Monday 4 April 2011

BoboiBoy TERBAIK !!


BoboiBoy TERBAIK
BoboiBoy TERBAIK !!

Haa, aku rasa ramai yang sudah kenal dengan watak dalam entri blog aku kali ni...yeee...BoboiBoy TERBAIK !! 

Animasi terbitan sulung Animonsta Studios telah mencetuskan satu fenomena dalam industri animasi tempatan...siri animasi BoboiBoy dibawakan dengan kerjasama Captain Munch dan dijana oleh pembabitan kreatif 30 orang juruanimasi profesional... 

BoboiBoy mempamerkan aksi menarik watak superhero memburu satu misi yang dijangkakan mampu meledakkan satu fenomena baru serta menjadi kegilaan kanak-kanak dan juga golongan dewasa... 

Sinopsis siri animasi BoboiBoy... 

BoBoiBoy mengisahkan tentang kisah seorang kanak-kanak yang datang untuk bersama datuknya, Tok Aba, yang menyara hidup dengan menjual segala jenis produk coklat di gerai bergerak miliknya...

Disebabkan gerai coklat Tok Aba sangat popular dan produknya digemari ramai, BoBoiBoy berpeluang untuk berkawan dengan Gopal, Ying dan YaYa... Perkenalan mereka kemudiannya berubah menjadi sebuah persahabatan akrab, dan akitiviti harian mereka dilakukan bersama dengan penuh ceria dan menyeronokkan.



Saksikan dan alami sendiri segala keseronokan dan keceriaan di dalam BoboiBoy mulai 13 Mac 2011, setiap hari Ahad, jam 7.00 malam, hanya di TV3 !


NOTA KECIL : 

Haa, aku pun layankan saja la tengok animasi BoboiBoy ni...haha...BoboiBoy TERBAIK !!

**Terima kasih kerana membaca entri BoboiBoy TERBAIK !!

5 comments:

  1. hahahh. asal laa. tea xpenah amik tau sume cite camni. =.=

    ReplyDelete
  2. @Tea

    kena ada minat nak tgk citer macam ni..baru rajin nak amik tahu pasal citer2 macam ni...heee~

    ReplyDelete
  3. salam ezad...anak saudara mama paling suka cite ni sampaikn kasut pun nak jenama katon ni....kelakar jer kn tapi ikutkn lah...:)

    ReplyDelete
  4. @maszull

    hee..sy pon terjebak sama minat cerita ni mama..hee~

    ReplyDelete
  5. terbaik~~ hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com