Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014...Haa, belum pernah pergi ke Sabah ? Tidak tahu mana tempat yang menarik di sekitar Sabah ? Teringin lihat pemandangan yang cantik di pulau sekitar Sabah ? Aktiviti snorkeling dan sukan air ? Boleh lawat ke laman web Sabah Tourism untuk mendapatkan lebih info tentang tempat menarik yang boleh dilawati di Sabah sekiranya bercadang untuk berkunjung ke Sabah nanti...
Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014 |
It's time for vacation ! Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014...apa kata kita promosikan tempat percutian menarik yang patut dikunjungi di sekitar Malaysia...masih banyak lagi tempat yang belum diteroka...buat apa nak pergi bercuti di luar negara...heee...siapa kata di Malaysia ini tiada tempat yang menarik untuk dilawati...apa tunggu lagi ? Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...
Percutian ke Sabah pasti tidak akan lengkap jikalau tidak pergi ke gugusan pulau yang cantik di sekitar negeri Sabah...jika anda bercadang untuk ke Kota Kinabalu dan teringin untuk lakukan aktiviti snorkeling ataupun island hopping...Pastikan anda berkunjung ke Tunku Abdul Rahman Marine Park yang hanya mengambil masa di antara 10-20 minit sahaja daripada Kota Kinabalu jika menggunakan perkhidmatan bot laju di Jesselton Point...
Jesselton Point, Kota Kinabalu - Sabah |
Tunku Abdul Rahman Marine Park terdiri daripada 5 buah pulau yang sangat cantik iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Sapi dan Pulau Gaya...dan ianya berkeluasan 4,929 hektar dimana 2/3 daripadanya adalah lautan...mempunyai pantai yang cantik dan bersih yang penuh dengan terumbu karang dan pelbagai jenis ikan...pasti ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berkunjung ke sini...pemandangan dan suasananya umpama berada di Maldives...hee
Selamat datang ke Pulau Manukan, Sabah |
Terdapat beberapa lokasi yang best untuk aktiviti snorkeling antaranya di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Sabah...tetapi bagi untuk beginner dan keluarga yang mempunyai anak kecil, Pulau Manukan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling...untuk masuk ke Tunku Abdul Rahman Park ini, anda akan dikenakan bayaran sekali masuk sahaja...contohnya anda ambil pakej untuk island hopping di semua pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park ini, anda cuma dikenakan bayaran di pulau pertama sahaja...kemasukan ke pulau seterusnya adalah percuma...
Visit Malaysia 2014 - Tunku Abdul Rahman Park |
Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah sememangnya best...satu pengalaman yang menarik bahkan sampai sekarang ini memang tidak boleh dilupakan...di persisiran pantai sahaja sudah boleh nampak ikan berenang...tetapi "Jangan sesekali memberi ikan makan kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan biologi hidupan laut"...katanya...hee
Ikan jerung pun ada ? |
Semasa sampai di jeti Pulau Manukan, satu benda yang menarik perhatian aku...carta ikan-ikan yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Park...terdapat banyak juga spesis ikan yang mendiami di sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park ini...ada terdapat lebih kurang 28 spesies ikan pelagik dan lebih daripada 30 spesies ikan karang...ikan jerung pun ada ? Mujurlah la aku tak jumpa...kalau terjumpa barulah dikatakan Pengamalan Menarik Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah...HAHA...terdapat banyak juga batu karang yang unik dan pelik semasa snorkeling di Pulau Manukan ini...
Di persisiran pantai pun boleh nampak ikan berenang tetapi tidak pasti ikan apa...HAHA |
Ikan berenang kegembiraan menyambut tetamu di jeti Pulau Manukan |
Perairan sekitar Pulau Manukan sangat tenang...snorkeling daripada pagi sampai ke petang pun mungkin tidak akan puas...pemandangan yang cukup mempersonakan...airnya yang sangat jernih...pantai yang bersih dan persisiran pantai yang panjang dan sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah yang lain selain daripada snorkeling...contohnya seperti parasailing, banana boat, flyfish, seawalking, jet ski dan scuba diving...
NOTA SKYTECH :
Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...segala-galanya ada di Malaysia...Truly Asia ! Visit Malaysia 2014...hee