni banyak info berguna...saya pun daat juga :)

    ReplyDelete
  4. @Nur Madihah : kalau nak buku ni boleh dapatkan segera di link tu...stok terhad je..hee :D

    ReplyDelete
  5. @hafizmd : sama la macam aq jugak bro...banyak kenangan manis sejak kenal Denaihati Network ni beberapa tahun lepas...

    ReplyDelete
  6. @Mie Aimie : da habis baca kan ? Memang best bila baca...macam2 ilmu kita dapat daripada perkongsian Denaihati..:D

    ReplyDelete
  7. banyak perkongsian ilmu blogger ; terbaiklah Denai Hati ..beruntunglah sapa yg hadir #SBB2014 .

    ReplyDelete
  8. @PakcikLie PCL : betul tu PCL...memang banyak ilmu yang dapat ditimba di #SBB2014 tu...dapat buku edisi khas Denaihati lagi...double bonus ilmu...harap ianya akan diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.. :D

    ReplyDelete
  9. ada ke yang belum buka goodies bag...heee. apapun billion terima kasih kerana sudi sertai review buku Denaihati dan semoga berjaya tersenarai dalam 30 yang terawal.

    ReplyDelete
  10. @Denaihati : manalah tahu kan ada yang belum buka lagi goodies bag tu...heee...memang niat nak buat review pun sebab buku Denaihati ni memang best untuk dibaca...info dan ilmu dalam buku ni pun santai je..terbaiklah team Denaihati. :)

    ReplyDelete
  11. Satu peluang yang tidak patut dilepaskan untuk membeli buku ini. ;)

    ReplyDelete
  12. @Bahrain : jangan lupa bro dapatkan buku Denaihati ni dengan segera...memang tak rugi.. :D

    ReplyDelete
  13. Banyak informasi yang boleh dimanfaat terkandung didalam buku edisi khas Denaihati.

    ReplyDelete
  14. @akubiomed : memang tak dapat dinafikan lagi bro...sebelum ni kalau saya nak habiskan baca buku tebal2 ni, memang ambil masa...sikit2 sy baca tapi bila baca buku ni...tak sampai sejam...seronok baca cerita, kisah, dunia blogging, tips...hee

    ReplyDelete
  15. nasib pergi aritu kalau tak kena beli haha :).

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
  16. @Bean Moreno : kalau kena beli pun apa salahnya...tak rugi pun..hee

    ReplyDelete
  17. Cakap bab kulit itu memang sangat esklusif. Jadi tidak hairan la harga RM3x di kedai denaihati :)

    ReplyDelete
  18. @ProfHariz : tu la kan...rasanya kejap je akan habis stok buku denaihati tu kan...mesti ramai yang akan beli nanti sebab tengok kulit buku pun da menarik, apatah lagi isi dalamnya kan.. :D

    ReplyDelete
  19. shida pun xhabis khatam lg buku ni :)

    ReplyDelete
  20. @Shida Radzuan : hee...baca santai2 pun ok...janji habiskan..hee

    ReplyDelete
  21. wahh..aku pun nak satu la macam ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com